Wednesday, December 9, 2009

QUOTE FOR THE DAY

“When you haven't forgiven those who've hurt you, you turn back against your future.
When you do forgive, you start walking forward.”

— Tyler Perry

yessss....i am..

Tuesday, November 10, 2009

PUAN MAWADDAH

Masa aku form 4 dan form 5...cikgu class aku adalah cikgu yang sama...Puan Mawaddah...
Aku suka sgt dia..mungkin kerana cara dia melayan kami dan mungkin sbb aku ni tak pernah kena marah walau sesetan mana pun aku...he he

Dan sebelum perpisahan kami dulu (form 5)...dia pun dah berpindah ke sekolah lain...aku seriusly rasa sedih sgt.... sbb zaman tu mana ada email or hphone....rindu giler kat dia...

Last year, aku dapat tahu dari ex-scool teacher kat sekolah aku tu jugak...yang Puan Mawaddah dah mengajar kat sekolah di Ipoh....aku tell sekolah tu dan leave msg to call me back...but...hampa....


Last week aku cuba lagi..dan aku call byk kali untuk tinggalkan pesanan... at last...yesterday, she call me...Ya Allah...rasa macam nak nangis...sbb dah bertahun aku carik.....

Maybe sbb kami byk kongsi rahsia bersama..dan aku mmg anggap dia macam kakak/mama kepada aku... dan dia pernah bagi lagu kat bawah ni kat aku..dan setiap kali aku dengar lagu ni...pasti aku akan teringat kan dia.. dan tak sabarnya nak jumpa dia nanti...
Mama...i miss u soo much...


Saat Ku Idamkan (Saat Ku Idamkan)

Temu kau di malam itu
Bagai menyahut hasrat nurani ku
Hanya dengan sebuah senyuman
Bisa terpatri satu harapan
Mengidamkan saat itu
Yang pasti hanya Tuhan yang tahu
Terpancur kalimah kalimah sakti
Berakhir dengan janji janji

Dikau menjadi kekasih
Namun aku merasa tersisih
Kau membina dinding ilusi
Ku terperangkap merintih sepi
Mungkin kita mesti terbuka
Dalam mengharungi dunia cinta
Mungkin kita harus bersedia
Menghadapi apa saja

Jangan jangan kau padamkan api asmara ini
Bayang silam kau pergilah
Pergilah dari sisi ku

Tiada lain yg ku tunggu
Untuk menduduki istana hatiku
Kaulah teman kaulah kekasih
Jangan membuatku tersisih

Bayang silam kau pergilah
Pergilah dari sisi

Monday, November 9, 2009

KEAJAIBAN BERSELAWAT

Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. S
Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)

1. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

2. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

3. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

4. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

5. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

6. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

7. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

8. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

9. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

10. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

11. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

12. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

13. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

14. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

15. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

16. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

17. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

18. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

19. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

20. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

21. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

22. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

23. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

24. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

25. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

26. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

27. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

28. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.

29. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabrani

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.
Wallahu a'lam.

KEUTAMAAN BERDOA

1. Doa merupakan ibadah yang dituntut oleh Allah.

Allah berfirman:

Maksudnya : "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahannam dalam keadaan yang hina" (al-Mukmin: 60).

Dari an-Nu'man bin Basyir berkata, bahawa Rasulullah Shallallah ‘alai wa Sallam bersabda : " Doa adalah Ibadah". (HR at-Tirmidzi : no.2969)

2. Merupakan perbuatan yang paling mulia dan dicintai oleh Allah.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallah ‘alai wa Sallam bersabda: " Tidak ada sesaatu yang lebih mulia di sisi Allah dari doa". (HR al-Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad : no.712)

3. Doa menghalang kemurkaaan Allah.

Sabda Rasulullah Shallallah ‘alai wa Sallam : "Barangsiapa yang tidak meminta kepada Allah, Allah akan marah padanya". (HR at-Tirmidzi : no.3373)

4. Doa menunjukkkan kecerdasan dan kekuatan batin seseorang.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallah ‘alai wa Sallam bersabda: "Selemah-lemahnya manusia adalah orang lemah (jarang) berdoa dan sebakhil-bakhilnya manusia adalah orang yang bakhil dalam mengucapkan salam. (HR Ibnu Hibban : no.1939)

5. Doa mampu mencegah bencana yang belum berlaku dan menghilangkannya bila telah berlaku.

Rasulullah Shallallah ‘alai wa Sallam bersabda : "Tidak ada yang mampu menolak al-Qadar (takdir) itu kecuali doa." (HR at-Tirmidzi : no.139)

6. Doa merupakan sifat orang yang bertaqwa

Allah berfirman :

Maksudnya : "Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar) mereka berdoa: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara Kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah engkau menjadikan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman, Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang". (al-Hasyr: 10).

Dan juga merupakan sifat para Nabi terdahulu, di mana sekiranya mereka ditimpa malapetaka atau bencana, mereka segera berdoa kepada Allah, sebagaimana yang dilakarkan oleh Allah dalam firmanNya:

Maksudnya : "Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami menganugerahkan Yahya kepadanya. Dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas, dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami." (al-Anbiya: 90).

Wednesday, October 21, 2009

REDHA

Hadis Qudsi yg bermaksud,

"Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha'Ku(ALLAH), dan tidak bersyukur dengan pemberianKu, dan tidak sabar dengan ujianKu, maka carilah Tuhan selainKu."

Hati aku ni sedih bebenor rasanya sejak dari minggu lepas...Semua nya angkara orang kat office ni jugak...Pagi tadi sedang aku menjengah blogger yang lain...aku terbaca ayat di atas...yang membuat kan aku sedar...aku diuji lagi....saat itu jugak terhapus segala rasa sedih di hati ini dan aku redha dengan ujian ini Ya Allah... Alhamdullillah....

Monday, October 19, 2009

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya iatelah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dankemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satuperintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segeramemerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kaliselepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluarmasuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinyadari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akanmemudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya jugaakan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.Mengikut keterangan dari kitab'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya

Serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullahs. a. w.. bersabda bermaksud:'Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allahhilangkan segala kefakiran di depan matanya.'Sabda baginda lagi;'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanyadaripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.

'Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipeliharaAllah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindunganAllah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. AyatKursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasukirumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika andaberpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyangFardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yanglain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidakmenegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapamembacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atasrumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapamembaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allahmenganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yangbenar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapamembaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.....'

Friday, October 16, 2009

Hi

Perrggh dah lama betul aku tak log in kat sini....sampe dah lupa p/word blog ni.... sampe tahap rasa macam nak bukak blog baru je...

Anyway....sekarang ni sibuk menghadiri open house sana sini...nak buat open house sendiri pun tak sempat...maybe kalau ada masa buat mkn2 sempoi2... tapi tanpa open house pun kita bleh melepak ke rumah orang cuma sebagai tuan rumah besenya kalu masak sekali byk ni..mennyenangkan hidup...sekali penat...sekali habis... he he he

Esok deepavali dan kawan comel aku kat opis ni....buat open house kecil-kecilan kat rumah dia on the 2nd of the deepavali..excited plak nak pi rumahnya yg comel itu...

Bukan apa, ada org tak nak buat open house sbb rumahnya yg kecil...tapi bagi aku yg penting niat dan kalau kita jujur walau macam mana cara pun tuhan akan permudahkan urusan kita untuk hari itu...

Selamat mamam dan happy holiday....


luv...

Wednesday, September 16, 2009

SUASANA HARI RAYA

Mood nak beraya dah menyelubungi diri ni... Dan lagu ni lar yg aku paling suka masa time raya..

"SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA, MAAF ZAHIR DAN BATIN"


SUASANA HARI RAYA

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa

Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Tuesday, September 15, 2009

SUKE2....JER



Aku tak faham apakah motifnya...tapi syok gak tgk gamba2 macam... saja... nak memecahkan kekosongan blog ni...he he he

LADY GAGA PART 3











Sejak bulam pose ni.... bz giler fdgn pelbagai xtvt...dan MALAS... ingat nak cuti raya jer...

