Monday, October 20, 2008

HEAVENLY HOME

Sometimes, bila kita pergi melawat / menziarahi rumah kawan-kawan kita, kita dapat melihat macam mana lar rumah kawan-kawan kita.... So far, aku tak pernah memberi komen kepada rumah kawan-kawan yang pernah aku pergi sebab bagi aku semua ini agak sensitif bagi sesetengah orang. Dan aku cukup tak faham macam mana orang boleh bagi komen yang agak 'pedas' tentang rumah orang lain. Bukan ke itu "KURANG AJAR" namanya.. Masing-masing ada cara mereka dalam bab-bab menghias rumah, so, kenapa nak jadik begitu busy-body dan aku sendiri tak pernah komen rumah orang kenapa orang sesuka hati nak komen pasal rumah aku?

Bab kata orang, ukur baju kat badan sendiri, so, kat mana rumah kita, dan jenis apa rumah yang kita duduki bergantung kepada poket masing-masing. Lain lar kalau komen orang-orang ni disertakan dengan sejumlah cek untuk mencantikkan rumah tu, lain lar crite... Setakat air liur jer...

Dan orang-orang yang mengata tu pun, pernah ke terfikir untuk cermin diri sendiri, tengok bagus sangat ke aku ni nak komen hal hidup orang lain tanpa diminta?

Kekadang aku nak je tutup pintu bila orang-orang macam ni datang umah... tapi bak kata pepatah "kita ni orang melayu dan kaya dengan budi bahasa"....so, diam kan ajelar... MANUSIA! MANUSIA!

1 comment:

Booringnyaaa said...

Iyer ler kadang-kadang kita sendiri tak sedar bila kita pergi kerumah orang dan mengata itu & ini. Bila org dtg kerumah kita, kita pun tak leh mengunci mulut org utk mengatakan. oleh itu munasabahkan diri sendiri knp org buat kita mcm ni.