Showing posts with label woman. Show all posts
Showing posts with label woman. Show all posts

Wednesday, August 19, 2009

BLAH!!!

Sorry sis....tapi aku memang dah masuk tahap meluat dengan ko...dan aku dah ada perasaan benci di hati..jangan ko hubungi aku lagi, sebab aku dah tak nak amik tahu pasal ko lagi...buat ler haluan ko sendiri...

Monday, August 17, 2009

OH WANITA!!!

Dah lama aku tak update blog ni… bz giler…byk betul aktiviti aku skrg ni…dan bila aku online, sibuk update facebook plak..tu yg tak ada masa…

K, kali aku nak cakap pasal sesuatu yg sering bermain dia minda aku ni… penampilan diri

Smalm mak aku buat kenduri doa selamat sempena menyambut ramadhan… dan dalam masa yg sama kontraktor mak aku datang memeriahkan majlis…Then, aku terdengar bisikan dari golongan makcik2 kat belakang aku.. salah sorang nya berkata

Makcik G “eee aku konpom lar laki dia tu mesti carik lain nnt..
Makcik K “ Tak baik ko…mana tau… laki dia sayang giler dgn bini dia”
Makcik G “huh kalau dah rupanya macam tu. tak ada maknanya…cuba lar bergaya cikit”

Hmm benda ni dah lama aku nak tulis dlm blog ni… Kekadang separuh perempuan suka sgt tak memperdulikan penampilan mereka. Aku tak ler cakap aku ni bagus sgt..tetapi kekadang aku menyampah dgn statement…”Laki aku tak suka aku ber makeup”… “Alar dah beranak 8, buat apa nak bergaya lagi?”…Adoi lar..setakat lipstik dan minyak wangi susah sgt ke sayang oi!!!

Kekadang bergaya tak ada kena mengena dengan paras rupa…gemuk, kurus…macam Queen LAtifah…punya lar ‘bersemangat’ tapi cun dan bergaya setiap masa. Macam atuk aku, kalau dia nak keluar ke Bandar kuantan, padahal pi hospital je…baju nya kemas, kemeja lengan panjang, dengan minyak wangi nya… Padahal atuk aku dah berumur 80 tahun tapi masih lagi bergaya…

Ini yang nak aku katakan, apalar salahnya bergaya sikit…hanya dengan memakai secalit lipstick… jangan lar gunakan alasan ‘natural beauty’… sebab kita suka memandang orang yg bergaya dan kalau org memandang kita dengan sebaliknya, apa agaknya yang orang tu fikir pasal kita. Aku tak kata, salah kalau tak berbedak, Cuma jagalar penampilan diri, tak ada siapa yang untung, (mungkin syarikat kosmetik yg untung)..tapi yang pastinya semua itu untuk kebaikan kita jugak…

Bebaru ni aku ada dengar kisah seorang saudara yang dapat tahu suaminya bermain kayu tiga, dan yang pastinya wanita baru itu tak ler berpakaian yg menjolok mata, Cuma cukup manis dengan solekan dimuka dan pewangi di badan…si isteri mendapat tahu, dan yang paling menyedihkan bila si suami pernah memberitahu kepadanya, “I tak suka u bermake up”…dan bila kejadian ini berlaku aku terfikir…adakah

a) Si suami Cuma berkata begini untuk menjaga hati si isteri
b) Si isteri hanya memberi alasan kerana malas nak bersolek
c) Atau si suami dah muak dengan muka pucat si isteri

Hmm tepuk dada..anda sendiri yang tahu…

Monday, August 3, 2009

KASIH BERALIH ARAH

Dah lama aku tak update blog…bz giler dengan dinner boss aku…dah tu demam panas dan batuk yang macam nak pecah dada…bukan H1N1 ek…

BYk benda yg terjadi ….. kalau lar ada machine yang bleh absorb apa yg ada dalam fikiran ni dan terus menjadi perkataan2 dan terpapar kat blog ni kan ke best…nampak sgt aku pemalas nak menaip…bukan malas tapi terlalu banyak yang nak utarakan

Kali ni aku nak bercakap pasal cinta. Apa akan jadi dalan hidup kita kalau kasih beralih arah? Ada teman yang bertanya kan perkara ini.. ntah mengapa di hati nya tak terukir lagi rasa cinta pada si suami. Bahkan ada juga teman yang tidah terikat dengan apa2 ikatan pun mengalami masaalah yang sama.. Salah siapa agaknya…

