Dah lama aku tak update blog…bz giler dengan dinner boss aku…dah tu demam panas dan batuk yang macam nak pecah dada…bukan H1N1 ek…
BYk benda yg terjadi ….. kalau lar ada machine yang bleh absorb apa yg ada dalam fikiran ni dan terus menjadi perkataan2 dan terpapar kat blog ni kan ke best…nampak sgt aku pemalas nak menaip…bukan malas tapi terlalu banyak yang nak utarakan
Kali ni aku nak bercakap pasal cinta. Apa akan jadi dalan hidup kita kalau kasih beralih arah? Ada teman yang bertanya kan perkara ini.. ntah mengapa di hati nya tak terukir lagi rasa cinta pada si suami. Bahkan ada juga teman yang tidah terikat dengan apa2 ikatan pun mengalami masaalah yang sama.. Salah siapa agaknya…
Bukan senang nak membenihkan rasa cinta… Bak kata orang tua2 ..cinta yang lahir dari mata turun ke hati… Kerana pandangan mata yang menikam sukma membuahkan rasa sayang pada orang lain…Separuh orang suka melahirkan rasa cinta dengan kata2 mahupun belaian dan bagi aku perkara ini sepatutnya berlarutan sehingga ke usia nan senja…dan kedua2 pihak mesti berusaha untuk kearah ini… Bukan hanya sebelah pihak. Ada jugak pasangan yang mengambil mudah dalam perhubungan …dengan memikirkan…aaarrgghh, dia sudah menjadi milik diri, kenapa perlu berusaha…kenapa perlu ada sikap begini? Kalau benar kasih yang di tautkan dulu bukan paksaan kenapa mesti tidah di suburkan rasa kasih sayang itu. Menyemarakkan kasih sayang bukan hanya dengan melengkap kan pakai minum…
Bukan apa… menambat kasih bukan nya mudah, memerlukan masa..tetapi untuk menghilangkan dan memusnahkan rasa itu hanya sekelip mata… perasaan terkubur sendiri tanpa paksaan sesiapa….terlewat menyedari nya hanya merugikan diri sendiri… kenapa mesti kepercayaan orang menyayangi kita dibiarkan begitu sahaja.. Akan adakah orang yg mennyayangi kita seperti mana pasangan kita menyayangi kita. Jangan pandang mudah benda2 ini…kerana selagi hayat dikandung badan…semai dan jagalar kasih sayang itu sepenuh hati, jangan sampai kasih beralih arah dan kita hanya mampu memandang dengan hati pilu..
1 comment:
soal hati dan perasaan amatlah susah tuk d persoalkan.. malah tuan empunya badan pon sukar menjawabnya..
hohoho
Post a Comment