Wednesday, November 26, 2008

TENSION

The moment you are in Tension
You will lose your Attention
Then you are in total Confusion
And you will feel Irritation
Then you will spoil personal Relation
Ultimately, you will make things Complication
Then your blood pressure may raise Caution
And you may have to take Medication
Instead, understand the Solution
Many problems will be solved by Discussion
This will work out better in your Profession
Don’t think it’s my free Suggestion
It’s only for your Prevention
If you understand my Intention
You will never come again to Tension



BY BILL GATES

Tuesday, November 25, 2008

TAK TAU LER...

Kadang-kadang aku tak paham dengan hati manusia...

Hari ni ok, tiba-tiba esok tak ok..

Macam hari ni..semalam...elok-elok plan nak pi makan lunch sesama...tetiba bila ajak a.k.a ingatkan pasal lunch hari ni....terkeluar perkataan "sapa kat nak pergi makan kat ******?"...Padahal semalam bukan main beriya / bersemangat nak klua bersama...

Dan ada pulak insani ni...semalam elok2 bercakap...tetiba hari ni...mencebik tak tentu hala... tapi kalau nak menyampuk pandai ler pulak nak memaniskan muka tu...

Untuk lunch date aku tu...aku tak kisah kalau ko tak nak pergi makan dengan aku...tapi banyak lagi perkataan yang ko bleh gunakan untuk menyatakan yang ko tak nak pergi makan dengan aku...tak payah lar ko gunakan perkataan yang menyentap hati orang lain....aku rasa dah cukup baik aku bertanya tu...


Dan yang sorang lagi tu...tak ada sapa yang boleh bersabar dengan ko... Aku nak sangat say it right to your face...tapi masa nya belum tiba lagi...

manusia...manusia

SUPPLEMENT

Hi All

Last week cuti 2 hari...and this week macam kurang stabil jer emosi ni...sbb tu ler blog ni tak ter'update'.

Well.... sekarang ni dalam mission nak carik supplement untuk diri ni haaa....iyalar dah kena lar maintain kesihatan yang optimum... aku tahu ramai jugak tak percaya pada benda ni dengan alasan membazir, kenapa nak carik penyakit, alar kalau dah tua nak mati pun mati je ler, nnt rosakkan buah pinggang... dan bermacam lagi ayat-ayat indah yang aku dengar.

Tapi bagi aku pulak, kalau kita sendiri tak jaga dan sayang diri kita, sapa lagi nak sayang dan jaga? Dan kalau kita tidak berusaha...manakan datangnya kesihatan yang optimum tu...aku pernah terbaca somewhere saying "kesihatan bukan lagi satu keistimewaan tetapi satu usaha yang harus dilakukan oleh setiap individu...and I really believe in this...

Contoh dalam family aku pun dah ada...bila si dia ni mengambil supplement untuk diri sendiri, ramai jugak ler yang kutuk.. dan sekarang, walau usia dah menjengah ke dunia 'emas'...dia masih lagi aktif nak dibandingkan dengan rakan-rakan seangkatan dengan nya...

Aku bukan nak jual produk cuma nak berkongsi pengalaman depan mata yang aku lihat sendiri dengan korang...

Dan aku pun tengah survey beberapa produk ni untuk penggunaan harian aku... sebab aku pun agak cerewet dalam hal-hal produk ni...harga pun mestilah aku selaraskan dengan kemampuan aku...

Semoga niat aku ni untuk menjaga kesihatan dengan sebaik-baiknya dimakbulkan...dan doa aku...semoga juga aku jumpa produk yang betul-betul bagus. Bukan hanya kerana nak kaya kan pengeluar jer...tapi berkualiti dan membantu.

Tuesday, November 18, 2008

MY COLLECTIONS

CUBA - FAIZAL TAHIR

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu


p/s Lagu ini aku tujukan khas buat orang2 yang pernah singgah dan menjadikan aku sebagai 'touch n' go' dalam hidup dorang. Terima kasih bebanyak...

Monday, November 17, 2008

TO DO LIST



Akhir tahun bakal menjelma dan next year 2009, new year, new resolution.

And for me ada 2 things yang sampai sekarang, aku tak dapat nak laksanakan dan aku nak settlekan sebelum habis tahun 2008 ni...

Dan perkara-perkaranya ialah:

a)Susun gambar dalam album:
Ini lar benda yang tidak kesampaian dah hampir bertahun..Aku memang nak susun gambar yang berlambak-lambak tu dalam album. Dah terlalu banyak dan rasa macam 'kusut' sangat bila tengok gambar2 tu. Sayang sangat sebab detik-detik yang tidak kembali tu, semua nya terukir pada gambar2 tu...ceeeewwaaaahhh!!!!!

b) DVD Ally McBeal
Dah lama aku beli koleksi dvd Ally McBeal tapi sampai sekarang aku tak berkesempatan nak tengok dvd ni. Rasanya aku hanya sempat tengok 2 season jer.. dan total season dalam ni ada 5. Bila lar aku nak tengok ni.... Gilmore Girls dvd pun aku ada gak tapi aku rasa tak sempat kalau aku nak tengok sekali dengan Ally McBeal, sebab Gilmore Girls ada 7 season...perghh...pengsan pulak aku kat depan tv tu karang....

Friday, November 14, 2008

EMO!!!!!!


ZALIM

Smalam it is just another bad day for me...

Aku tak tahu kenapa kat dunia ni ada manusia yang telalu suka cari pasal dengan orang dan d' best part is, rasanya kat dunia ni aku lar satu-satunya manusia yang paling sabar dengan sifat dia yang penuh dengan kemarahan. Smalam dia cari pasal lagi...

Kali ni aku rasa macam aku dah tidak mahu berada disini lagi... Dan ketika itu juga aku panjatkan doa dalam hati supaya aku diberi mata pencarian baru, supaya aku boleh tinggalkan tempat ni...

Dan tunjukkan aku arah apa yang harus aku lakukan...Juga sabarkan rasa hati ku ini..

Kemarahan dan tengkingan yang di hamburkan kepada aku langsung tidak ada kena mengena dengan aku, dan hanya kerana dia nak tunjukkan betapa berkuasa nya dia, adakah itu cara yang sebaik untuk dilakukannya?

Dan tidak sedarkah dia, betapa dia tidak dipedulikan oleh orang sekeliling nya kerana sikap nya yang begitu "kurang ajar" dan menyakitkan hati itu...

Dan tidak berhenti ku zikirkan di hati ini dengan :
Doanya Nabi Yunus saat di dalam perut ikan paus : Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu min al-dzaalimiin (Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang yang dzalim).

Hanya Kau yang Maha Mengetahui.

Thursday, November 13, 2008

"B****"

Woman, i don't know why you are being such a hypocrite....please....you make me sick!!!!! Enough with your acting.. When you are in a bad mood you just don't give a damn about how people feel...and simply you want to scold people....

And now, when nobody want to talk to you anymore...you become such an angel... what do you want? Can you please stop being a super duper "b****"!!!!!???? I am begging you "b****"!!!

HAJI

Smalam hantar Induk, Pteh dan Mngah aku kat Kelana Jaya...Dorang pergi menunaikan Ibadah Haji... Masa dorang buat kenduri previuos week, aku pergi tapi tak sempat nak download gambar2 kenduri tu...

Hati aku sayu ler plak smalam...Especially bila tgk muka Induk aku, mak saudara aku yang bongsu sebelah arwah ayah aku ni... Tak tau kenapa...tapi arwah ayah aku pernah pesan kat aku dulu, kalau ada apa-apa hal atau kesusahan, cari Induk aku ni...

Bila balik rumah dah terlalu penat, aku tak boleh tidur, dan aku ter 'flash' back zaman silam....adooiii...sayu siut...ntah apa yang aku sayukan aku pun tak tahu...tapi hati aku memang terasa sayu...

Monday, November 10, 2008

SPM

This week will be a challenging week, especially for those who involve with SPM examination....

Especially to my beloved cuzzies and to the readers of my blog:

Success comes to people who never stop dreaming, who trust that their dreams can come true, who use each new chance that each days brings their way, success comes to people like you.

Wish you the best.

Friday, November 7, 2008

MAJLIS KAWIN part 6


Dan kepada pengantin, Angah, SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BERBAHAGIA KE ANAK CUCU....

MAJLIS KAWIN part 5






lagi....

MAJLIS KAWIN part 4






lagi...

MAJLIS KAWIN part 3






dan lagi...

MAJLIS KAWIN part 2






ni haaa....gambar lagi

MAJLIS KAWIN part 1






Last month, one of my auntie, buat kenduri kawin untuk anak dia, dan ini kira first time dia buat kenduri kawin by herself. Apa yang aku nak crite ni, betapa kagumnya aku dengan keupayaan, semangat dan kegighan dia dalam menyiapkan segalanya-galanya. Mak saudara yang ku bahasa kan sebagai "Ateh" ini...

Start dari anak Ateh bertunang, hampir setahun dia berdikit-dikit menyiapkan segalanya. Bunga telur yang dia hasilkan dari idea dia sendiri dan bukan bunga telur yang cincai dan biasa....bak kata orang 'meriah' bunga telurnya....

Begitu juga dengan bilik pengantin, semua nya hasil idea Ateh sendiri...tak ada satu pun hasil tangan orang lain selain dari hasil tangan Ateh untuk bilik pengantin ni.

Buah tangan untuk tetamu pun meriah...sebabnya tetamu akan dapat buah tangan yang berbeza, lelaki, perempuan, flower girl, VIP dan macam-macam lagi.


