Wednesday, June 24, 2009

HOW TO STAY YOUNG AND HAPPY


1. Throw out nonessential numbers
This includes age, weight and height. Let the doctors worry about them. That’s why you pay them.

2. Keep only cheerful friends
The grouches pull you down. (Keep this in mind if YOU are one of those grouches

3. Keep learning
Learn more about the computer, crafts, gardening and whatever. Never let the brain get idle. An idle mind is the devil’s workshop
And the devil’s name is Alzheimer’s!

4. Enjoy the simple things

5. Laugh often, long and loud until you gasp for breath
And if you have a friend who makes you laugh, spend lots and lots of time with HIM / HER

6. Surround yourself with you love
Whether it’s family, pets, keepsakes, music, plants, hobbies or whatever. Make a spot your refuge. Keep good relationship with God.

7. The tears happen
Endure, grieve and move on. The only person who is with us in our entire life, is yourself. LIVE while you are alive.

8. Cherish your health
If it is good, preserve it. If it is unstable, improve it. If it is beyond what you can improve, GET HELP.

9. Don’t take guilt trips
Take a trip to the mall, even to the next county, to a foreign country, but NOT to where the guilt is.

10. Tell the people you love that you love them, at every opportunity

Tuesday, June 23, 2009

PERASANNYA!!!!!!!


Kali ni aku nak mengarut pasal perasaan yang terlebih sudah..iaitu perasan atau syok sendiri (SS). Rasanya perasaan ni ada dalam diri semua orang. Sikit sebanyak setiap manusia ada perasaan ni tapi pandai2 lar dalam hati kita macam mana kita nak control benda ni.

Ada orang yang perasan dia lar yang cun giler, tak pun ada yang perasan smua lelaki/perempuan hanya nak kan dan berminat dengan dia. Parah jugak orang macam ni, sebab satu ketika kita akan rasa macam meluat sesangat. Sampai nak makan pun tak habis dek kerana perasan ada orang asyik memerhatikan dia. Tak pun kalau berjalan dengan dia, akan keluar perkataan “Kenapa semua orang asyik tengok ni..ee tak sukalar”. Walau pun sebenarnya dalam hati melonjak gembira..bak kata orang negeri Sembilan…kombang lubang idung eeekk”. Tak pun kunun2 menerima panggilan misteri, erti kata lain secret admirer…betulkah itu secret admirer nya, atau pun dia yang sibuk duk perasan nak kacau orang dulu…tak pun itu hanyalar cerita rekaan untuk mengatakan betapa popular nya dia.

Ada jugak yang perasan dah kurus, padahal perut tu dah kedepan. TOlonglar, tak ada sapa akan kutuk kita kalau kita tak start perasan yang melampau dengan statement kita tu. Tolong beli cermin, OK?

Kita boleh menaruh hati dan harapan terhadap orang tapi jangan sampai kita perasan yang orang tu terpaksa bercouple dengan somebody else kerana terpaksa atau pun perasan yang orang tu masih lagi menyayangi kita. Parah tu!. Biasanya kalau hati kita menaruh harapan kita akan simpan smua nya dalam hati dan bertawakal tapi kalau dah bagitau orang dengan confidentnya…bukan kah itu SYOK SENDIRI?????

Ada jugak yag perasan dia lar yang paling pandai. Sampai tahap jadi angkuh dan bongkak. Kepandaian adalah kurniaan tuhan. Jangan sampai dek kerana itu, tuhan tarik segala kepandaian itu, tak ke melopong nanti. Bak kata orang.. sampai tahap giler kuasa dek kerana perasan dia lar yang paling layak menjadi bakal bos. Hmmm…orang macam ni kebanyakan nya akan menyakitkan hati orang lain walau dimana saja dia berada, sebabnya perasan tu dah jadi cakap besar dan dah macam makanan harian pulak.