Oleh kerana tak ada mood...aku letak je ler gamba2 Lady Gaga ni... Aku bukannya gomar bonar dgn dia ni... tapi aku terkujat dgn keberanian dia memakai costume yang ....fulamakatak...gilerrr!!!

Wednesday, September 2, 2009

BARANG YG HILANG

Dah lama betul aku tak mem”blogging”...15 hari tu.... sibuk sgt dgn macam2 xtvt dan jugak sibuk membajak kat facebook…teralih smua perhatian aku dari blog ni…

Aku nak cakap pasal barang yang hilang… Aku selalu sgt hilang barang lately ni.. kalu barang aku yang hilang…aku tak ler panic sgt… tapi bila melibatkan barang2 opis atau bos aku…aduhai… panic nya aku..

Rasanya aku ni kalut sgt…sbb tu benda2 ni jadik…tetapi kekadang aku terpk.. betul ke benda2 ni hilang dlm jagaan aku atau pun benda2 ni tak pernah sampai ke tangan aku then bos aku assume dia dah bagi kat aku????…

Sakit btl jiwa raga aku bila brg2 hilang… maybe sbb bila aku tersedar benda tu hilang disaat, time tu lar nak guna benda2 tu… tapi, yg pasti, ini mmg salah aku, sbbnya aku bukan org yg organize sgt… macam ala2 Bree dalam ‘Desperate Housewife”… aku ni seorg yg kalut….huk huk huk….

Thursday, August 20, 2009

RAMADHAN

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.....SEMOGA PUASA KITA ALLAH TERIMA ...AMIN


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Wednesday, August 19, 2009

BLAH!!!

Sorry sis....tapi aku memang dah masuk tahap meluat dengan ko...dan aku dah ada perasaan benci di hati..jangan ko hubungi aku lagi, sebab aku dah tak nak amik tahu pasal ko lagi...buat ler haluan ko sendiri...

Monday, August 17, 2009

OH WANITA!!!

Dah lama aku tak update blog ni… bz giler…byk betul aktiviti aku skrg ni…dan bila aku online, sibuk update facebook plak..tu yg tak ada masa…

K, kali aku nak cakap pasal sesuatu yg sering bermain dia minda aku ni… penampilan diri

Smalm mak aku buat kenduri doa selamat sempena menyambut ramadhan… dan dalam masa yg sama kontraktor mak aku datang memeriahkan majlis…Then, aku terdengar bisikan dari golongan makcik2 kat belakang aku.. salah sorang nya berkata

Makcik G “eee aku konpom lar laki dia tu mesti carik lain nnt..
Makcik K “ Tak baik ko…mana tau… laki dia sayang giler dgn bini dia”
Makcik G “huh kalau dah rupanya macam tu. tak ada maknanya…cuba lar bergaya cikit”

Hmm benda ni dah lama aku nak tulis dlm blog ni… Kekadang separuh perempuan suka sgt tak memperdulikan penampilan mereka. Aku tak ler cakap aku ni bagus sgt..tetapi kekadang aku menyampah dgn statement…”Laki aku tak suka aku ber makeup”… “Alar dah beranak 8, buat apa nak bergaya lagi?”…Adoi lar..setakat lipstik dan minyak wangi susah sgt ke sayang oi!!!

Kekadang bergaya tak ada kena mengena dengan paras rupa…gemuk, kurus…macam Queen LAtifah…punya lar ‘bersemangat’ tapi cun dan bergaya setiap masa. Macam atuk aku, kalau dia nak keluar ke Bandar kuantan, padahal pi hospital je…baju nya kemas, kemeja lengan panjang, dengan minyak wangi nya… Padahal atuk aku dah berumur 80 tahun tapi masih lagi bergaya…

Ini yang nak aku katakan, apalar salahnya bergaya sikit…hanya dengan memakai secalit lipstick… jangan lar gunakan alasan ‘natural beauty’… sebab kita suka memandang orang yg bergaya dan kalau org memandang kita dengan sebaliknya, apa agaknya yang orang tu fikir pasal kita. Aku tak kata, salah kalau tak berbedak, Cuma jagalar penampilan diri, tak ada siapa yang untung, (mungkin syarikat kosmetik yg untung)..tapi yang pastinya semua itu untuk kebaikan kita jugak…

Bebaru ni aku ada dengar kisah seorang saudara yang dapat tahu suaminya bermain kayu tiga, dan yang pastinya wanita baru itu tak ler berpakaian yg menjolok mata, Cuma cukup manis dengan solekan dimuka dan pewangi di badan…si isteri mendapat tahu, dan yang paling menyedihkan bila si suami pernah memberitahu kepadanya, “I tak suka u bermake up”…dan bila kejadian ini berlaku aku terfikir…adakah

a) Si suami Cuma berkata begini untuk menjaga hati si isteri
b) Si isteri hanya memberi alasan kerana malas nak bersolek
c) Atau si suami dah muak dengan muka pucat si isteri

Hmm tepuk dada..anda sendiri yang tahu…

Sunday, August 9, 2009

FACEBOOK LISA

"Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku rindukan kehadirannya. Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya. Kikislah pesona dr pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku."

Aku cilok ni, dari facebook kawan aku, Lisa...dan seriously...aku memang rasa terpesona dengan wordings ni...Hmm..menusuk kalbu....

SAYONARA MY DEAR FRIENDS

Last week penuh dgn kesedihan...sedih sbb org yg rapat dgn aku Mel dan kawan aku, Dahlan... last day mereka di company aku skrg ni...

Sayu sgt hati ni..tak tahu macam mana aku nak ungkap kan dgn kata2... dah byk kali aku cuba type segala kata2 yg boleh...tapi setiap kali itu juga...air mata aku berjurai membasahi pipi aku...rasanya parah lagi di dalam hati ini...

Mel...I do not know how to say this...but i feel so lost without you...Everything seems so wrong.. We used to have all the little secret...intercomm each other whenever we feel happy, sad, grumpy... now...goossshhh!!! i'm gonna miss u soo much... I know i can meet you somewhere else beside in the office..but it is not gonna be the same... the feelings that you are not there...hurt me!!!

Dahlan...Thank you cause jadik such a good friend to me... Ko punya cara ko tersendiri.. dalam cara yg agak unik...dan aku percaya, orang yg banyak menganiayai ko...akan sedar malah akan mendapat pembalasan lagi teruk dari apa yg diperlakukan kepada ko dan aku percaya ko akan berjaya dalam hidup ko...Rezeki ada dimana-mana...

Both of them resign pun sebab orang yg sama...orang yg banyak melukakan dan menganiayai org lain... termasuk aku pun kena sekali..dan aku pun tak tahu aku akan bertahan sampai bila.. Memang orang macam ini kita akan jumpa dimana sahaja..Tapi sampai bila dan setakat mana yang kita dapat tahan dgn ini semua hanya masa yg dapat tentukan..

Tuesday, August 4, 2009

Monday, August 3, 2009

KASIH BERALIH ARAH

Dah lama aku tak update blog…bz giler dengan dinner boss aku…dah tu demam panas dan batuk yang macam nak pecah dada…bukan H1N1 ek…

BYk benda yg terjadi ….. kalau lar ada machine yang bleh absorb apa yg ada dalam fikiran ni dan terus menjadi perkataan2 dan terpapar kat blog ni kan ke best…nampak sgt aku pemalas nak menaip…bukan malas tapi terlalu banyak yang nak utarakan

Kali ni aku nak bercakap pasal cinta. Apa akan jadi dalan hidup kita kalau kasih beralih arah? Ada teman yang bertanya kan perkara ini.. ntah mengapa di hati nya tak terukir lagi rasa cinta pada si suami. Bahkan ada juga teman yang tidah terikat dengan apa2 ikatan pun mengalami masaalah yang sama.. Salah siapa agaknya…

Bukan senang nak membenihkan rasa cinta… Bak kata orang tua2 ..cinta yang lahir dari mata turun ke hati… Kerana pandangan mata yang menikam sukma membuahkan rasa sayang pada orang lain…Separuh orang suka melahirkan rasa cinta dengan kata2 mahupun belaian dan bagi aku perkara ini sepatutnya berlarutan sehingga ke usia nan senja…dan kedua2 pihak mesti berusaha untuk kearah ini… Bukan hanya sebelah pihak. Ada jugak pasangan yang mengambil mudah dalam perhubungan …dengan memikirkan…aaarrgghh, dia sudah menjadi milik diri, kenapa perlu berusaha…kenapa perlu ada sikap begini? Kalau benar kasih yang di tautkan dulu bukan paksaan kenapa mesti tidah di suburkan rasa kasih sayang itu. Menyemarakkan kasih sayang bukan hanya dengan melengkap kan pakai minum…

Bukan apa… menambat kasih bukan nya mudah, memerlukan masa..tetapi untuk menghilangkan dan memusnahkan rasa itu hanya sekelip mata… perasaan terkubur sendiri tanpa paksaan sesiapa….terlewat menyedari nya hanya merugikan diri sendiri… kenapa mesti kepercayaan orang menyayangi kita dibiarkan begitu sahaja.. Akan adakah orang yg mennyayangi kita seperti mana pasangan kita menyayangi kita. Jangan pandang mudah benda2 ini…kerana selagi hayat dikandung badan…semai dan jagalar kasih sayang itu sepenuh hati, jangan sampai kasih beralih arah dan kita hanya mampu memandang dengan hati pilu..

