Aku Bersyukur sangat....
1. Aku bersyukur sangat, walaupun aku hanya ada 2 orang adik (yang obviously susah sgt nak ngam) tapi aku dikelilingi dengan sepupu2 aku yang sememangnya hiruk piruk..yang aku tahu akan bersama dengan aku tidak kira masa suka dan duka aku..
2. Aku bersyukur sangat, walaupun aku tak punya duit yang sedepuk kat bank tu, hanya cukup-cukup makan tiap-tiap bulan dan hutang credit card yang menyedihkan tapi aku tidak pernah rasa terlalu sengkek sampai kena sekat makan dan aku still boleh beli apa yang aku suka..
3. Aku bersyukur sangat, walaupun sejak kecil aku tinggal dengan nenek, aku tidak pernah rasa kurang hidup ni, sebab kalau tak dek kerana nenek aku yang garang, mesti lar ni aku tak jadi orang gamaknya...hmm dan aku ada auntie2 yang memang take care giler..sampai satu tahap aku rasa macam budak sekolah pulak...
4. Aku bersyukur sangat, walaupun ada orang-orang terdekat dengan aku yang mendengki kan aku sampai tahap dewa, tapi aku masih lagi disamping kawan-kawan yang menerima aku seadanya, yang walaupun ada yang jauh, tak contact berbulan, berselisih pendapat tapi akan tetap ada 'disitu' bila aku memerlukan...
5. Aku bersyukur sangat, walaupun rumah aku kecil, lama, tetapi A to Z, dari dalam hingga keluar rumah itu adalah hasil titik peluh sendiri, bukannya mengharap dan meminta ihsan orang. Rumah kecik itu juga lar tempat aku berlindung, berehat dan beribadat tanpa dicengkami oleh orang lain.
6. Aku bersyukur sangat, walaupun kereta aku tu comel dan kecil, tapi tiap-tiap bulan aku tidak pernah miss bayar duit bank, kereta aku tak ada meragam sana-sini dan dengan kereta comel itu lar, kesana kemari tanpa susah bersesak dengan orang ramai menaiki bas.
7. Aku bersyukur sangat, walaupun aku gemuk, tetapi masih ramai yang memuji keserian diri dan walaupun aku tahu ada yang mengutuk aku gemuk, by the end of it, orang itu jugak akan bertanya macam mana aku menjaga kulit dan diri...
8. Aku bersyukur sangat walaupun boss aku tu spesis tak banyak cakap dan adakalanya aku tak tau dia suka ke idak aku jadik secretary dia, tapi dia masih akan belikan aku coklat setiap kali dia balik ke kampungnya kat Langkawi
9. Aku bersyukur sangat, walaupun pada ketika ini aku hanya dikurniakan seorang cahaya mata, tetapi 'My Little Sunshine" sihat, ceria dan aku menyayanginya sepenuh hati.
10. Aku bersyukur sangat, dikurniakan dengan ingatan yang tajam walaupun aku bukannya jenis yang teratur tapi aku sentiasa ingat sesuatu benda dan biasanya aku rasa nak nangis sebab aku bleh ingat benda tu.
Dan Sesungguhnya aku benar-benar bersyukur atas segala nikmat ini....Alhamdullillah..
4 comments:
K.Bet!!
IM PROUD OF U.
tau sebab ape??
sebab sume yang k.bet ade skank ni dari titik peluh k.bet sendiri
xmacam sesetengah family kite yang umor nye dah 27 tahun..
yang tau menghabiskan duit mak
sepatotnye die da ade family sendiri dan berkerjaye.
ayong doakan k.bet hidup sejahtera d smping family terchinta
Bet, thank you very much for your awakening post (MMMMUAAAHHH! Lots of HUGS)
alhamdulillah...
salam
salute bhulat
ayu pun gumuk gak..
aloh...
gumuk2 pun boleh beranak ape?
dr org lain tu yg kurus cantik ler konon tapi takleh banak.
ape kes..
apepun..kita kena syukur sbb yg gemuk2 ni ler yg pling kuat semanagt dan kental jiwanyer dr org lain.
betul tak?!
Post a Comment