Kalau betul2 ler orang yang bercakap tu mmg hensem giler atau cun giler..mmg patut lar dia perasan ya ampun…tapi kalau bak kata orang cukup2 makan…tolong lar sedar diri tu ckit. Aku bukan nak kutuk…tapi kita tengok sekeliling kita adakah orang2 yg bersama dengan kita selesa dengan tahap keperasanan kita yang melampau tu? Yang paling penting control, dan bertawakal dan tawaduk…sedar betapa hina dan kurang nya kita disisi yang Maha Esa dan ada lagi ciptaan Nya yang lagi bagus dari kita. Baru lar kita dapat kurangkan dan control perasaan perasan tu.

Tapi, tak semua orang boleh ditegur, walau kita bagitau macam mana pun dia perasan, dia still tak akan sedar dan perasan… orang hanya jeleskan dia…he he he…tepuk dada, Tanya selera. X salah nak perasan kan diri..tapi sila lar kontrol jgn sampai tahap syok sendiri yang melampau!!!!

Monday, June 22, 2009

SENIN

Disaat pagi yang indah ini, walau pun hari ni hari senin, sedang aku menikmati nescafe ais kaw2... ketenangan aku terganggu dengan suara orang marah2 dan moody tahap ungka kat belakang aku ni. Adoi lar...jgn ler memekak pepagi ni.. terlalu awal untuk mematikan sel2 badan ko tu dengan stress yang melampau...

Simpan lar kemarahan ko tu.. mmg ler ko marah orang lain tapi benda2 ni memberikan aku negative vibration dan aku tak nak smua ni dalam hidup aku

Ya Allah... aku memohon pada mu untuk hindarkan aku dari orang yang sebegini didalam hidup aku.. Aku dah tak berdaya lagi...

Thursday, June 18, 2009

FIRE EXTINGUISHER


This is sooo cool!!!!

Thursday, June 11, 2009

SMURFS
















I can't imagine myself with tons of smurfs around me ;)

Wednesday, June 10, 2009

BUDI BAHASA




Kat depan umah aku..ada pokok sirih yang ditinggalkan oleh tuan rumah. Dan mereka amanahkan jaga lar pokok sirih tu macam pokok sirih tu kami yang tanam... Aku memang suka pokok ni sebabnya subur sgt2...mcam berbaja...

Apa yang aku nak cakap ialah budi bahasa. Kalau ada orang yang datang mintak daun sirih ni dan aku memang nya tak kisah nak bagi kat dorang , kekadang ada yang bagi duit tapi aku memang tak akan amik duit tu, sebab aku ikhlas nak bagi kat dorang. Tapi semalam...lepas aku balik dari pi beli kebab, aku nampak ada sebijik kete MPV park kat depan umah aku..dan ada sorang makcik ni tengah petik daun2 sirih tu...yang memusyilkan aku tu...kenapa makcik ni bila nampak je aku dengan sepanas kilat masuk ke dalam kete dia yg besar gedabak tu...kenapa? Aku tak kisah dia amik pun tapi bila dia buat macam tu macam pencuri pulak.

My other half cakap, lantak lar dia..bukan luak pun daun sirih tu...mmg tak luak tapi yg aku persoalkan sekarang ialah kenapa makcik tu lari macam tu... kalau dia tak nak bayar pun atau rasa bersalah sebab amik daun tu dengan banyak nya pun, at least bertegur sapa lar dengan aku... budi bahasa, susah sgt ke?

KEBAB


Smalam aku cuti..sesaja... dan aku teringat satu kedai kebab kat masjid india..sanggup diri ku ini turun ke KL dari rumah ku untuk pergi membeli kebab yang superb ni!!!!!

Tempat ni gerai je, dan sebenarnya dekat je dgn opis aku kat tgh2 donia tu..tetapi abang2 kebab ni selalu start biz dalam pukul 1.40pm. Manalar sempat, waktu lunch kan 1-2 tghari. Kalau kita dtg dlm pukul satu setengah tu mmg tgh terkulat2 brother2 ni memotong bahan2 nak letak kat daging kebab tu. Kekadang aku teringin nak tanya "Abang ni sebenarnya nak berniaga ke idak?"..atau.. "Abang tau tak kebanyakkan waktu lunch opis kat KL ni pukul 1-2?"..he he he tapi idok ler tergamak aku nak bertanya..kang dia 'ban' aku kat situ...kering kempunan plak aku... Dalam pukul 1.30thg tu pun org dah start beratur menunggu dengan penuh kesabaran sampai abang tu settle menyediakan bebahan....Kalau aku berkejar pi beli lepas waktu opis (pukul 6) , gerenti licin...