Aku tahu mesti orang cakap, alar orang lain pun meriah jugak, tapi apa yang aku kagumkan, Ateh lar yang buat segala-galanya sendiri dan setiap benda dirancang dengan teliti....

Thursday, November 6, 2008

ANYWAY

I received this poem from my dear friend....this is really a good poem...by Mother Theresa...Thank you Ms K...


ANYWAY

People are often unreasonable,
illogical and self-centered;
Forgive them anyway.

If you are kind,
People may accuse you
of selfish, ulterior motives;
Be Kind anyway.

If you are successful,
you will win some false friends and
some true enemies;
Succeed anyway. people may cheat you;
Be honest and frank anyway.

What you spend years building,
someone could destroy overnight;
Build anyway

If you find serenity and happiness,
they may be jealous;
Be happy anyway.

The good you do today,
people will often forget tomorrow;
Do good anyway.

Give the world the best you have,
and it may never be enough;
Give the world the best you've got anyway.

You see, in the final analysis.
it is between you and God;
It is never between you and them anyway.

Wednesday, November 5, 2008

BATUK

Semua orang mesti pernah hadapi masaalah batuk yang teruk, melampau dan lama ya amat...

Kalau selalu sangat batuk masa muda ni nanti lelama bila dah menjelang umur yang senja, dada akan selalu sakit, ini kata mak angkat aku ler...

Ada orang bagi petua, kalau nak baik batuk cepat, amik madu sesudu, bancuh dalam air suam dan letakkan setitik limau nipis atau limau kasturi...pastu minum dan terus pi tidur...supaya kita tidak bilas tekak kita dengan air lain

Tetapi semalam, kawan se opis aku bagi satu lagi petua yang aku rasa macam mujarab pulab sebab at 70% batuk aku yang teruk ni dah ok...katanya... Amik setin coca-cola, letak dalam periuk, panaskan dengan api yang perlahan...amik sebijik lemon (yang color kuning tu) potong kecik-kecik dan masukkan semua kedalam periuk tadi. Biar air menggelegak sampai kulit lemon tu ala-ala coklat..lembik...
then minum air tu bila dah suam.

So, kalau ada problem ngan batuk, cuba lar..mana tahu berkesan!!!!

Tuesday, November 4, 2008

BERENTI KERJE


Ini adalah antara sebab-sebab kenapa kita ber ura-ura / meninggalkan /berhenti dari company yang kita kerja sekarang:

a) Bos terjerit-jerit macam siren keretapi
b) Bos tak amik tahu pasal kita / backing kita
c) Dibuli / diboikot rakan sekerja
d) Rakan sekerja yang 'kepoh' tahap ya AMpun!
e) Meluat dengan orang-orang yang sememangnya pelakon terhandal m'sia (depan bos dia lar segalanya)
f) Tak kira apa pun yang kita buat tak akan dipandang orang dan sure kena marah


Dan ini adalah antara sebab-sebab kenapa separuh orang tak akan berenti dari tempat yang dorang kerja sekarang:

a) Qualifications
b) Commitment - family
c) Kat opis sekarang bleh surf internet 24 jam tanpa kena marah
d) Berjaya menawan hati bos
e) Alar tak payah buat kerja apa pun...cuma duduk diam2 kat kerusi tu jer...
f) Pakar dlm hal-hal men 'pysco' bos


Sebenarnya apa pun bergantung pada tahap kesabaran...dan tak smua ada tahap kesabaran yang jitu.... dan kepada kawan-kawan ku...sabar lar...mesti ada jalan yang akan muncul nanti untuk menyelesaikan masaalah kita...

MC

Smalam aku mc...demam, batuk, selsema...........lengkap satu package...
Aduih batuk yang menyeksakan... terseksa jiwa dan raga.... anyway nak jadikan crita kat opis aku termasuk aku, 4 orang mc, sorang EL......hmmm dan orang-orang yang dah biasa sangat goyang kaki, time ni ler gelabah, sebab nya orang-orang yang dah biasa buat kerja sebanyak-banyak alam...MC...

Manusia macam ni dah biasa jadik blood sucker...sebab itu lar bila pangkat, nama dan bonus, mereka lar yang me war warkan kepada satu dunia, mereka lar yang buat segalanya-galanya, tapi bagi orang yang bekerja dengan niat mencari keberkatan setiap sen ni, sering di tindas, selagi boleh dilambakkan dengan segala macam kerja, smua di beri.... kalau boleh kerja cleaner tu pun nak di suruh buat kot...

Hmm ntah lar... kalau di fikir kan mau menanah hati ni tapi kalau diingat kan hati ini, bawaha setiap yang berlaku ada hikmah nya, sejuk hati ni...InsyaAllah semoga kita diberkati...