Wednesday, July 22, 2009

DEMENTOR

Aku tahu ko ni jahat sgt tapi aku tak sangka ko sejahat ni…

Kenapa perangai ko macam ni..ko ni kan dah terbiasa hidup dibenci org, sampai tahap, smua benda yg berlaku ko tuduh orang yang menjadi punca. Terlalu bersyak wasangka. Dalam otak ko, hanya ada satu statement, “Orang suka aniayai ko”

Aku pun ada gak berselisih faham dengan orang tapi mesti lepas itu hubungan tu akan menjadi bertambah baik… Seperti melupakan hal lalu, dan buka buku baru…tapi bukan ko…

Hari ni ko tuduh aku bunuh lipas dan letak kat tempat ko. Ko ada bukti ke… Walaupun ko tak sebut nama aku, tapi siapa lagi yang paling dekat dgn workstation ko kalau bukan aku . Dan ayat ko ialah “I rasa kan ada org bunuh lipas dan sepak, letak kat bawah meja I” . Ko fkir tak orang tu akan sampaikan kat aku. Ke ko saja cakap macam tu supaya orang tu sampaikan kat aku?

Lepas ni apa lagi yang ko nak buat. Sudah2 ler… Memang patut pun aku gelar ko DEMENTOR. Ko kawin dah 2 kali dan setiap perkahwinan ko, tak sampai setahun dah bermasaalah. Aku memang kesian kan ko. Tapi kalau dah sebegini kejam, sapa lagi yang ada hati dan perasaan untuk kesian kan ko. Yang aku paling pasti kau memang tak akan berubah dan suatu hari nanti ko akan keseorangan sebab smua orang menjauhkan diri dari ko. Tapi ko tak kisah kan…

Yang buat aku marah sangat dengan tuduhan ko tu, sebab aku kenal ko, kalau ko dah bercakap macam tu, mesti tak lama tu ko akan bagitau bos ko...spesis mulut koyak...

Aku punya lar bosan dengan perangai ko dan aku rasa org yg baca blog aku pun bosan dengan cite ko.. dah byk kejadian aku dengan ko aku tapis, tapi aku ni pompuan, sedikit sebanyak tercuit jugak hati aku ni... Dan kalau aku dah type kat blog ni pasal ko...bermakna...you are really press my button!!!!

Monday, July 20, 2009

HOUSE MD



Hmm tgh tgk HOUSE ni kat AXN...terkejut nya lar Kurtner mati bunuh diri... baru nak admire dia..tetiba macam ni plak...adoi lar...HOUSE ni antara top 10 series kat US. Kat sana series2 macam ni macamcendawan tumbuh..beribu..kira kalau series macam ni bleh bertahan lebih dari 2 seasons ...kira bagus sgt lar tu..

Byk cite yg best2 macam PUSHING DAISIES, CHUCK yang hanya survice 1-2 seassons jer..padahal cite2 ni best... tak siyok kan..

Actually banyak cite yg nak direview kan tapi tak ada masa...smua nya dah type tapi half way dan tak berkesempatan nak habis kan lagi....

K lar nak zzzzzzzzz... nak temankan my little sunshine... tetiba macam konpius sorang diri...ntah apa yg aku ngarutkan ni...

Thursday, July 16, 2009

LADY GAGA PART 2













Bagi certain people this is art (lagi pun dia mesti lar nak 'outstanding' kan dirinya dari org lain....tapi bagi aku yg kering seni ni...this is crap!!!!

LADY GAGA PART 1












Aku saja letak gamba Lady Gaga ni sbb baju2 dia, fulamakatak!!!!! Byk sebenarnya gambar2 dia yg aku ada, tapi aku tak sanggup nak letak kat sini... "sensored" mak oooii!!!

'DEMENTOR' IN MY OFFICE!!!!





Dah lama betul tak update blog...tak ada mood skrg ni...datang opis je, tgk muka 'berkarat' hilang segala perasaan ceria aku...kadang2 aku rasa dia ni macam 'dementor' dalam harry potter (btw... tak ada org nak pi ikut aku tgk movie ni hari ni...sibuk sgt memasing!!! huk huk huk!!!)

Wahai 'dementor' opis ku...jgn lar ko dekat kepada ku...pi jauh2.... aku rasa macam nak letak je gamba muka 'dementor' opis aku tu kat sini...he he he...tapi as what kawan aku cakap...aku selalu sgt tak sampai hati...huk huk huk
Saja je letak gamba 'dementor' harry potter ni sbb tak smua org suka tgk cite2 macam harry potter ni (yes it is u, wati pysco!!!)
Dan aku akan reply tag yg dihantarkan kepada aku...i promise!!!

Tuesday, July 14, 2009

HOLD UP MY HEART - BROOKE WHITE

Please hold up my heart
Give me a reason for this empty silence
You're here but you seem so far
Why did you run away from me
is it because I’m not as pretty as I use to be
Oh, like a picture on a wall
Should have known that I was bound to fall

So please hold up my heart
Give me a reason for this this empty silence
Please hold up my heart
Darlin I am changin’
But everybody’s changin’ too

When I am weak
I try to always find the best of you and me
Hmm .. but I will always be the one
Who understands you like a picture on the wall
Should have known that I was bound to fall

So please hold up my heart
Give me a reason for this empty silence
Please hold up my heart
Darlin I am changin’
But everybody’s changin’ too

We shared hope, we shared life
we shared kisses by the fire
And I will always be the one
Who understands you

So please hold up my heart
Give me a reason for this empty silence
Please hold up my heart
Give me a reason for this empty silence
Please hold up my heart
Darlin I am changin’
But everbody’s changin’ too

Darlin I am changin’
But everybody’s changin' too

Wednesday, June 24, 2009

HOW TO STAY YOUNG AND HAPPY


1. Throw out nonessential numbers
This includes age, weight and height. Let the doctors worry about them. That’s why you pay them.

2. Keep only cheerful friends
The grouches pull you down. (Keep this in mind if YOU are one of those grouches

3. Keep learning
Learn more about the computer, crafts, gardening and whatever. Never let the brain get idle. An idle mind is the devil’s workshop
And the devil’s name is Alzheimer’s!

4. Enjoy the simple things

5. Laugh often, long and loud until you gasp for breath
And if you have a friend who makes you laugh, spend lots and lots of time with HIM / HER

6. Surround yourself with you love
Whether it’s family, pets, keepsakes, music, plants, hobbies or whatever. Make a spot your refuge. Keep good relationship with God.

7. The tears happen
Endure, grieve and move on. The only person who is with us in our entire life, is yourself. LIVE while you are alive.

8. Cherish your health
If it is good, preserve it. If it is unstable, improve it. If it is beyond what you can improve, GET HELP.

9. Don’t take guilt trips
Take a trip to the mall, even to the next county, to a foreign country, but NOT to where the guilt is.

10. Tell the people you love that you love them, at every opportunity

Tuesday, June 23, 2009

PERASANNYA!!!!!!!