Bukan senang nak membenihkan rasa cinta… Bak kata orang tua2 ..cinta yang lahir dari mata turun ke hati… Kerana pandangan mata yang menikam sukma membuahkan rasa sayang pada orang lain…Separuh orang suka melahirkan rasa cinta dengan kata2 mahupun belaian dan bagi aku perkara ini sepatutnya berlarutan sehingga ke usia nan senja…dan kedua2 pihak mesti berusaha untuk kearah ini… Bukan hanya sebelah pihak. Ada jugak pasangan yang mengambil mudah dalam perhubungan …dengan memikirkan…aaarrgghh, dia sudah menjadi milik diri, kenapa perlu berusaha…kenapa perlu ada sikap begini? Kalau benar kasih yang di tautkan dulu bukan paksaan kenapa mesti tidah di suburkan rasa kasih sayang itu. Menyemarakkan kasih sayang bukan hanya dengan melengkap kan pakai minum…

Bukan apa… menambat kasih bukan nya mudah, memerlukan masa..tetapi untuk menghilangkan dan memusnahkan rasa itu hanya sekelip mata… perasaan terkubur sendiri tanpa paksaan sesiapa….terlewat menyedari nya hanya merugikan diri sendiri… kenapa mesti kepercayaan orang menyayangi kita dibiarkan begitu sahaja.. Akan adakah orang yg mennyayangi kita seperti mana pasangan kita menyayangi kita. Jangan pandang mudah benda2 ini…kerana selagi hayat dikandung badan…semai dan jagalar kasih sayang itu sepenuh hati, jangan sampai kasih beralih arah dan kita hanya mampu memandang dengan hati pilu..

Wednesday, July 22, 2009

DEMENTOR

Aku tahu ko ni jahat sgt tapi aku tak sangka ko sejahat ni…

Kenapa perangai ko macam ni..ko ni kan dah terbiasa hidup dibenci org, sampai tahap, smua benda yg berlaku ko tuduh orang yang menjadi punca. Terlalu bersyak wasangka. Dalam otak ko, hanya ada satu statement, “Orang suka aniayai ko”

Aku pun ada gak berselisih faham dengan orang tapi mesti lepas itu hubungan tu akan menjadi bertambah baik… Seperti melupakan hal lalu, dan buka buku baru…tapi bukan ko…

Hari ni ko tuduh aku bunuh lipas dan letak kat tempat ko. Ko ada bukti ke… Walaupun ko tak sebut nama aku, tapi siapa lagi yang paling dekat dgn workstation ko kalau bukan aku . Dan ayat ko ialah “I rasa kan ada org bunuh lipas dan sepak, letak kat bawah meja I” . Ko fkir tak orang tu akan sampaikan kat aku. Ke ko saja cakap macam tu supaya orang tu sampaikan kat aku?

Lepas ni apa lagi yang ko nak buat. Sudah2 ler… Memang patut pun aku gelar ko DEMENTOR. Ko kawin dah 2 kali dan setiap perkahwinan ko, tak sampai setahun dah bermasaalah. Aku memang kesian kan ko. Tapi kalau dah sebegini kejam, sapa lagi yang ada hati dan perasaan untuk kesian kan ko. Yang aku paling pasti kau memang tak akan berubah dan suatu hari nanti ko akan keseorangan sebab smua orang menjauhkan diri dari ko. Tapi ko tak kisah kan…

Yang buat aku marah sangat dengan tuduhan ko tu, sebab aku kenal ko, kalau ko dah bercakap macam tu, mesti tak lama tu ko akan bagitau bos ko...spesis mulut koyak...

Aku punya lar bosan dengan perangai ko dan aku rasa org yg baca blog aku pun bosan dengan cite ko.. dah byk kejadian aku dengan ko aku tapis, tapi aku ni pompuan, sedikit sebanyak tercuit jugak hati aku ni... Dan kalau aku dah type kat blog ni pasal ko...bermakna...you are really press my button!!!!

Thursday, July 16, 2009

LADY GAGA PART 2













Bagi certain people this is art (lagi pun dia mesti lar nak 'outstanding' kan dirinya dari org lain....tapi bagi aku yg kering seni ni...this is crap!!!!

LADY GAGA PART 1












Aku saja letak gamba Lady Gaga ni sbb baju2 dia, fulamakatak!!!!! Byk sebenarnya gambar2 dia yg aku ada, tapi aku tak sanggup nak letak kat sini... "sensored" mak oooii!!!

