Friday, October 31, 2008

PENJAGAAN KULIT MENGIKUT PERINGKAT UMUR

Setiap orang seharusmya menjaga kecantikan kulit. Di sini aku paparkan panduan untuk menjaga kulit bermula dari usia yang awal.

20an

Gunakan produk yang lembut dan ini adalah untuk menghalang kulit kita daripada mengalami masaalah kulit. Terlalu awal untuk menggunakan krim anti-kedutan. Untuk cucian muka bagi kulit yang normal, basuh muka hanya sebelum tidur. Bagi kulit berminyak, gunakan pencuci muka yang lembut atau bergel dan pencuci muka bersusu bagi kulit yang kering.
Untuk pelembab, gunakan apa sahaja jenama. Tetapi pastikan pelembab itu, mengandungi SPF15 atau 20 yang memberikan perlindungan UVA dan UVB. Sapukan diseluruh muka dan leher.
Untuk malam pula, gunakan pelembab berasaskan air atau pelembab tanpa minyak. Separuh pakar menyarankan untuk menggunakan pelembap yaang mengandungi vitamin A, hanya sedikit sebelum tidur, di seluruh muka dan di kawasan mata, untuk mengelakkan kedutan.

30an

Kalau dari umur 20an kita tak menjaga kulit kita, semasa umur 30an ni, kita akan nampak kedutan halus dimata dan mulut.
Untuk cucian muka, gunakan pencuci yang mengandungi AHA, untuk pengelupasan yang lembut. Dan pada sebelah petang/malam, gunakan pencuci yang berkrim (creamy cleanser).
Bagi pelembap pula, mesti ada perlindungan SPF 15 atau 20 dengan UVA/UVB, dan seharusnya juga mengandungi bahan-bahan antioksida seperti white tea atau vitamin C, sebab boleh melindungi kulit dari radikal bebas. Dan kita seharusnya sudah mula menggunakan krim mata.
Untuk pelembap malam, di umur ini, pelembap malam atau serum yang mengandungi "retinol" atau "retinoid" mesti digunakan. Bukan lagi satu pilihan yang bijak kalau tidak menggunakan pelembap ini, sebab kedutan akan mula muncul pada peringkat umur ini.

40an

Masa ni, semua problem kulit akan muncul seperti kedutan, kemerahan, kulit tidak serata dan bintik-bintik hitam. Dan kulit akan menjadi kering yang menyebabkan kulit menjadi kusam.
Untuk mencuci muka, gunakan pencuci yang ber krim (creamy), malam dan siang. Atau gunakan pencuci yang mengandungi AHA tetapi tidak semua orang boleh menerima pencuci muka jenis AHA pada usia ini.
Gunakan pelembap muka yang 'kaya' dengan pelembap, mengandungi SPF 15 atau 20. Digalakkan menggunakan beberapa jenis pelembap atau serum yang mengandungi sekurang-kurangnya 2 jenis antioksida secara berselang hari. Ini adalah kerana, kalau kita menggunakan 2 jenis krim antioksida, ianya akan memberikan kita faedah yang berlainan dan setiap krim kebiasaanya membantu menyelesaikan masaalah kulit muka yang berlainan. Untun kulit kering, cuba pelembap yang mengandungi "hyaluronic acid", "petrolatum", "shea butter" atau "oils".
Untuk malam, gunakan pelembap yang mengandungi "retinoid". Ini membantu mengurangkan bintik-bintik hitam, menggalakkan pengelupasan yang lembut dan megurangkan masaalah kulit akibat dari matahari. Kalau kulit tidak dapat menerima "retinoid", gunakannya berselang malam.

50an

Usia ini bukan nya penamat untuk mengambil tahu penjagaan kulit muka. Di umur ini segala masaalah kulit semasa umur 40an akan bertambah serius dan banyak. Untuk pagi dan malam cuci muka dengan pencuci muka tanpa sabun, atau yang "creamy". Pelembap yang mengandungi serum dan vitamin C akan membantu menahan dan mengurangkan masaalah kulit muka. Dan untuk malam pelembap yang mengandungi "retinoid" mesti selalu digunakan.

Harapnya info ini akan dapat membantu untuk menjadikan kulit lebih cantik dan berseri.

Thursday, October 30, 2008

MY COLLECTIONS

WHAT ABOUT NOW?

by Daughtry


Shadows fill an empty heart
As love is fading,
From all the things that we are
But are not saying.
Can we see beyond the scars
And make it to the dawn?

Change the colors of the sky.
And open up to
The ways you made me feel alive,
The ways I loved you.
For all the things that never died,
To make it through the night,
Love will find you.

What about now?
What about today?
What if you're making me all that I was meant to be?
What if our love never went away?
What if it's lost behind words we could never find?
Baby, before it's too late,
What about now?

The sun is breaking in your eyes
To start a new day.
This broken heart can still survive
With a touch of your grace.
Shadows fade into the light.
I am by your side,
Where love will find you.

What about now?
What about today?
What if you're making me all that I was meant to be?
What if our love, it never went away?
What if it's lost behind words we could never find?
Baby, before it's too late,
What about now?

Now that we're here,
Now that we've come this far,
Just hold on.
There is nothing to fear,
For I am right beside you.
For all my life,
I am yours.

What about now?
What about today?
What if you're making me all that I was meant to be?
What if our love never went away?
What if it's lost behind words we could never find?

What about now?
What about today?
What if you're making me all that I was meant to be?
What if our love never went away?
What if it's lost behind words we could never find?
Baby, before it's too late


* I love this song!!!*

Wednesday, October 29, 2008

JUST FOR LAUGH!!!

Crite kat bawah ni mungkin korang dah baca..tapi rasa macam menarik plak kalu aku post kan kat sini...

Dan kepada pencipta puisi ni, izinkan aku paparkan puisi yang indah ni kat sini...


PUISI......

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan
silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...


*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah....!!!


Kwang! Kwang! Kwang!

Friday, October 24, 2008

Good Bye My friend


Dear Auction Man aka Chairman aka My friend.....

Good Luck in your life!!!! Wish you best d'very, in every single thing you do. You are such a great man, and I believe people around you will feel lost without you. Don't give up, man... you are too worthy to do that...

Forget me not and feel free to email me!!!


Adios, Mohd Nazri Hassan

Thursday, October 23, 2008

OPEN HOUSE

Hmm minggu ni banyak betul jemputan untuk mamam....

Jemputan open house dari ex-school mate aku ada 3 ngan 1 jemputan kawin.... kalau tak pi kang..merajuk... aku jugak yang parah nak memujuk...

Bercakap pasal open house ni, mengikut pengalaman aku memang susah nak buat. Bila kita tak buat, masa tu lar orang sibuk bertanya "bila kita nak buat open house". Dan biasanya pertanyaan itu di susuli dengan ungkapan menarik hati, seperti, "buat lar open house, best lar kalau ko buat open house".

Dan bila hati kita tergerak nak buat open house, mula lar start ber fikir apa yang nak di sajikan. Nak masak sendiri ker atau main tunjuk jer...Dan nak budget berapa banyak makanan yang patut disediakan, pun satu hal....ialar...kalau banyak sangat....takut tak habis, rasa membazir sangat, kalau sikit kang, orang kata kita kedekut plak nak bagi orang makan...

Bila dah fikir nak bagi orang makan apa...perkara yang sakit kepala ialah nak 'make sure' rumah kita betul-betul bersih, ini untuk mengelakkan dari terkeluarnya kata-kata nista dari mulut orang yang sudah pasti nya tak "berinsurance"..... dan orang-orang macam ni lar yang buat kita macam dah tak nak ajak orang datang rumah kita (refer to my previous entry...related to orang kurang ajar macam ni).

Dan last sekali, jemputan...hmmmmm...time ni lar kita rasa macam satu malaysia buat open house pada hari yang sama. Sebab bila kita call je, orang akan cakap "alar..aku banyak dapat jemputan hari tu, tengok lar macam mana"... Dan time ni mula lar kita akan rasa panic..ada ke orang nak datang umah aku ni...