Kali ni aku nak mengarut pasal perasaan yang terlebih sudah..iaitu perasan atau syok sendiri (SS). Rasanya perasaan ni ada dalam diri semua orang. Sikit sebanyak setiap manusia ada perasaan ni tapi pandai2 lar dalam hati kita macam mana kita nak control benda ni.

Ada orang yang perasan dia lar yang cun giler, tak pun ada yang perasan smua lelaki/perempuan hanya nak kan dan berminat dengan dia. Parah jugak orang macam ni, sebab satu ketika kita akan rasa macam meluat sesangat. Sampai nak makan pun tak habis dek kerana perasan ada orang asyik memerhatikan dia. Tak pun kalau berjalan dengan dia, akan keluar perkataan “Kenapa semua orang asyik tengok ni..ee tak sukalar”. Walau pun sebenarnya dalam hati melonjak gembira..bak kata orang negeri Sembilan…kombang lubang idung eeekk”. Tak pun kunun2 menerima panggilan misteri, erti kata lain secret admirer…betulkah itu secret admirer nya, atau pun dia yang sibuk duk perasan nak kacau orang dulu…tak pun itu hanyalar cerita rekaan untuk mengatakan betapa popular nya dia.

Ada jugak yang perasan dah kurus, padahal perut tu dah kedepan. TOlonglar, tak ada sapa akan kutuk kita kalau kita tak start perasan yang melampau dengan statement kita tu. Tolong beli cermin, OK?

Kita boleh menaruh hati dan harapan terhadap orang tapi jangan sampai kita perasan yang orang tu terpaksa bercouple dengan somebody else kerana terpaksa atau pun perasan yang orang tu masih lagi menyayangi kita. Parah tu!. Biasanya kalau hati kita menaruh harapan kita akan simpan smua nya dalam hati dan bertawakal tapi kalau dah bagitau orang dengan confidentnya…bukan kah itu SYOK SENDIRI?????

Ada jugak yag perasan dia lar yang paling pandai. Sampai tahap jadi angkuh dan bongkak. Kepandaian adalah kurniaan tuhan. Jangan sampai dek kerana itu, tuhan tarik segala kepandaian itu, tak ke melopong nanti. Bak kata orang.. sampai tahap giler kuasa dek kerana perasan dia lar yang paling layak menjadi bakal bos. Hmmm…orang macam ni kebanyakan nya akan menyakitkan hati orang lain walau dimana saja dia berada, sebabnya perasan tu dah jadi cakap besar dan dah macam makanan harian pulak.

Kalau betul2 ler orang yang bercakap tu mmg hensem giler atau cun giler..mmg patut lar dia perasan ya ampun…tapi kalau bak kata orang cukup2 makan…tolong lar sedar diri tu ckit. Aku bukan nak kutuk…tapi kita tengok sekeliling kita adakah orang2 yg bersama dengan kita selesa dengan tahap keperasanan kita yang melampau tu? Yang paling penting control, dan bertawakal dan tawaduk…sedar betapa hina dan kurang nya kita disisi yang Maha Esa dan ada lagi ciptaan Nya yang lagi bagus dari kita. Baru lar kita dapat kurangkan dan control perasaan perasan tu.

Tapi, tak semua orang boleh ditegur, walau kita bagitau macam mana pun dia perasan, dia still tak akan sedar dan perasan… orang hanya jeleskan dia…he he he…tepuk dada, Tanya selera. X salah nak perasan kan diri..tapi sila lar kontrol jgn sampai tahap syok sendiri yang melampau!!!!

Monday, June 22, 2009

SENIN

Disaat pagi yang indah ini, walau pun hari ni hari senin, sedang aku menikmati nescafe ais kaw2... ketenangan aku terganggu dengan suara orang marah2 dan moody tahap ungka kat belakang aku ni. Adoi lar...jgn ler memekak pepagi ni.. terlalu awal untuk mematikan sel2 badan ko tu dengan stress yang melampau...

Simpan lar kemarahan ko tu.. mmg ler ko marah orang lain tapi benda2 ni memberikan aku negative vibration dan aku tak nak smua ni dalam hidup aku

Ya Allah... aku memohon pada mu untuk hindarkan aku dari orang yang sebegini didalam hidup aku.. Aku dah tak berdaya lagi...

Thursday, June 18, 2009

FIRE EXTINGUISHER


This is sooo cool!!!!

Thursday, June 11, 2009

SMURFS
















I can't imagine myself with tons of smurfs around me ;)

Wednesday, June 10, 2009

BUDI BAHASA




Kat depan umah aku..ada pokok sirih yang ditinggalkan oleh tuan rumah. Dan mereka amanahkan jaga lar pokok sirih tu macam pokok sirih tu kami yang tanam... Aku memang suka pokok ni sebabnya subur sgt2...mcam berbaja...

Apa yang aku nak cakap ialah budi bahasa. Kalau ada orang yang datang mintak daun sirih ni dan aku memang nya tak kisah nak bagi kat dorang , kekadang ada yang bagi duit tapi aku memang tak akan amik duit tu, sebab aku ikhlas nak bagi kat dorang. Tapi semalam...lepas aku balik dari pi beli kebab, aku nampak ada sebijik kete MPV park kat depan umah aku..dan ada sorang makcik ni tengah petik daun2 sirih tu...yang memusyilkan aku tu...kenapa makcik ni bila nampak je aku dengan sepanas kilat masuk ke dalam kete dia yg besar gedabak tu...kenapa? Aku tak kisah dia amik pun tapi bila dia buat macam tu macam pencuri pulak.

My other half cakap, lantak lar dia..bukan luak pun daun sirih tu...mmg tak luak tapi yg aku persoalkan sekarang ialah kenapa makcik tu lari macam tu... kalau dia tak nak bayar pun atau rasa bersalah sebab amik daun tu dengan banyak nya pun, at least bertegur sapa lar dengan aku... budi bahasa, susah sgt ke?

KEBAB


Smalam aku cuti..sesaja... dan aku teringat satu kedai kebab kat masjid india..sanggup diri ku ini turun ke KL dari rumah ku untuk pergi membeli kebab yang superb ni!!!!!

Tempat ni gerai je, dan sebenarnya dekat je dgn opis aku kat tgh2 donia tu..tetapi abang2 kebab ni selalu start biz dalam pukul 1.40pm. Manalar sempat, waktu lunch kan 1-2 tghari. Kalau kita dtg dlm pukul satu setengah tu mmg tgh terkulat2 brother2 ni memotong bahan2 nak letak kat daging kebab tu. Kekadang aku teringin nak tanya "Abang ni sebenarnya nak berniaga ke idak?"..atau.. "Abang tau tak kebanyakkan waktu lunch opis kat KL ni pukul 1-2?"..he he he tapi idok ler tergamak aku nak bertanya..kang dia 'ban' aku kat situ...kering kempunan plak aku... Dalam pukul 1.30thg tu pun org dah start beratur menunggu dengan penuh kesabaran sampai abang tu settle menyediakan bebahan....Kalau aku berkejar pi beli lepas waktu opis (pukul 6) , gerenti licin...

Kebab ni mmg ler sedap giler ..daging, sos lada hitam, daun saderi, bawang, tomato... aku tak dapat nak describe dan tak sama dengan kebab pasar malam.. Dan orang kalau beli kebab kat sini kebanyakan nya akan beli lebih dari satu untuk diri sendiri... walau beratur tak panjang pun masa nak beli tu, tapi dek kerana orang yang kat depan kita beli sekali 8, dan asyik no 8 je yang kita dengar, makanya mmg lenguh ler kaki yang berdiri. Tapi bila dah masukkan kebab ni kat dalam mulut,,,fuhhh....berbaloi....dan malangnya kepada orang yg tak suka daging...hanya kebab daging je yang dijual...

