Monday, August 17, 2009

OH WANITA!!!

Dah lama aku tak update blog ni… bz giler…byk betul aktiviti aku skrg ni…dan bila aku online, sibuk update facebook plak..tu yg tak ada masa…

K, kali aku nak cakap pasal sesuatu yg sering bermain dia minda aku ni… penampilan diri

Smalm mak aku buat kenduri doa selamat sempena menyambut ramadhan… dan dalam masa yg sama kontraktor mak aku datang memeriahkan majlis…Then, aku terdengar bisikan dari golongan makcik2 kat belakang aku.. salah sorang nya berkata

Makcik G “eee aku konpom lar laki dia tu mesti carik lain nnt..
Makcik K “ Tak baik ko…mana tau… laki dia sayang giler dgn bini dia”
Makcik G “huh kalau dah rupanya macam tu. tak ada maknanya…cuba lar bergaya cikit”

Hmm benda ni dah lama aku nak tulis dlm blog ni… Kekadang separuh perempuan suka sgt tak memperdulikan penampilan mereka. Aku tak ler cakap aku ni bagus sgt..tetapi kekadang aku menyampah dgn statement…”Laki aku tak suka aku ber makeup”… “Alar dah beranak 8, buat apa nak bergaya lagi?”…Adoi lar..setakat lipstik dan minyak wangi susah sgt ke sayang oi!!!

Kekadang bergaya tak ada kena mengena dengan paras rupa…gemuk, kurus…macam Queen LAtifah…punya lar ‘bersemangat’ tapi cun dan bergaya setiap masa. Macam atuk aku, kalau dia nak keluar ke Bandar kuantan, padahal pi hospital je…baju nya kemas, kemeja lengan panjang, dengan minyak wangi nya… Padahal atuk aku dah berumur 80 tahun tapi masih lagi bergaya…

Ini yang nak aku katakan, apalar salahnya bergaya sikit…hanya dengan memakai secalit lipstick… jangan lar gunakan alasan ‘natural beauty’… sebab kita suka memandang orang yg bergaya dan kalau org memandang kita dengan sebaliknya, apa agaknya yang orang tu fikir pasal kita. Aku tak kata, salah kalau tak berbedak, Cuma jagalar penampilan diri, tak ada siapa yang untung, (mungkin syarikat kosmetik yg untung)..tapi yang pastinya semua itu untuk kebaikan kita jugak…

Bebaru ni aku ada dengar kisah seorang saudara yang dapat tahu suaminya bermain kayu tiga, dan yang pastinya wanita baru itu tak ler berpakaian yg menjolok mata, Cuma cukup manis dengan solekan dimuka dan pewangi di badan…si isteri mendapat tahu, dan yang paling menyedihkan bila si suami pernah memberitahu kepadanya, “I tak suka u bermake up”…dan bila kejadian ini berlaku aku terfikir…adakah

a) Si suami Cuma berkata begini untuk menjaga hati si isteri
b) Si isteri hanya memberi alasan kerana malas nak bersolek
c) Atau si suami dah muak dengan muka pucat si isteri

Hmm tepuk dada..anda sendiri yang tahu…

3 comments:

beldandy said...

aku setuju bab bergaya tu betty..ia menambahkan confident kita sebenarnya.

cuma tang laki cari lain tu cuma satu je nk cakap, lelaki ni tak perlukan alasan, mereka cipta alasan...

Sidratul Muntaha said...

laki tu yg gatal kak bet
apepun
tgk al quran blik
manusia kdg2 luper
yg wajib tak nk buat
yg haram n makruh nk plak dibuat
ayu no komen
klu dh namanya lelaki dan nafusnyer cuma satu
pusing mcmna pun
n kita berdandan tuk dia tapi nafsu tu mengatasi segalanya and Allah mama berkendak..
nk buat apekan?!
khilaf dan renungan tuk diri sendiri sbnrnya.

bhulat said...

Betul..saya sokong dgn statement2 wanita2 kebanggaan ku ini...

Kita usaha...yg pasti segalanya...tuhan yg tentukan!!!