Tuesday, June 23, 2009

PERASANNYA!!!!!!!


Kali ni aku nak mengarut pasal perasaan yang terlebih sudah..iaitu perasan atau syok sendiri (SS). Rasanya perasaan ni ada dalam diri semua orang. Sikit sebanyak setiap manusia ada perasaan ni tapi pandai2 lar dalam hati kita macam mana kita nak control benda ni.

Ada orang yang perasan dia lar yang cun giler, tak pun ada yang perasan smua lelaki/perempuan hanya nak kan dan berminat dengan dia. Parah jugak orang macam ni, sebab satu ketika kita akan rasa macam meluat sesangat. Sampai nak makan pun tak habis dek kerana perasan ada orang asyik memerhatikan dia. Tak pun kalau berjalan dengan dia, akan keluar perkataan “Kenapa semua orang asyik tengok ni..ee tak sukalar”. Walau pun sebenarnya dalam hati melonjak gembira..bak kata orang negeri Sembilan…kombang lubang idung eeekk”. Tak pun kunun2 menerima panggilan misteri, erti kata lain secret admirer…betulkah itu secret admirer nya, atau pun dia yang sibuk duk perasan nak kacau orang dulu…tak pun itu hanyalar cerita rekaan untuk mengatakan betapa popular nya dia.

Ada jugak yang perasan dah kurus, padahal perut tu dah kedepan. TOlonglar, tak ada sapa akan kutuk kita kalau kita tak start perasan yang melampau dengan statement kita tu. Tolong beli cermin, OK?

Kita boleh menaruh hati dan harapan terhadap orang tapi jangan sampai kita perasan yang orang tu terpaksa bercouple dengan somebody else kerana terpaksa atau pun perasan yang orang tu masih lagi menyayangi kita. Parah tu!. Biasanya kalau hati kita menaruh harapan kita akan simpan smua nya dalam hati dan bertawakal tapi kalau dah bagitau orang dengan confidentnya…bukan kah itu SYOK SENDIRI?????

Ada jugak yag perasan dia lar yang paling pandai. Sampai tahap jadi angkuh dan bongkak. Kepandaian adalah kurniaan tuhan. Jangan sampai dek kerana itu, tuhan tarik segala kepandaian itu, tak ke melopong nanti. Bak kata orang.. sampai tahap giler kuasa dek kerana perasan dia lar yang paling layak menjadi bakal bos. Hmmm…orang macam ni kebanyakan nya akan menyakitkan hati orang lain walau dimana saja dia berada, sebabnya perasan tu dah jadi cakap besar dan dah macam makanan harian pulak.

Kalau betul2 ler orang yang bercakap tu mmg hensem giler atau cun giler..mmg patut lar dia perasan ya ampun…tapi kalau bak kata orang cukup2 makan…tolong lar sedar diri tu ckit. Aku bukan nak kutuk…tapi kita tengok sekeliling kita adakah orang2 yg bersama dengan kita selesa dengan tahap keperasanan kita yang melampau tu? Yang paling penting control, dan bertawakal dan tawaduk…sedar betapa hina dan kurang nya kita disisi yang Maha Esa dan ada lagi ciptaan Nya yang lagi bagus dari kita. Baru lar kita dapat kurangkan dan control perasaan perasan tu.

Tapi, tak semua orang boleh ditegur, walau kita bagitau macam mana pun dia perasan, dia still tak akan sedar dan perasan… orang hanya jeleskan dia…he he he…tepuk dada, Tanya selera. X salah nak perasan kan diri..tapi sila lar kontrol jgn sampai tahap syok sendiri yang melampau!!!!

2 comments:

aj addicted said...

'muka x der rezeki'

epullani said...

baling lombog je owang mcm tuh...
kang nak idop ngan owang mcm tuh sakit ati je...