Friday, June 5, 2009

HATI YANG BUSUK


Banyak sgt perkara yang berlaku lately ni. Tapi yang paling aku nak critekan ada 2 trajedi

1. Salah seorg office mate aku ni, akan bersanding hari sabtu ni, 6 june...so, aku dan kenkawan kat opis ni, kumpullah duit nak beli hadiah untuk pengantin baru ni. kami collect rm25 seorang. Pada mulanya hanya 6 org je yg bersetuju untuk kongsi beli hadiah ni, sbb tu collection agak tinggi harganya. Salah seorg dari kitaorg ni, mempertikaikan kenapa mahal sgt nak contribute. Dia siap tanya lagi, dulu masa dia kawin berapa si pengantin ni contribute. Dalam hati aku ni rasa macam nak sepak je pompuan ni. Kalau dia beli hadiah sorang, rm25 tu dia dapat beli apa? Dia siap hasut kenkawan terdekat dia untuk tarik diri dari joint beli hadiah. Apalar punya manusia. Masa dia kawin ari tu, kitaorg pun ada buat collection dan kalau aku sebusuk hati macam tu, aku boleh cakap "Kenapa aku nak bagi hadiah.. dulu aku kawin, masa aku tak kenal korang, korang bukan bagi hadiah kat aku pun".. Kalau tak nak joint tak apa tapi jgn hasut org lain.. Tapi sebab niat baik, dari tinggal 3, datang lagi 12 org yang nak joint.. maka makin byk ler RM yang terkumpul...dapat ler kami beli bermacam barang...

2. AKu tak faham kena ada separuh manusia ni, suka sgt tabur pasir ke periuk nasi org lain.. Dan yang best nya tu, hampir setiap hari buat kerja2 amal, menaikan kemarahan bos terhadap org lain..dah jadik macam makan nasi pulak...Orang tak kacau hidup kau, kenapa lar kau nak kacau hidup orang lain...kalau lar itu cara kau carik makan, tak berkat lar rezeki kau, mencari makan di atas kesedihan, kemarahan orang lain... Apa yang kau dpat? Kepuasan? MAcam mana lar kau boleh tidur lena di malam hari dengan perangai macam tu..Walau pun aku pernah kena sekali dengan perbuatan kau tu... tetapi aku yakin kau akan buat semua benda tu berulang kali sampai kau dapat tendang orang2 yg kau tak suka kan.. Sedih aku melihat hidup kau yang gembira dengan kesakitan orang lain...

Kita hidup ni bukan nya lama mana pun.. Kenapa lar nak tanam kan rasa hasad dalam diri. "What goes around, comes around".. Keberkatan hidup yang kita carik...Susah ke nak tanamkan rasa sayang sesama umat..tak berdarah pun... Seronok sangat ke menjalani hidup dengan perasaan busuk hati macam tu.. Aku memohon sgt, supaya jauhkan lah aku dari sifat terkeji ni... Bersihkan hati ini...

Friday, May 29, 2009

THE ONE

Count Allah's Blessings


If you have food in the refrigerator, clothes on your back, a roof overheadand a place to sleep ... you are richer than 75% of this world.


If you have money in the bank, in your wallet, and spare change in a dishsomeplace ... you are among the top 8% of the world's wealthy.


If you woke up this morning with more health than illness ... you are moreBlessed than the million who will not survive this week.


If you have never experienced the danger of battle, the loneliness ofimprisonment, the agony of torture, or the pangs of starvation...you areahead of 500 million people in the world.


If you can pray in a Mosque without fear of harassment, arrest, torture, ordeath ... you are more blessed than three billion people in the world.If your parents are still alive and still married ... you are very rare.


If you hold up your head with a smile on your face and are TrulyThankful... you are Blessed because the majority can, but most do not.


If you can read this message, you just received a double Blessing in thatsomeone was thinking of you, and furthermore, you are more Blessed thanover two billion people in the world who cannot read this message at all.


***cilok from Facebook...

Wednesday, May 27, 2009

KASIH SUCI, AMY MASTURA

Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi
Jangan gentar ada sabar semai di jiwa
Ku di sini mendampingi agar kau mengerti

Berlarilah kau berlari
Terbanglah dikau terbang tinggi
Bumi yang engkau jejaki
Janganlah dikau lupai

Andai kucapai si pelangi
Akan kuserah kepadamu
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti

Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci

Kuterima dirimu dengan seadanya
Dalam suka dalam duka
Kau tetap cahaya
Ku bersyukur pada Yang Esa
Punya segala-galanya
Sederhana tapi iya sempurna

Oh oh oh...
Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti
Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci

*khas for my little sunshine...luv u soo much!!!*

Friday, May 15, 2009

SMALAM YANG INDAH












Smalam bagi aku adalah hari yg indah...

Pepagi makan nasi lemak paru yang dah seminggu aku dok pi gerai tu tapi asyik tutup je. Smalam bila aku nampak je payung gerai tu...dengan terkedek-kedek aku pi ler...perggghhhh!!! nasi lemak paru berkuah kan ayam rendang...makin montel lar den...

2 orang minah PHD kat opis ni cuti...alangkah clear nya bijik mata aku smalam...tenangnya jiwa raga aku...

Boss aku pun mood nya agak baik...tersenyum je ...

Petangnya aku pi tgk wayang ngan opis mate aku...tapi sebelum tu pi dinner kat "Betty's Kitchen" kat Capsquare. Makan Mee Kari ngan Teh Tarik...Dan gambar di atas adalah buktinya...

Kami pi tengok cerita, He's just not that into you...

Best citer ni...menusuk gak lar kalbu..ada orang cakap movie ni agak boring..tapi bagi aku agak menarik dan byk point2 yg should be taken by us for life ...ntah lar...just my opinion...
Moralnya...smalam best day for me...smalam yang indah...









FROM NAJIHAH!!!!

Nak membayar hutang tag -Nuna-

1. Nama timangan family :Betty

2. Anda seorang yang :sensitip…sememeh…emo….hepi gler….kuat gelak….

3. Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa :My little sunshine…..always brighten up my day…

4. Lagu kesukaan sekarang :Kau muzik di hati ku (Jac and Vince)

5. Warna kegemaran : Green apple

6. Benda wajib dalam handbag :Purse…hphone….makeup bag…pen…kertas…tisu…kunci umah

7. Kali terakhir nanges :Hari Rabu… 13 May…kesan dari cirit birit

8. Tag rakan anda : Sesapa yg baca tag ni lar...

Sekian terima kacih

Wednesday, May 13, 2009

TODAY


Start dari last Sat aku kena cirit-birit...melarat sampai ke hari Ahad...then pagi Isnin tu aku pi gak kerja tapi lemah longlai ...pi jumpa doktor, semalam, selasa...aku MC... Ting tong otak aku dibuatnya sebab banyak sangat makan ubat.

Pagi tadi, seriusly aku tak ada mood nak kerja...sebab masih lagi keletihan dan juga sebab aku 'letih' dengan orang2 yg suka sakitkan hati aku kat opis tu..

Bila aku buka blog aku pagi tadi "hang"....adoi lar....jgn le macam ni...then aku tgk kat tepi blog aku tu byk benda yang tak klua...list follower langsung lerrrr tak ada...rasa macam nak nagis je...mana tak nya, emosi aku pun memang dah tak stabil

Bila aku bukak bilik boss aku, aku rasa lagi macam nak nangis, aku tgk buku2 yg setinggi KLCC dah cun berkemas...masa tu aku rasa macam tak guna nya diri aku ni...selama ni aku tak kemas buku tu sebab buku tu teramat lar berat...aku mmg kena mintak rescue 911 daripada driver bos aku...tapi driver bos aku ni...ya rabbi pemalasnya...tuhan je yang tahu...maaf boss! malu nya saya dengan diri saya sendiri...

TENSION!!!TENSION!!!!ARRRRGGGHHHH

Then boss aku suruh aku cari satu file yg tentu2 aku tau dia je yg pegang file tu...tapi aku cari jugak...sampai ting tong otak aku sbb pening....tak jumpa pun...aku explain kat dia, file tu mungkin dgn dia...dia tanya aku balik...kat mana dia letak.....aku hanya mampu tersenyum...

Tetiba datang lar pulak seorang Dato' ni kat opis...dan pompuan yg selalu sakitkan hati aku ni telah mengeluarkan statement yg aku sendiri tak tahu nak tafsir macam mana...

Her statement... " Dato' ni kan...dia lar yg selalu hantar bunga kat ex-secretary en *** dulu... dia suka tau perempuan-perempuan cantik..."..sambil tersenyum kambing menampakkan giginya yang kuning dan mengulang ayat tu berulang kali...

