Tuesday, November 25, 2008

SUPPLEMENT

Hi All

Last week cuti 2 hari...and this week macam kurang stabil jer emosi ni...sbb tu ler blog ni tak ter'update'.

Well.... sekarang ni dalam mission nak carik supplement untuk diri ni haaa....iyalar dah kena lar maintain kesihatan yang optimum... aku tahu ramai jugak tak percaya pada benda ni dengan alasan membazir, kenapa nak carik penyakit, alar kalau dah tua nak mati pun mati je ler, nnt rosakkan buah pinggang... dan bermacam lagi ayat-ayat indah yang aku dengar.

Tapi bagi aku pulak, kalau kita sendiri tak jaga dan sayang diri kita, sapa lagi nak sayang dan jaga? Dan kalau kita tidak berusaha...manakan datangnya kesihatan yang optimum tu...aku pernah terbaca somewhere saying "kesihatan bukan lagi satu keistimewaan tetapi satu usaha yang harus dilakukan oleh setiap individu...and I really believe in this...

Contoh dalam family aku pun dah ada...bila si dia ni mengambil supplement untuk diri sendiri, ramai jugak ler yang kutuk.. dan sekarang, walau usia dah menjengah ke dunia 'emas'...dia masih lagi aktif nak dibandingkan dengan rakan-rakan seangkatan dengan nya...

Aku bukan nak jual produk cuma nak berkongsi pengalaman depan mata yang aku lihat sendiri dengan korang...

Dan aku pun tengah survey beberapa produk ni untuk penggunaan harian aku... sebab aku pun agak cerewet dalam hal-hal produk ni...harga pun mestilah aku selaraskan dengan kemampuan aku...

Semoga niat aku ni untuk menjaga kesihatan dengan sebaik-baiknya dimakbulkan...dan doa aku...semoga juga aku jumpa produk yang betul-betul bagus. Bukan hanya kerana nak kaya kan pengeluar jer...tapi berkualiti dan membantu.

No comments: