Monday, May 11, 2009

KAWAN KU!!

Kawan aku ni, tak pernah beranggang dengan aku selama ini. Dulu dia bekerja dan selepas dia melahirkan anak yang ke 3, si suami meminta dia berhenti kerja memandangkan tempat kerja nya jugak selalu sangat miss nak bayar gaji. Jadilah kawan aku surirumah tangga sepenuh masa. Dan tidak tahu di mana silap nya si suami juga tidak mahu bekerja dengan alasan nak berniaga di pasar malam pada mlm hari sedangkan selama ini biz yang di usahakan itu tidak pernah pun membawa keuntungan yang lumayan. Malahan si suami langsung tidak ada pengalaman dalam biz. (Sebelum berhenti kerja suaminya berkerja di salah sebuah sykt yg agak teguh dgn gaji yg sangat ok)

Hasilnya..menderita kawan aku ini hanya makan nasi goreng ikan bilis setiap hari dan kalau beras dah habis, roti sebagai pengganti. Bila di tanya kepada si suami, carilah kerja baru..supaya dapat menanggung satu family. Si suami akan memberikan jawapan “sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup”

Yang paling aku sedih, si suami mendapat kerja baru di luar dari kawasan KL, dan tak meninggalkan barang satu sen pun kepada kawan aku ni…Dan si suami boleh memberitahu kepada kawan aku supaya meminta duit dari ayah si suami dengan alasan dia tak suka meminta minta kepada orang… dan seringkali kawan ku ini di tempelak oleh suami nya dengan perkataan ‘awak tidak pandai bersyukur”…

Kenapa jadi begini? Apa salah kawan aku sampai si suami ini boleh buat macam ni. Dan si suami…tergamak kau buat macam ni kepada orang yang telah melahirkan anak kau..bukan sorang tapi 3 orang. Dan kalau kau dah malas sangat nak bekerja, kenapa kau tak bagi kawan aku bekerja? Kau lebih rela biarkan dia kelaparan di rumah sedangkan dia sanggup untuk bekerja kerana nak mengisikan isi rumah tu dengan makanan.


Ini kah pengorbanan yang sepatutnya seorang isteri lakukan atau patut kah dia menuntut hak dia sebagai seorang isteri…aku pun tak tahu.. tapi apa yang aku tahu patut kah seorang suami bersikap begini? Kalau dah tak ada rasa sayang di hati kenapa nak simpan dan menyeksa sebegini? Kalau kau benci dgn orang yg telah melahirkan anak2 kau, patutkah kau buat dia macam sampah? ZURIAT KAU!!!!

Buat kawanku…aku tidak pernah bosan mendengar cerita dan rintihan mu…dan semua ini hanya kerana aku memang teramat menyayangi kau dan kau pun tahu perkara ini sejak dulu lagi…Cuma aku tak sanggup nak lihat kau menderita lagi… apakah patut kau diamkan semua ini dan telan segalanya tanpa berbuat apa2? Kau selalu kata kan kepada ku supaya mendoakan yang terbaik buat mu…tapi tahukan kau berdoa tanpa berusaha tidak akan menyelesaikan apa2 pun? Tolong lar buka kan pintu hatimu…menuntut hak mu atau keluar dari belenggu masaalah ini…aku akan sentiasa cuba membantu selagi yang boleh tetapi aku dah tak sanggup nak lihat kau berduka lagi…

3 comments:

Hanz Jamaludin said...

Bet, u can ask your friend buat pengaduan kat Majlis Agama bahagian kaunseling keluarga...ini dah kira kes dera, bet..

NUN@ said...

i ase ape g hanz cakap tue btol..lelaki kena tau tg jawab die..bukan wat camni..kesian kawan u ngn anak2 die tue..

Anonymous said...

first thing first...
pekara yg paling awal kawan ko kena buat is start kerja semula. Bina asas kukuh tuk dia dan anak2. Then kalau dia rasa nak pisah proceed. mmg payah tp dia kena berkorban utk kebahagian masa dpn dia dan anak2.

best friend aku dh lalui apa yg kawan ko lalui ni even lg teruk and now she can lead her life happily. good luck untuk dia ya!