HELLO!!!!! apa yang kau maksudkan ni ha? setahu aku secretary bos aku yang lelama termasuk aku ada 3 orang ... dah tu....kau nak bagi tau apa...antara bertiga ni sorang je yang tak kawin lagi... Kau nak bagitau aku yang aku ni hodoh sangat ke? Dan kau tu ler jelitawan INdia kat Malaysia ni...please ler...dah ler hidup kau pun terkontang kanting jgn lar nak judge hidup orang lain... perempuan ni lar yang banyak sakitkan hati aku...rasa nya kalau ada entry yang tak puas hati kat blog ni... kebanyakannya dari dia... dah ler semua benda nak copyright aku... a to z... tapi perasan macam dia ler yang invented smua...

Buat saat dan ketika ini aku rasa macam dah tak larat nak harung smua ni...dah berjurai pun air mata aku sekarang ni... mungkin sebab ketidak sihatan aku ni buat aku emo gilerrrrr sekarang..

Macam mana lar aku nak hilangkan rasa emo aku ni...... rasanya balik ni aku kena makan ABC jugak ler macam nurul....

Monday, May 11, 2009

KAWAN KU!!

Kawan aku ni, tak pernah beranggang dengan aku selama ini. Dulu dia bekerja dan selepas dia melahirkan anak yang ke 3, si suami meminta dia berhenti kerja memandangkan tempat kerja nya jugak selalu sangat miss nak bayar gaji. Jadilah kawan aku surirumah tangga sepenuh masa. Dan tidak tahu di mana silap nya si suami juga tidak mahu bekerja dengan alasan nak berniaga di pasar malam pada mlm hari sedangkan selama ini biz yang di usahakan itu tidak pernah pun membawa keuntungan yang lumayan. Malahan si suami langsung tidak ada pengalaman dalam biz. (Sebelum berhenti kerja suaminya berkerja di salah sebuah sykt yg agak teguh dgn gaji yg sangat ok)

Hasilnya..menderita kawan aku ini hanya makan nasi goreng ikan bilis setiap hari dan kalau beras dah habis, roti sebagai pengganti. Bila di tanya kepada si suami, carilah kerja baru..supaya dapat menanggung satu family. Si suami akan memberikan jawapan “sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup”

Yang paling aku sedih, si suami mendapat kerja baru di luar dari kawasan KL, dan tak meninggalkan barang satu sen pun kepada kawan aku ni…Dan si suami boleh memberitahu kepada kawan aku supaya meminta duit dari ayah si suami dengan alasan dia tak suka meminta minta kepada orang… dan seringkali kawan ku ini di tempelak oleh suami nya dengan perkataan ‘awak tidak pandai bersyukur”…

Kenapa jadi begini? Apa salah kawan aku sampai si suami ini boleh buat macam ni. Dan si suami…tergamak kau buat macam ni kepada orang yang telah melahirkan anak kau..bukan sorang tapi 3 orang. Dan kalau kau dah malas sangat nak bekerja, kenapa kau tak bagi kawan aku bekerja? Kau lebih rela biarkan dia kelaparan di rumah sedangkan dia sanggup untuk bekerja kerana nak mengisikan isi rumah tu dengan makanan.


Ini kah pengorbanan yang sepatutnya seorang isteri lakukan atau patut kah dia menuntut hak dia sebagai seorang isteri…aku pun tak tahu.. tapi apa yang aku tahu patut kah seorang suami bersikap begini? Kalau dah tak ada rasa sayang di hati kenapa nak simpan dan menyeksa sebegini? Kalau kau benci dgn orang yg telah melahirkan anak2 kau, patutkah kau buat dia macam sampah? ZURIAT KAU!!!!

Buat kawanku…aku tidak pernah bosan mendengar cerita dan rintihan mu…dan semua ini hanya kerana aku memang teramat menyayangi kau dan kau pun tahu perkara ini sejak dulu lagi…Cuma aku tak sanggup nak lihat kau menderita lagi… apakah patut kau diamkan semua ini dan telan segalanya tanpa berbuat apa2? Kau selalu kata kan kepada ku supaya mendoakan yang terbaik buat mu…tapi tahukan kau berdoa tanpa berusaha tidak akan menyelesaikan apa2 pun? Tolong lar buka kan pintu hatimu…menuntut hak mu atau keluar dari belenggu masaalah ini…aku akan sentiasa cuba membantu selagi yang boleh tetapi aku dah tak sanggup nak lihat kau berduka lagi…

Friday, May 8, 2009

3 KALI SEUMUR HIDUP

Renung-renungkan dan selamat beramal..

*Email ni aku received dari Nurul, my ex-school mate... dan rasa macam touching sgt...semoga kita smua dapat menjadikan ini sebagai renungan *


****************************************


Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup.

Ibu berkata..." Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..." Keningku berkerut........
"Sedikit sekali Allah memanggil kita..?" Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa 3 panggilan itu..?"

Saya menggelengkan kepala.

"Panggilan pertama adalah Azan" ujar Ibu.
"Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan
Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika.

Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas
umatNya ketika hari Kiamat nanti"..

Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang, saya masih melambatkan solat kerana
meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. MasyaAllah.......

Ibu melanjutkan, "Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan
sifatnya 'bergiliran' .

Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik AllahumaLabaik / Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu".

Mata saya semakin berkaca-kaca.

.......Subhanallah.......saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya
rancangkan.......Alhamdulillah...

"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara
langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Shinta, manfaatkan waktumu baik-baiknya...
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... ......Insya Allah syurga adalah balasannya....."


** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi, saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya.....Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan
berniat.........Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan
Semesta Alam...........**

Thursday, April 30, 2009

HEPI HOLIDAY!!!!
SLAMAT HARI PEKERJA!!!!

NENEK

Aku rasa happy hari ni..tapi tak ler tahap melampau..sebabnya esok cuti dan bleh jumpa NENEK...mmmuuaaahhh...sayang nya nenek aku tu...ni nenek side mak aku...

Aku ni sejak kecik nenek yang jaga, bak kata nenek aku tu "den jago kau sojak ko sebosar tapak tangan.."..

Well... nenek aku ni masa zaman aku sekolah dulu punyalar garang...sangat sangat garang...aku memang takut giler dengan dia. Tapi bila fikirkan balik, kalau tak kerana nenek aku ni, jadik jugak aku org...

Mlm ni (khamis), aku balik kampung and esok ada pasar malam kat umah nenek aku tu...seronoknya..dulu kalau pasar malam aku selalu 'pau' nenek aku tapi nenek aku ni pulak walau garang, apa yg aku nak kat pasar malam tu dia belikan... Kalau dulu, time aku malas pi pasar malam, nenek aku akan pergi awal dalam pukul 6...then dia akan cakap kat aku "nanti pukul 6.45 amik nenek kat pasar malam tau"...Dan biasanya aku tak kirim apa pun sebabnya, nenek aku ni dah tahu apa makanan yang dia nak belikan kepada aku...

Kalau aku dah lama tak balik kampung jumpa nenek aku ni, aku dapat rasa satu perasaan yang tak tentu arah...mengalahkan orang bercinta plak..dan kekadang sampai aku termimpi nenek aku tgh berjalan naik bukit nak ke rumah aku tu...

Masa my little sunshine baru lahir dulu..nenek aku pun ada tolong jagakan my little sunshine..then bila dia mandikan budak tu nenek aku akan nyanyi

"Bangau mintak leher
Badak mintak daging
Gajah mintak kuat
Tuhan mintak sihat"

Ini satu hal, kalau nak buai budak nenek aku akan nyanyi dengan mendayu dayu nya sampai tahap mak budak kat sebelah pulak yang berdengkur....he he he...

Nenek aku ni dah almost 85 years tapi Alhamdullilah sihat dan kuat...biasalar org tua2 sakit sana sikit, sini sikit..tapi kalau ada org yg nak dtg rumah...dia akan berdoa dari awal supaya jgn ler dia demam atau sakit sebab dia nak masak untuk org tu... berjengkot jengkot kat dapur nak masak kan untuk org...
Dapur masak tu dia letak atas lantai dan tempat dia duduk dia alaskan tikar, kalau dia masak rendang yang berjam-jam tu, dia akan tutup api dapur, baring kat dapur tu dan sambung balik masak rendang tu bila dia dah kurang penat....

