Hmm minggu ni banyak betul jemputan untuk mamam....
Jemputan open house dari ex-school mate aku ada 3 ngan 1 jemputan kawin.... kalau tak pi kang..merajuk... aku jugak yang parah nak memujuk...
Bercakap pasal open house ni, mengikut pengalaman aku memang susah nak buat. Bila kita tak buat, masa tu lar orang sibuk bertanya "bila kita nak buat open house". Dan biasanya pertanyaan itu di susuli dengan ungkapan menarik hati, seperti, "buat lar open house, best lar kalau ko buat open house".
Dan bila hati kita tergerak nak buat open house, mula lar start ber fikir apa yang nak di sajikan. Nak masak sendiri ker atau main tunjuk jer...Dan nak budget berapa banyak makanan yang patut disediakan, pun satu hal....ialar...kalau banyak sangat....takut tak habis, rasa membazir sangat, kalau sikit kang, orang kata kita kedekut plak nak bagi orang makan...
Bila dah fikir nak bagi orang makan apa...perkara yang sakit kepala ialah nak 'make sure' rumah kita betul-betul bersih, ini untuk mengelakkan dari terkeluarnya kata-kata nista dari mulut orang yang sudah pasti nya tak "berinsurance"..... dan orang-orang macam ni lar yang buat kita macam dah tak nak ajak orang datang rumah kita (refer to my previous entry...related to orang kurang ajar macam ni).
Dan last sekali, jemputan...hmmmmm...time ni lar kita rasa macam satu malaysia buat open house pada hari yang sama. Sebab bila kita call je, orang akan cakap "alar..aku banyak dapat jemputan hari tu, tengok lar macam mana"... Dan time ni mula lar kita akan rasa panic..ada ke orang nak datang umah aku ni...
Aku tahu betapa kecewanya rasa bila kawan-kawan rapat kita tak dapat hadir open house yang kita anjurkan...rasa kecewa sangat....tak dapat nak aku ungkapkan dengan kata-kata...tetapi buat kawan-kawan aku yang sentiasa memberikan aku sokongan aku ucapkan terima kasih banyak-banyak...sebab orang-orang ini walau banyak hal macam mana pun, mereka akan sentiasa bersama dengan aku... aku "seriously" sayang sangat kat korang smua...juga buat kenkawan yang baru ku jejak kasih... aku tahu korang pun akan setia bersama aku....
Dan buat aku plak, kalau aku buat open house (kalau berkesempatan ler) aku terpaksa pilih orang-orang yang tidak kurang ajar mulutnya supaya aku tak diserang kemurungan selama seminggu selepas open house yang aku anjurkan berlalu... aku serik beb!!!!
1 comment:
biarkan mulut orang betty. tak leh nak tutup. yang penting ko lebih tau ttg rumah ko.
Post a Comment