'DEMENTOR' IN MY OFFICE!!!!





Dah lama betul tak update blog...tak ada mood skrg ni...datang opis je, tgk muka 'berkarat' hilang segala perasaan ceria aku...kadang2 aku rasa dia ni macam 'dementor' dalam harry potter (btw... tak ada org nak pi ikut aku tgk movie ni hari ni...sibuk sgt memasing!!! huk huk huk!!!)

Wahai 'dementor' opis ku...jgn lar ko dekat kepada ku...pi jauh2.... aku rasa macam nak letak je gamba muka 'dementor' opis aku tu kat sini...he he he...tapi as what kawan aku cakap...aku selalu sgt tak sampai hati...huk huk huk
Saja je letak gamba 'dementor' harry potter ni sbb tak smua org suka tgk cite2 macam harry potter ni (yes it is u, wati pysco!!!)
Dan aku akan reply tag yg dihantarkan kepada aku...i promise!!!

Thursday, April 30, 2009

NENEK

Aku rasa happy hari ni..tapi tak ler tahap melampau..sebabnya esok cuti dan bleh jumpa NENEK...mmmuuaaahhh...sayang nya nenek aku tu...ni nenek side mak aku...

Aku ni sejak kecik nenek yang jaga, bak kata nenek aku tu "den jago kau sojak ko sebosar tapak tangan.."..

Well... nenek aku ni masa zaman aku sekolah dulu punyalar garang...sangat sangat garang...aku memang takut giler dengan dia. Tapi bila fikirkan balik, kalau tak kerana nenek aku ni, jadik jugak aku org...

Mlm ni (khamis), aku balik kampung and esok ada pasar malam kat umah nenek aku tu...seronoknya..dulu kalau pasar malam aku selalu 'pau' nenek aku tapi nenek aku ni pulak walau garang, apa yg aku nak kat pasar malam tu dia belikan... Kalau dulu, time aku malas pi pasar malam, nenek aku akan pergi awal dalam pukul 6...then dia akan cakap kat aku "nanti pukul 6.45 amik nenek kat pasar malam tau"...Dan biasanya aku tak kirim apa pun sebabnya, nenek aku ni dah tahu apa makanan yang dia nak belikan kepada aku...

Kalau aku dah lama tak balik kampung jumpa nenek aku ni, aku dapat rasa satu perasaan yang tak tentu arah...mengalahkan orang bercinta plak..dan kekadang sampai aku termimpi nenek aku tgh berjalan naik bukit nak ke rumah aku tu...

Masa my little sunshine baru lahir dulu..nenek aku pun ada tolong jagakan my little sunshine..then bila dia mandikan budak tu nenek aku akan nyanyi

"Bangau mintak leher
Badak mintak daging
Gajah mintak kuat
Tuhan mintak sihat"

Ini satu hal, kalau nak buai budak nenek aku akan nyanyi dengan mendayu dayu nya sampai tahap mak budak kat sebelah pulak yang berdengkur....he he he...

Nenek aku ni dah almost 85 years tapi Alhamdullilah sihat dan kuat...biasalar org tua2 sakit sana sikit, sini sikit..tapi kalau ada org yg nak dtg rumah...dia akan berdoa dari awal supaya jgn ler dia demam atau sakit sebab dia nak masak untuk org tu... berjengkot jengkot kat dapur nak masak kan untuk org...
Dapur masak tu dia letak atas lantai dan tempat dia duduk dia alaskan tikar, kalau dia masak rendang yang berjam-jam tu, dia akan tutup api dapur, baring kat dapur tu dan sambung balik masak rendang tu bila dia dah kurang penat....

Itu lar nenek aku...banyak lagi aku nak cerita pasal dia...Terlalu banyak sampai aku tak tahu mana satu nak tulis dulu.... Kawan2 sekeliling aku mmg selalu dengar cerita pasal nenek aku ni..hmm bergenang air mata aku sekarang ni, bila teringatkan dia...

Nenek...orang nak balik ni...

Monday, April 6, 2009

DI AMBANG WATI

Aku ada 3 wati dalam hidup aku...ni kira wati-wati yang aku ngadap tiap2 hari...

Wati d' first - Wati ni kawan aku dari office lama aku. Rasanya dah hampir 12 tahun aku kenal dia. Memula dulu aku tak berapa ngam sangat dengan dia...tetapi yang menyatukan kami adalah...Backstreet Boys. Dia ni minat gler dengan AJ BSB. Dia letak gambar AJ dan dia dalam aquarium kat opis. Dia bleh superimpose gambar tu manually dan menjadik plak tu. Aku rasa ikan emas tu dah konpius dengan gamba tu. Kitaorg ni agak taksub dengan artis2 hollywood.