Kebab ni mmg ler sedap giler ..daging, sos lada hitam, daun saderi, bawang, tomato... aku tak dapat nak describe dan tak sama dengan kebab pasar malam.. Dan orang kalau beli kebab kat sini kebanyakan nya akan beli lebih dari satu untuk diri sendiri... walau beratur tak panjang pun masa nak beli tu, tapi dek kerana orang yang kat depan kita beli sekali 8, dan asyik no 8 je yang kita dengar, makanya mmg lenguh ler kaki yang berdiri. Tapi bila dah masukkan kebab ni kat dalam mulut,,,fuhhh....berbaloi....dan malangnya kepada orang yg tak suka daging...hanya kebab daging je yang dijual...

Friday, June 5, 2009

HATI YANG BUSUK


Banyak sgt perkara yang berlaku lately ni. Tapi yang paling aku nak critekan ada 2 trajedi

1. Salah seorg office mate aku ni, akan bersanding hari sabtu ni, 6 june...so, aku dan kenkawan kat opis ni, kumpullah duit nak beli hadiah untuk pengantin baru ni. kami collect rm25 seorang. Pada mulanya hanya 6 org je yg bersetuju untuk kongsi beli hadiah ni, sbb tu collection agak tinggi harganya. Salah seorg dari kitaorg ni, mempertikaikan kenapa mahal sgt nak contribute. Dia siap tanya lagi, dulu masa dia kawin berapa si pengantin ni contribute. Dalam hati aku ni rasa macam nak sepak je pompuan ni. Kalau dia beli hadiah sorang, rm25 tu dia dapat beli apa? Dia siap hasut kenkawan terdekat dia untuk tarik diri dari joint beli hadiah. Apalar punya manusia. Masa dia kawin ari tu, kitaorg pun ada buat collection dan kalau aku sebusuk hati macam tu, aku boleh cakap "Kenapa aku nak bagi hadiah.. dulu aku kawin, masa aku tak kenal korang, korang bukan bagi hadiah kat aku pun".. Kalau tak nak joint tak apa tapi jgn hasut org lain.. Tapi sebab niat baik, dari tinggal 3, datang lagi 12 org yang nak joint.. maka makin byk ler RM yang terkumpul...dapat ler kami beli bermacam barang...

2. AKu tak faham kena ada separuh manusia ni, suka sgt tabur pasir ke periuk nasi org lain.. Dan yang best nya tu, hampir setiap hari buat kerja2 amal, menaikan kemarahan bos terhadap org lain..dah jadik macam makan nasi pulak...Orang tak kacau hidup kau, kenapa lar kau nak kacau hidup orang lain...kalau lar itu cara kau carik makan, tak berkat lar rezeki kau, mencari makan di atas kesedihan, kemarahan orang lain... Apa yang kau dpat? Kepuasan? MAcam mana lar kau boleh tidur lena di malam hari dengan perangai macam tu..Walau pun aku pernah kena sekali dengan perbuatan kau tu... tetapi aku yakin kau akan buat semua benda tu berulang kali sampai kau dapat tendang orang2 yg kau tak suka kan.. Sedih aku melihat hidup kau yang gembira dengan kesakitan orang lain...

Kita hidup ni bukan nya lama mana pun.. Kenapa lar nak tanam kan rasa hasad dalam diri. "What goes around, comes around".. Keberkatan hidup yang kita carik...Susah ke nak tanamkan rasa sayang sesama umat..tak berdarah pun... Seronok sangat ke menjalani hidup dengan perasaan busuk hati macam tu.. Aku memohon sgt, supaya jauhkan lah aku dari sifat terkeji ni... Bersihkan hati ini...