Aku ada list orang-orang yang biasanya akan buat aku geram, marah, meluat...
1. Orang yang tak henti-henti bercakap pasal diri sendiri..memuji-muji diri sendiri. Sampai satu tahap kita nak bercerita pasal kita pun tak berpeluang dek kerana terlalu banyak cerita pasal dia. Kekadang aku rasa seolah-olah dia lar yang menjadi pujaan ramai, dia la yang paling bagus, dan segalanya adalah tentang dia...Adoi..
2. Orang yang selalu salah menggunakan ayat di tempat yang salah atau masa yang salah. Dan kadang kala kata-kata itu sungguh menyakitkan hati.. Hey babe...support ler gua ckit..Walau pun lu tak setuju dengan gua, gunakan lar perkataan yang lebih lembut..Ini tidak...ko guna semula perkataan tu untuk bom aku...isk isk isk
3. Orang yang kalau kita kita bercakap macam bercakap dengan tunggul...Buat muka kayu kat situ...Ni, lagi satu, kalau tak suka dengar, tak payah ler keluar dengan aku...at least senyum ler..ini tak, buat muka tembok kat situ...
4. Orang yang rasa tidak dapat bezakan mana gurau, mana yang tidak... Bila kita bergurau, tetiba buat muka serius tahap cipan, dan kalau dia bergurau sampai tahap lukakan hati orang, tak sedar diri...
5. Orang yang suka tanya soalan yang sama setiap kali berjumpa..dan soalan tu kekadang tahap aku nak hadiah kan selipar jepun jer..macam...bila nak beranak? bila nak tukar kereta? bila nak beli rumah banglo? bila nak kurus? bila itu...bila ini...adoi lar...tolong ler...ko tak nampak ke riak wajak aku ni setiap kali ko tanya soalan tu dan ko sedar tak betapa malas nya aku nak kluarkan suara untuk jawab soalan ko tu. Dan ada kalanya soalan yang dikluarkan tu berbaur tidak puas hati yang melampau...lu apa hal beb? pening lar gua..
Aku rasa mungkin aku yang too sensitive...whatever lar...cuma... kita nak menjaga hati orang susah sangat..tapi kenapa begitu mudah orang melukakan hati kita?
2 comments:
biasalah betty...
dalam dunia ni ada macam2 ragam manusia.
tapi ko memang sgt sensitip sejak dulu lagi...
Bet..kita takkan selalu apa yang kita nak..sabar je...buat pekak, buta & bisu lagi bagus sometimes
Post a Comment