Aku ngan dia bukan satu dept pun. Kekadang kami buat soalan2 kuiz untuk kami jawab sesama sendiri...macam...10 pelakon lelaki hollywood yang kami gler..10 filem love story yang kami tak bleh lupa...macam2 lagi ler soalan2 pop kuiz ....itu jer ler kerja kami....Hmm bebaru ni TV3 ada buat pop kuiz new season...dia ajak aku masuk... isk segan ler....kang runtuh pentas tu dek kerana kitaotrg melompat-lompat kang..

Dan aku kalau beli kain untuk buat baju kurung....dan bila aku tunjuk kat dia, dia kata tak lawa...konpom aku tak pakai...serius!!!!! Dulu pernah dia pi belikan aku kain untuk buat baju kurung...kalau tak silap aku 10 pasang...Dan sekarang ni kalau aku bli kain..aku mesti ajak dia sebab aku dah tak konpiden beli kain baju kurung sendiri.

Nak kata kami ni tak bergaduh...mmg ler tak logik. Tapi kalau kitaorg bergaduh dan untuk berbaik semula kitaorg suka buat macam tak bergaduh bila ber sms semula. Ha...last year BSB datang buat konsert kat Malaysia kan...Kitaorg pi berdua...Huyyoo....mentang2 semua lagu BSB yang lelama kami lancar...nyanyi macam nak klua anak tekak...tiker pun still simpan lagi...Sekarang ni aku dah tak se opis dengan dia...tapi still rasa macam dulu gak sebab sms tak berenti... Kalau tgk tv... komen mengomen mmg tak berenti ler...

Dan my other half called her as my "pysco friend"...Wati ni tau panggilan tu..tapi kitaorg tak rasa apa2 sebab kita org mmg PYSCO!!!! he he he

wati d'second - Wati ni pulak ialah sepupu aku. Aku baru tahu kewujudan sepupu aku ni masa aku dah start kerja. Masa tu arwah nenek aku sakit. Mak dia dan dan arwah ayah aku, adik beradik. Tapi ada prob ckit...lama tak berhubung....

Dulu sblm kami kawin...kami rapat on and off. Tapi sekarang ni makin rapat. Dia selalu marah aku tak bagi komen kat blog dia...bukan aku tak nak bagi komen...tapi aku segan...entry dia smua nya english...aku ni kaya dengan bahasa melayu pasar... tapi dia tak paham2 jugak apa yg aku rasa...aku ni mmg jenis org yg mudah "backoff" klau aku rasa aku segan, malu...dan macam2 lagi ler...sbb tu aku suka menghilangkan diri.

Sekarang ni...tiap2 hari kitaorg berhubung...tapi dia ni bagi aku mmg pandai gler ler...dan tak pernah jemu nak belajar...aku tahu dia ni minat sgt mengajar...kitaorg ni selalu gak berselisih pendapat tappi bleh bawak berbincang dan still ok...


Wati d'third - Ni breakfast partner aku setiap pagi...Pepagi kami selalu breakfast kat medan mara, makan soto ayam...hmmm nyum nyum.......dia ni baru jugak ler aku kenal... kat opis baru ni...

AKu suka dgn dia sbb aku ni jenis cembeng dan penyedih...Dia selalu bagi aku advice untuk jadi stone, kering, buat tak tahu...etc...

Dan aku harap sgt...walau kami tak satu company lagi...one day...kami still akan contact...sebab...susah nak carik kawan ni..especially yg serasi bersama....


Hmm itu ler 3 wati dalam hidup aku....Kekadang bila aku cite kat my other half...aku kena explain...whether wati pysco, wati cousin or wati opis...Banyak sgt wati nyer...

Friday, February 20, 2009

QUOTE FOR THE DAY

Beauty is how you feel inside, and it reflects in your eyes. It is not something physical.


—Sophia Loren

Thursday, November 13, 2008

"B****"

Woman, i don't know why you are being such a hypocrite....please....you make me sick!!!!! Enough with your acting.. When you are in a bad mood you just don't give a damn about how people feel...and simply you want to scold people....

And now, when nobody want to talk to you anymore...you become such an angel... what do you want? Can you please stop being a super duper "b****"!!!!!???? I am begging you "b****"!!!