Aku tahu betapa kecewanya rasa bila kawan-kawan rapat kita tak dapat hadir open house yang kita anjurkan...rasa kecewa sangat....tak dapat nak aku ungkapkan dengan kata-kata...tetapi buat kawan-kawan aku yang sentiasa memberikan aku sokongan aku ucapkan terima kasih banyak-banyak...sebab orang-orang ini walau banyak hal macam mana pun, mereka akan sentiasa bersama dengan aku... aku "seriously" sayang sangat kat korang smua...juga buat kenkawan yang baru ku jejak kasih... aku tahu korang pun akan setia bersama aku....

Dan buat aku plak, kalau aku buat open house (kalau berkesempatan ler) aku terpaksa pilih orang-orang yang tidak kurang ajar mulutnya supaya aku tak diserang kemurungan selama seminggu selepas open house yang aku anjurkan berlalu... aku serik beb!!!!

Wednesday, October 22, 2008

AYAM GORENG

My lunch today...aku rasa teringin sangat nak makan ayam goreng...nyum nyum tapi...


Me : Abang, Ayam goreng ni tinggal seketul je ker?

Abang Ayam : Aah...Amik lar seketul ni...

Me : Ok lar.. Saya nak ayam goreng ni seketul dengan ayam masak merah ni seketul... Nasi saya tak nak..Nak ayam jer

Abang ayan : Smua RM6 jer

Me : Ha? Berapa bang?

Abang Ayam : RM6

Me : (Dengan penuh kedunya...) Ni RM6


Itular lunch aku untuk hari ini....

STOP IT!!!!

WOMAN, seriously, aku dah bosan dengan perangai kau....

Pagi, disaat rezeki baru nak menjengah, kau dah buat muka yang rasanya manis lagi cuka...I don't care who spoilt your mood and I don't give a damm...but PLEASE for God's sake....don't show your temper to all the people around you.

Kau gaduh dengan kekasih kau mengamuk, kau gaduh ngan mak kau, kau mengamuk... sampai satu tahap aku rasa dalam 365 hari, hanya 15 hari jer mood kau ok...

Kenapa mesti kau hambur kan kemarahan kau pada orang yang sememangnya tak ada kena mengena dengan masaalah kau tu?

Apakah motif kau mancampak barang dan menhempas segalanya harta karun kau kat atas office desk kau tu pun aku tak tahu... Tidak adakah rasa malu dalam hati kau tu terhadap perangai kau tu? Sebab kau perempuan..... yang SEPATUTnya berbudi bahasa...

Dan jangan lah kau salahkan sesiapa kalau hidup kau diselubungi malang sebab kau yang membawa malang kepada diri kau sendiri....

Tuesday, October 21, 2008

BAWANG PUTIH

Oleh kerana terikut dengan crite "Bawang Putih Bawang Merah", my little sunshine dah "di takluki" dengan sinetron Indonesia ni

Little Sunshine : (sambil membetulkan rambut nya) Ija rasa ija ni "Bawang Putih" lar.. rambut Ija macam "Bawang Putih"

Me ; Ha? Hmmm rasanya bukan "Bawang Putih" lar...macam "Petai" jer

Little Sunshine : Tak nak kowan!!! (cembeng)

Me : hik! hik! hik!

Monday, October 20, 2008

MURAH REZEKI

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'

Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterim dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga
sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

HEAVENLY HOME

Sometimes, bila kita pergi melawat / menziarahi rumah kawan-kawan kita, kita dapat melihat macam mana lar rumah kawan-kawan kita.... So far, aku tak pernah memberi komen kepada rumah kawan-kawan yang pernah aku pergi sebab bagi aku semua ini agak sensitif bagi sesetengah orang. Dan aku cukup tak faham macam mana orang boleh bagi komen yang agak 'pedas' tentang rumah orang lain. Bukan ke itu "KURANG AJAR" namanya.. Masing-masing ada cara mereka dalam bab-bab menghias rumah, so, kenapa nak jadik begitu busy-body dan aku sendiri tak pernah komen rumah orang kenapa orang sesuka hati nak komen pasal rumah aku?

