Setiap orang seharusmya menjaga kecantikan kulit. Di sini aku paparkan panduan untuk menjaga kulit bermula dari usia yang awal.
20an
Gunakan produk yang lembut dan ini adalah untuk menghalang kulit kita daripada mengalami masaalah kulit. Terlalu awal untuk menggunakan krim anti-kedutan. Untuk cucian muka bagi kulit yang normal, basuh muka hanya sebelum tidur. Bagi kulit berminyak, gunakan pencuci muka yang lembut atau bergel dan pencuci muka bersusu bagi kulit yang kering.
Untuk pelembab, gunakan apa sahaja jenama. Tetapi pastikan pelembab itu, mengandungi SPF15 atau 20 yang memberikan perlindungan UVA dan UVB. Sapukan diseluruh muka dan leher.
Untuk malam pula, gunakan pelembab berasaskan air atau pelembab tanpa minyak. Separuh pakar menyarankan untuk menggunakan pelembap yaang mengandungi vitamin A, hanya sedikit sebelum tidur, di seluruh muka dan di kawasan mata, untuk mengelakkan kedutan.
30an
Kalau dari umur 20an kita tak menjaga kulit kita, semasa umur 30an ni, kita akan nampak kedutan halus dimata dan mulut.
Untuk cucian muka, gunakan pencuci yang mengandungi AHA, untuk pengelupasan yang lembut. Dan pada sebelah petang/malam, gunakan pencuci yang berkrim (creamy cleanser).
Bagi pelembap pula, mesti ada perlindungan SPF 15 atau 20 dengan UVA/UVB, dan seharusnya juga mengandungi bahan-bahan antioksida seperti white tea atau vitamin C, sebab boleh melindungi kulit dari radikal bebas. Dan kita seharusnya sudah mula menggunakan krim mata.
Untuk pelembap malam, di umur ini, pelembap malam atau serum yang mengandungi "retinol" atau "retinoid" mesti digunakan. Bukan lagi satu pilihan yang bijak kalau tidak menggunakan pelembap ini, sebab kedutan akan mula muncul pada peringkat umur ini.
40an
Masa ni, semua problem kulit akan muncul seperti kedutan, kemerahan, kulit tidak serata dan bintik-bintik hitam. Dan kulit akan menjadi kering yang menyebabkan kulit menjadi kusam.
Untuk mencuci muka, gunakan pencuci yang ber krim (creamy), malam dan siang. Atau gunakan pencuci yang mengandungi AHA tetapi tidak semua orang boleh menerima pencuci muka jenis AHA pada usia ini.
Gunakan pelembap muka yang 'kaya' dengan pelembap, mengandungi SPF 15 atau 20. Digalakkan menggunakan beberapa jenis pelembap atau serum yang mengandungi sekurang-kurangnya 2 jenis antioksida secara berselang hari. Ini adalah kerana, kalau kita menggunakan 2 jenis krim antioksida, ianya akan memberikan kita faedah yang berlainan dan setiap krim kebiasaanya membantu menyelesaikan masaalah kulit muka yang berlainan. Untun kulit kering, cuba pelembap yang mengandungi "hyaluronic acid", "petrolatum", "shea butter" atau "oils".
Untuk malam, gunakan pelembap yang mengandungi "retinoid". Ini membantu mengurangkan bintik-bintik hitam, menggalakkan pengelupasan yang lembut dan megurangkan masaalah kulit akibat dari matahari. Kalau kulit tidak dapat menerima "retinoid", gunakannya berselang malam.
50an
Usia ini bukan nya penamat untuk mengambil tahu penjagaan kulit muka. Di umur ini segala masaalah kulit semasa umur 40an akan bertambah serius dan banyak. Untuk pagi dan malam cuci muka dengan pencuci muka tanpa sabun, atau yang "creamy". Pelembap yang mengandungi serum dan vitamin C akan membantu menahan dan mengurangkan masaalah kulit muka. Dan untuk malam pelembap yang mengandungi "retinoid" mesti selalu digunakan.
Harapnya info ini akan dapat membantu untuk menjadikan kulit lebih cantik dan berseri.
1 comment:
Hello...
Bagus infonya...terperinci sampai setiap peringkat ader...Boleh diperkuatkan lagi informasi dengan merujuk web page ini:
Penjagaan Kecantikan Kulit
Sesuai untuk semua jenis peringkat, terutama yang agak dewasa (matang).
Tq.
Post a Comment