Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Monday, May 11, 2009

KAWAN KU!!

Kawan aku ni, tak pernah beranggang dengan aku selama ini. Dulu dia bekerja dan selepas dia melahirkan anak yang ke 3, si suami meminta dia berhenti kerja memandangkan tempat kerja nya jugak selalu sangat miss nak bayar gaji. Jadilah kawan aku surirumah tangga sepenuh masa. Dan tidak tahu di mana silap nya si suami juga tidak mahu bekerja dengan alasan nak berniaga di pasar malam pada mlm hari sedangkan selama ini biz yang di usahakan itu tidak pernah pun membawa keuntungan yang lumayan. Malahan si suami langsung tidak ada pengalaman dalam biz. (Sebelum berhenti kerja suaminya berkerja di salah sebuah sykt yg agak teguh dgn gaji yg sangat ok)

Hasilnya..menderita kawan aku ini hanya makan nasi goreng ikan bilis setiap hari dan kalau beras dah habis, roti sebagai pengganti. Bila di tanya kepada si suami, carilah kerja baru..supaya dapat menanggung satu family. Si suami akan memberikan jawapan “sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup”

Yang paling aku sedih, si suami mendapat kerja baru di luar dari kawasan KL, dan tak meninggalkan barang satu sen pun kepada kawan aku ni…Dan si suami boleh memberitahu kepada kawan aku supaya meminta duit dari ayah si suami dengan alasan dia tak suka meminta minta kepada orang… dan seringkali kawan ku ini di tempelak oleh suami nya dengan perkataan ‘awak tidak pandai bersyukur”…

Kenapa jadi begini? Apa salah kawan aku sampai si suami ini boleh buat macam ni. Dan si suami…tergamak kau buat macam ni kepada orang yang telah melahirkan anak kau..bukan sorang tapi 3 orang. Dan kalau kau dah malas sangat nak bekerja, kenapa kau tak bagi kawan aku bekerja? Kau lebih rela biarkan dia kelaparan di rumah sedangkan dia sanggup untuk bekerja kerana nak mengisikan isi rumah tu dengan makanan.


Ini kah pengorbanan yang sepatutnya seorang isteri lakukan atau patut kah dia menuntut hak dia sebagai seorang isteri…aku pun tak tahu.. tapi apa yang aku tahu patut kah seorang suami bersikap begini? Kalau dah tak ada rasa sayang di hati kenapa nak simpan dan menyeksa sebegini? Kalau kau benci dgn orang yg telah melahirkan anak2 kau, patutkah kau buat dia macam sampah? ZURIAT KAU!!!!

Buat kawanku…aku tidak pernah bosan mendengar cerita dan rintihan mu…dan semua ini hanya kerana aku memang teramat menyayangi kau dan kau pun tahu perkara ini sejak dulu lagi…Cuma aku tak sanggup nak lihat kau menderita lagi… apakah patut kau diamkan semua ini dan telan segalanya tanpa berbuat apa2? Kau selalu kata kan kepada ku supaya mendoakan yang terbaik buat mu…tapi tahukan kau berdoa tanpa berusaha tidak akan menyelesaikan apa2 pun? Tolong lar buka kan pintu hatimu…menuntut hak mu atau keluar dari belenggu masaalah ini…aku akan sentiasa cuba membantu selagi yang boleh tetapi aku dah tak sanggup nak lihat kau berduka lagi…

Thursday, April 30, 2009

NENEK

Aku rasa happy hari ni..tapi tak ler tahap melampau..sebabnya esok cuti dan bleh jumpa NENEK...mmmuuaaahhh...sayang nya nenek aku tu...ni nenek side mak aku...

Aku ni sejak kecik nenek yang jaga, bak kata nenek aku tu "den jago kau sojak ko sebosar tapak tangan.."..

Well... nenek aku ni masa zaman aku sekolah dulu punyalar garang...sangat sangat garang...aku memang takut giler dengan dia. Tapi bila fikirkan balik, kalau tak kerana nenek aku ni, jadik jugak aku org...

Mlm ni (khamis), aku balik kampung and esok ada pasar malam kat umah nenek aku tu...seronoknya..dulu kalau pasar malam aku selalu 'pau' nenek aku tapi nenek aku ni pulak walau garang, apa yg aku nak kat pasar malam tu dia belikan... Kalau dulu, time aku malas pi pasar malam, nenek aku akan pergi awal dalam pukul 6...then dia akan cakap kat aku "nanti pukul 6.45 amik nenek kat pasar malam tau"...Dan biasanya aku tak kirim apa pun sebabnya, nenek aku ni dah tahu apa makanan yang dia nak belikan kepada aku...

Kalau aku dah lama tak balik kampung jumpa nenek aku ni, aku dapat rasa satu perasaan yang tak tentu arah...mengalahkan orang bercinta plak..dan kekadang sampai aku termimpi nenek aku tgh berjalan naik bukit nak ke rumah aku tu...

Masa my little sunshine baru lahir dulu..nenek aku pun ada tolong jagakan my little sunshine..then bila dia mandikan budak tu nenek aku akan nyanyi

"Bangau mintak leher
Badak mintak daging
Gajah mintak kuat
Tuhan mintak sihat"

Ini satu hal, kalau nak buai budak nenek aku akan nyanyi dengan mendayu dayu nya sampai tahap mak budak kat sebelah pulak yang berdengkur....he he he...

Nenek aku ni dah almost 85 years tapi Alhamdullilah sihat dan kuat...biasalar org tua2 sakit sana sikit, sini sikit..tapi kalau ada org yg nak dtg rumah...dia akan berdoa dari awal supaya jgn ler dia demam atau sakit sebab dia nak masak untuk org tu... berjengkot jengkot kat dapur nak masak kan untuk org...
Dapur masak tu dia letak atas lantai dan tempat dia duduk dia alaskan tikar, kalau dia masak rendang yang berjam-jam tu, dia akan tutup api dapur, baring kat dapur tu dan sambung balik masak rendang tu bila dia dah kurang penat....

Itu lar nenek aku...banyak lagi aku nak cerita pasal dia...Terlalu banyak sampai aku tak tahu mana satu nak tulis dulu.... Kawan2 sekeliling aku mmg selalu dengar cerita pasal nenek aku ni..hmm bergenang air mata aku sekarang ni, bila teringatkan dia...

Nenek...orang nak balik ni...