Bab kata orang, ukur baju kat badan sendiri, so, kat mana rumah kita, dan jenis apa rumah yang kita duduki bergantung kepada poket masing-masing. Lain lar kalau komen orang-orang ni disertakan dengan sejumlah cek untuk mencantikkan rumah tu, lain lar crite... Setakat air liur jer...

Dan orang-orang yang mengata tu pun, pernah ke terfikir untuk cermin diri sendiri, tengok bagus sangat ke aku ni nak komen hal hidup orang lain tanpa diminta?

Kekadang aku nak je tutup pintu bila orang-orang macam ni datang umah... tapi bak kata pepatah "kita ni orang melayu dan kaya dengan budi bahasa"....so, diam kan ajelar... MANUSIA! MANUSIA!

Thursday, October 16, 2008




♥ Get Cute MySpace Graphics & Lyts ♥

"HANG TUAH"

Ntah kenapa hari ni rasa macam best dan senang sangat...mungkin sebab salah seorang boss kat office ni "Mr Hang Tuah" tak ada kat opis kot.. kalu dia ada, ribut satu opis. kalau setakat ribut satu opis tak apa, tapi kalau sibuk carik silap orang lain tanpa henti...oh masak!!!! Yang menjadik semakin "masak" tu bila orang2 kesayangan dia, sorang dah jadik macam pokok bunga sbb pompuan, dan sorang lagi dah jadik macam pak guard, buat apa pun tak apa.... jangan ler kita komplen...konpom kita kena panahan keris si "Hang Tuah" ni...

Hey Dude!!! Kita org kat sini pun ada perasaan... Dan rasanya tanpa kami, you are no one!!!!.... By the way....What goes around comes around!!!!

Wednesday, October 15, 2008

KERJA OH KERJA!

I really need a motivation right now!!!! Bila aku dengar tips kerja oh kerja kat radio malam tadi, buat aku rasa 'bersemangat" kembali. Sebab nya........kita sentiasa rasa macam kita tak cukup bagus dalam kerja kita bila orang sering memperlekehkan kita dalam kehidupan seharian... Tapi sepatutnya kita sedar dan selalu fikirkan bahawa kita dipilih dalam sesuatu kerja kerana kita adalah yang terbaik dalam kerja itu. Bila kita fikir kita adalah yang terbaik, maka kita akan sentiasa melakukan segala yang terbaik dan sentiasa berfikiran positive. Tetapi kalau kita fikir kita tak sepatutnya berada disitu, sekaligus segala apa yang kita lakukan seolah suatu paksaan dan kita tidak akan melakukan segalanya dengan bersungguh. Malahan hati kita juga tidak akan gembira dan sudah tentu kita akan selalu merungut betapa bencinya kita terhadap kerja seharian kita. Dengan itu fikirlah bahawa kita dipilih dalam sesuatu kerja kerana kita adalah yang terbaik supaya dan sentiasa berikan yang terbaik....(HHMMMmmmmm...make me feel good!!!!!)

Monday, October 13, 2008

HARI YAND SURAM....

Pagi ni bila bangun dari tidur, aku rasa 'down' sangat... On the way dtg office tadi pun hati ni rasa terbelenggu dgn perasaan sayu... Rupanya mmg ada bala yang menanti... Kekadang aku tak paham apa yg manusia-manusia ni mahukan... terlalu taksub dengan keduniaan...hanya kerana mencari nama, sanggup untuk menysahkan hidup orang lain...orang yang langsung tak ada kena mengena dengan hidup dorang ni...

Tak pe lar...apa pun aku redha sebab bagi aku pasti ada pelangi yang akan menyusul nanti....

Friday, October 10, 2008

EXCITED!!!!!

Salam

Excited!!! That is how I feel now. I've been dreaming to do this for quite sometime... but I don't have the guts to do it... Malu pun ada jugak sebab kenkawan lain dah lama mem 'blogger" nie..and for me..baru nak start.......Kalau tak start sampai bila pun tak akan menjadi... Hopefully everyhthing are in order!!!