Itu lar nenek aku...banyak lagi aku nak cerita pasal dia...Terlalu banyak sampai aku tak tahu mana satu nak tulis dulu.... Kawan2 sekeliling aku mmg selalu dengar cerita pasal nenek aku ni..hmm bergenang air mata aku sekarang ni, bila teringatkan dia...

Nenek...orang nak balik ni...

Wednesday, April 22, 2009

BOSAN!!!

Lamanya aku tak melepak kat sini...skrg bz giler...sgt2 bz..

Aku sememangnya tengah stress giler sgt sekarang ni...dan aku tahu ada yang akan anggap aku ni "macam2"...tak pun ada yang akan mengatakan...isk isk tak habis2 dengan prob dan stress..


Aku nak buat macam mana dah itu apa yang aku rasa...aku bukan nya jenis orang yang akan tutup mata atau buat tak tahu dengan sesuatu perkara..espcl benda2 yang melibatkan atau sedikit sebanyak tertempias di tempat kerja aku...


Well...ni aku nak cite pasal benda lain.


Untuk org yang berbadan besar macam aku..ada certain2 words yang agak sensitip untuk aku... Bila seseorang keep cakap dia diet, memuji badan nya sendiri yang dah semakin kurus, asyik menanyakan kita tak pernah terfikir kan untuk berdiet atau tidak.... sampai satu point aku rasa macam nak 'meletup' sgt2... kerana aku tahu apa maksud sebenar orang yang bercakap macam tu (knowing her!!!) dan all those words is coming from the same person...


Sampai satu tahap bila kita makan pun sibuk bertanya..."eee banyaknya kolestrol" ...what the f*&%!!! Aku tak pernah mintak satu sen pun duit dari kau bila aku makan. Kenapa susah hati sangat...


Dan yang paling aku tak tahan kebanyakkan baju aku pun nak komen...nampak besar lar...boring lar.. suruh pergi beli baju yang sudah semestinya tak ada size aku atau pun aku tak mampu dengan harga baju yang dicadangkan tu..


Bila aku start mendiamkan diri sebab geram dengan mulut kau yang celupar tu...ko akan buat2 bodoh kat situ tanya kenapa aku tak ceria...macam mana lar aku nak ceria dengan mulut kau tu menghantui aku sepanjang hari?..

Buat lar hal kau sendiri...jangan sibuk nak mengomen orang...kalau orang komen kau...kau bleh melenting2 macam halilintar kat situ... dan kalau orang bagi pendapat kau tak nak dengar...atau kau akan buat pendapat yang aku bagi tu macam kau lar yg mereka cipta pendapat tu...

Aku dah bosan...bawak lar haluan kau sendiri...dan kluar lah dari hidup aku..


Tuesday, April 21, 2009

QUOTE FOR THE DAY

Kepandaian adakalanya melukakan, mengalpakan dan melalaikan sehingga membuatkan hati orang lain terluka akibat kepandaian itu.

(ni aku create masa aku form 5 sebab aku rasa macam 'terhina' sangat dengan someone... tapi ini kisah silam...sekarang ni everything dah ok)

Friday, April 17, 2009

VOTE JGN TAK VOTE!!!!


from lovely Malaysian SuperMummy (mama Intan)

Kepada kenkawan....sila lar vote saya dengan rela hati atau paksa rela untuk "SuperMummy Amazing Blogger Award"..just by click at the link kat sidebar atas sekali....Thank you for your support...

Monday, April 13, 2009

LAPARNYA!!!!!

Kat luar tu sekarang ni hujan tgh lebat giler...Perut aku ni rasa lapar gler...
Disaat ni aku rasa teringin sgt nak makan...

a) Sambal cili api hati ayam
b) Sardin sambal cili api
c) Cekodok kentang
d) Ayam masak kicap ngan lada hitam


eeeee kecur air liur aku...rasa macam nak masak smua ni balik karang...
nyum...nyum...

WATI PYSCO

Wati pysco ada buat statement2 bernas pasal aku...hmm sesapa nak baca ...nih aku link kan comment tu...

http://ajmaniac.blogspot.com/


yang bertajuk BHULAT...

Selamat membaca....

FROM NURUL!!!!

Nak meng'reply' tagged dari nurul...sorry dear...lambat...bz giler....



1)Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
WHAT ABOUT NOW
Actually dari dulu lagi nak mem blogging ni..tapi tak tahu macam mana dan asyik tunggu..tunggu dan tunggu...last2...ada satu hari tu, ter pk...what about now..kenapa nak tunggu lagi...on je ler...

2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://bhulat.blogspot.com/

my nick name start with 'b'...so, carik le perkataan yang start with 'b'...dan i just want the short one...ni, my cousin yang bagi...sbb dia ter amat ler terror dalam bab2 ni

3)Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Caca marba....(campur2)...hik hik hik

4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
Setakat ni tak pernah lagi ler rasa macam tu....tapi tak tau ler esok lusa...


5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
Lovely, nice, sweet..kekadang rasa touching sangat..


6)Next 10 person to tag.
hmm tak cukup 10 ler...aj wati, hanz, azira..nadia...ajat..

Monday, April 6, 2009

DI AMBANG WATI

Aku ada 3 wati dalam hidup aku...ni kira wati-wati yang aku ngadap tiap2 hari...

Wati d' first - Wati ni kawan aku dari office lama aku. Rasanya dah hampir 12 tahun aku kenal dia. Memula dulu aku tak berapa ngam sangat dengan dia...tetapi yang menyatukan kami adalah...Backstreet Boys. Dia ni minat gler dengan AJ BSB. Dia letak gambar AJ dan dia dalam aquarium kat opis. Dia bleh superimpose gambar tu manually dan menjadik plak tu. Aku rasa ikan emas tu dah konpius dengan gamba tu. Kitaorg ni agak taksub dengan artis2 hollywood.

Aku ngan dia bukan satu dept pun. Kekadang kami buat soalan2 kuiz untuk kami jawab sesama sendiri...macam...10 pelakon lelaki hollywood yang kami gler..10 filem love story yang kami tak bleh lupa...macam2 lagi ler soalan2 pop kuiz ....itu jer ler kerja kami....Hmm bebaru ni TV3 ada buat pop kuiz new season...dia ajak aku masuk... isk segan ler....kang runtuh pentas tu dek kerana kitaotrg melompat-lompat kang..

Dan aku kalau beli kain untuk buat baju kurung....dan bila aku tunjuk kat dia, dia kata tak lawa...konpom aku tak pakai...serius!!!!! Dulu pernah dia pi belikan aku kain untuk buat baju kurung...kalau tak silap aku 10 pasang...Dan sekarang ni kalau aku bli kain..aku mesti ajak dia sebab aku dah tak konpiden beli kain baju kurung sendiri.

Nak kata kami ni tak bergaduh...mmg ler tak logik. Tapi kalau kitaorg bergaduh dan untuk berbaik semula kitaorg suka buat macam tak bergaduh bila ber sms semula. Ha...last year BSB datang buat konsert kat Malaysia kan...Kitaorg pi berdua...Huyyoo....mentang2 semua lagu BSB yang lelama kami lancar...nyanyi macam nak klua anak tekak...tiker pun still simpan lagi...Sekarang ni aku dah tak se opis dengan dia...tapi still rasa macam dulu gak sebab sms tak berenti... Kalau tgk tv... komen mengomen mmg tak berenti ler...

Dan my other half called her as my "pysco friend"...Wati ni tau panggilan tu..tapi kitaorg tak rasa apa2 sebab kita org mmg PYSCO!!!! he he he

wati d'second - Wati ni pulak ialah sepupu aku. Aku baru tahu kewujudan sepupu aku ni masa aku dah start kerja. Masa tu arwah nenek aku sakit. Mak dia dan dan arwah ayah aku, adik beradik. Tapi ada prob ckit...lama tak berhubung....

Dulu sblm kami kawin...kami rapat on and off. Tapi sekarang ni makin rapat. Dia selalu marah aku tak bagi komen kat blog dia...bukan aku tak nak bagi komen...tapi aku segan...entry dia smua nya english...aku ni kaya dengan bahasa melayu pasar... tapi dia tak paham2 jugak apa yg aku rasa...aku ni mmg jenis org yg mudah "backoff" klau aku rasa aku segan, malu...dan macam2 lagi ler...sbb tu aku suka menghilangkan diri.

Sekarang ni...tiap2 hari kitaorg berhubung...tapi dia ni bagi aku mmg pandai gler ler...dan tak pernah jemu nak belajar...aku tahu dia ni minat sgt mengajar...kitaorg ni selalu gak berselisih pendapat tappi bleh bawak berbincang dan still ok...


Wati d'third - Ni breakfast partner aku setiap pagi...Pepagi kami selalu breakfast kat medan mara, makan soto ayam...hmmm nyum nyum.......dia ni baru jugak ler aku kenal... kat opis baru ni...

AKu suka dgn dia sbb aku ni jenis cembeng dan penyedih...Dia selalu bagi aku advice untuk jadi stone, kering, buat tak tahu...etc...

Dan aku harap sgt...walau kami tak satu company lagi...one day...kami still akan contact...sebab...susah nak carik kawan ni..especially yg serasi bersama....


Hmm itu ler 3 wati dalam hidup aku....Kekadang bila aku cite kat my other half...aku kena explain...whether wati pysco, wati cousin or wati opis...Banyak sgt wati nyer...

Monday, March 30, 2009

1 World 1 Soul!!!

Entry di bawah in di ceduk dari Blog Ayu...


1 WORLD 1 SOUL!!!

DEAR MY BLOGGER FRENZZZZZZZZZZ.....
SINI ADE SATU PENGUMUMUMAN.
BUAT JULUNG - JULUNG KALINYER...
SAYA,ZURA DAN NURUL TELAH BANGKIT DGN SATU CADANGAN,
KAMI NAK BUAT GATHERING (POTLUCK)UNTUK BLOGGER2 SEMUA!
SESIAPA YG NAK JOIN...
SILA REPLY DLM KOMEN OR DLM EMAIL SAYA IAITU:
rahayu@iiu.edu.my
a)SILA SERTAKAN JUGAK JUMLAH ORG YG SAMA2 AKAN TURUT SERTA DGN ANDA PADA HARI TERSEBUT
b)MAKANAN APA YG HENDAK DIBAWA AGAR TIDAK BERTEMBUNG DGN ORG LAIN PUNYER MENU
TARIKH: akan disahkan setelah melihat pada penyertaan dan tarikh yg dinyatakn oleh mereka yg ingi terlibat (korang bgthu bile tarikh korang free.nnti ikut majority)
TEMPAT: TAMAN TASIK TITIWANGSA KL
Waktu: 9 pagi hingga 1 tghari. (xmo buat pas zohor.panas.sian sape2 ade ank kecil!)
TEMA: COLORFUL (MACAM - MACAM ADA)
TEMPOH PENMGESAHAN ADALAH DLM SEKITAR 30 HARI DR TARIKH ENTRY INI DISIARKAN.INI ADALAH KERANA JUGA UNTUK MEMBERI PIHAK ANDA MEMBUAT PERTIMBANGAN DAN PERNILAIAN SEKIRANYA ANDA INGIN TURUT SERTA.(YE ARR..LAKI TAK DPT CUTI...ADE YG KEJE,ANAK LAGI..KENDURI LAGI..BETUL TAK?!)
DIALU2KAN SEBARANG CADANGAN DR PIHAK ANDA UTK MEMRIAHKAN MAJLIS ITU NNTI.
SEKIAN ..
TERIMA KASIH.

QUOTE FOR THE DAY

Happiness is the true beauty weapon.


—Susan Sarandon

Thursday, March 26, 2009

TANGISAN AKU HARI INI

Di saat ni, aku rasa sedih sangat..Aku tak paham kenapa bila aku berdiam diri, orang mengambil kesempatan terhadap aku.

Selama ni kalau manusia2 kat sini suruh buat sesuatu yang sememangnya tak ada kena mengena dengan aku...aku diamkan dan aku buat jer...

Kenapa lar ko tak nak suruh secretary ko buat dan kenapa ko dengki sangat kepada aku ni...ko suka sangat buat secretary ko jadik pokok bunga kat situ...aku rasa macam dbkl ler pulak...tak berenti renti suruh aku buat itu ini... dan kalu aku buat dengan excellent nya pun...tak pernah pun ko pandang...tapi secretary ko yang hanya duduk dan berbaju seksi tu jugak yang ko sanjung....walau pun dari 8 jam kat opis ni, sejam je dia kerja...

Dah ler tu...tak berenti renti ko promosikan secretary ko pada bos aku...seolah olah aku ni tak layak jadi secretary...walaupun secretary ko selalu melawan ko...dan tak amik tahu langsung pasal ko...bagus sgt ke dia?

Aku sedih sangat sekarang ni...aku rasa macam tak adil sangat...diam aku org buat aku macam orang bodoh...kenapa aku diam? hanya lar kerana aku nak jaga nama baik bos aku sebab aku terlalu hormat pada bos aku...dan sebab aku kesian tgk bos aku yang ko perbodoh-bodoh kan tu...aku tak nak menambah beban bos aku....

Sabar aku pun ada batasan nya....jangan lar terlalu melampau kau buatkan aku begini...nanti smua nya aku tinggalkan macam tu sahaja...

Wednesday, March 25, 2009

ROMANTIK MOVIE






Nie tag dari ayu...pasal romantik movie

1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.
2. It doesn’t have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine.
Please copy the following rules in your post (as usual)


1. Bridget Jones I & II
2. Stardust
3. 13 going on 30
4. Notting Hills
5. She's all that

Ni antara movies yang memang yang sememang nya menyentuh perasaan jiwa dan raga aku ler...dan walau pun ada antara movies ni dah lama tapi...aku still tgk sampe skrg..

Dan aku nak tag mel, azira, nad, wati, ajat...

Tuesday, March 24, 2009

The '5' Tag

TAG BY AYU / NURUL


5 THINGS FOUND IN MY BAG:

Purse
Handphone
Make up
Keys
Name tag - Office

5 THINGS FOUND IN MY WALLET

MyKAD
ATM cards
Credit Cards
RM
Sogo Card

5 FAVOURITE THINGS IN MY ROOM

Face Cream….
Radio
Water
Selimut pink color….
Bantal Busuk ku

5 THINGS I'VE ALWAYS WANTED TO DO

Saving dengan banyak nya…tapi asyik tak berjaya jer
Buat jahit manik baju dengan serius nya
Decorate rumah ala2 english style
Buat online biz
Bercucuk tanam


5 THINGS I'M CURRENTLY INTO

Jahit manik kat baju tapi tak habis2 sbb byk sgt dugaan kat umah
Blogging
Makan, makan dan makan tak berhenti-henti
Re-organise kan file2 kat opis ni….tak settle2 sbb byk sgt
Berdoa dan bertawakal semoga segala kesusahan hidup..berlalu pergi

Birthday Wishlist Tag dari AYU / NURUL

The rules:
1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) Give it to 10 frens of yours

1. Nak lebih bersyukur dengan apa yang aku ada

2. Nak selalu kemas umah...

3.Takmo cepat stress dan over sensitip

4.Nak tambah buah-buahan dan sayur-sayuran dalam daily meal….aku ni bukannya makan daun-daunan…

5.Nak tido cepat…aku ni TV addict ….setiap mlm tido at least pukul 1 pagi…bangun pukul 6 pagi….isk isk… nak cukup kan tido at least jam sehari lerrrr….

6. Nak simpan $$$$ RM $$$$$$

7. Nak buat jahit manik baju dengan serius nya!!!!

8. Nak jadi orang yang lebih organize dalam kerja mahupun kat umah

9. Settlekan segala hutang2 dan nak elakkan buat hutang baru

10. Menghargai orang-orang sekeliling….dan bersabar walaupun perangai adakalanya menyakitkan hati tak sudah2….


Mudah-mudahan segalanya termakbul nanti….AMIN