Showing posts with label sepi. Show all posts
Showing posts with label sepi. Show all posts

Sunday, August 9, 2009

SAYONARA MY DEAR FRIENDS

Last week penuh dgn kesedihan...sedih sbb org yg rapat dgn aku Mel dan kawan aku, Dahlan... last day mereka di company aku skrg ni...

Sayu sgt hati ni..tak tahu macam mana aku nak ungkap kan dgn kata2... dah byk kali aku cuba type segala kata2 yg boleh...tapi setiap kali itu juga...air mata aku berjurai membasahi pipi aku...rasanya parah lagi di dalam hati ini...

Mel...I do not know how to say this...but i feel so lost without you...Everything seems so wrong.. We used to have all the little secret...intercomm each other whenever we feel happy, sad, grumpy... now...goossshhh!!! i'm gonna miss u soo much... I know i can meet you somewhere else beside in the office..but it is not gonna be the same... the feelings that you are not there...hurt me!!!

Dahlan...Thank you cause jadik such a good friend to me... Ko punya cara ko tersendiri.. dalam cara yg agak unik...dan aku percaya, orang yg banyak menganiayai ko...akan sedar malah akan mendapat pembalasan lagi teruk dari apa yg diperlakukan kepada ko dan aku percaya ko akan berjaya dalam hidup ko...Rezeki ada dimana-mana...

Both of them resign pun sebab orang yg sama...orang yg banyak melukakan dan menganiayai org lain... termasuk aku pun kena sekali..dan aku pun tak tahu aku akan bertahan sampai bila.. Memang orang macam ini kita akan jumpa dimana sahaja..Tapi sampai bila dan setakat mana yang kita dapat tahan dgn ini semua hanya masa yg dapat tentukan..

Monday, August 3, 2009

KASIH BERALIH ARAH

Dah lama aku tak update blog…bz giler dengan dinner boss aku…dah tu demam panas dan batuk yang macam nak pecah dada…bukan H1N1 ek…

BYk benda yg terjadi ….. kalau lar ada machine yang bleh absorb apa yg ada dalam fikiran ni dan terus menjadi perkataan2 dan terpapar kat blog ni kan ke best…nampak sgt aku pemalas nak menaip…bukan malas tapi terlalu banyak yang nak utarakan

Kali ni aku nak bercakap pasal cinta. Apa akan jadi dalan hidup kita kalau kasih beralih arah? Ada teman yang bertanya kan perkara ini.. ntah mengapa di hati nya tak terukir lagi rasa cinta pada si suami. Bahkan ada juga teman yang tidah terikat dengan apa2 ikatan pun mengalami masaalah yang sama.. Salah siapa agaknya…

Bukan senang nak membenihkan rasa cinta… Bak kata orang tua2 ..cinta yang lahir dari mata turun ke hati… Kerana pandangan mata yang menikam sukma membuahkan rasa sayang pada orang lain…Separuh orang suka melahirkan rasa cinta dengan kata2 mahupun belaian dan bagi aku perkara ini sepatutnya berlarutan sehingga ke usia nan senja…dan kedua2 pihak mesti berusaha untuk kearah ini… Bukan hanya sebelah pihak. Ada jugak pasangan yang mengambil mudah dalam perhubungan …dengan memikirkan…aaarrgghh, dia sudah menjadi milik diri, kenapa perlu berusaha…kenapa perlu ada sikap begini? Kalau benar kasih yang di tautkan dulu bukan paksaan kenapa mesti tidah di suburkan rasa kasih sayang itu. Menyemarakkan kasih sayang bukan hanya dengan melengkap kan pakai minum…

Bukan apa… menambat kasih bukan nya mudah, memerlukan masa..tetapi untuk menghilangkan dan memusnahkan rasa itu hanya sekelip mata… perasaan terkubur sendiri tanpa paksaan sesiapa….terlewat menyedari nya hanya merugikan diri sendiri… kenapa mesti kepercayaan orang menyayangi kita dibiarkan begitu sahaja.. Akan adakah orang yg mennyayangi kita seperti mana pasangan kita menyayangi kita. Jangan pandang mudah benda2 ini…kerana selagi hayat dikandung badan…semai dan jagalar kasih sayang itu sepenuh hati, jangan sampai kasih beralih arah dan kita hanya mampu memandang dengan hati pilu..

Monday, May 11, 2009

KAWAN KU!!

Kawan aku ni, tak pernah beranggang dengan aku selama ini. Dulu dia bekerja dan selepas dia melahirkan anak yang ke 3, si suami meminta dia berhenti kerja memandangkan tempat kerja nya jugak selalu sangat miss nak bayar gaji. Jadilah kawan aku surirumah tangga sepenuh masa. Dan tidak tahu di mana silap nya si suami juga tidak mahu bekerja dengan alasan nak berniaga di pasar malam pada mlm hari sedangkan selama ini biz yang di usahakan itu tidak pernah pun membawa keuntungan yang lumayan. Malahan si suami langsung tidak ada pengalaman dalam biz. (Sebelum berhenti kerja suaminya berkerja di salah sebuah sykt yg agak teguh dgn gaji yg sangat ok)

Hasilnya..menderita kawan aku ini hanya makan nasi goreng ikan bilis setiap hari dan kalau beras dah habis, roti sebagai pengganti. Bila di tanya kepada si suami, carilah kerja baru..supaya dapat menanggung satu family. Si suami akan memberikan jawapan “sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup”

Yang paling aku sedih, si suami mendapat kerja baru di luar dari kawasan KL, dan tak meninggalkan barang satu sen pun kepada kawan aku ni…Dan si suami boleh memberitahu kepada kawan aku supaya meminta duit dari ayah si suami dengan alasan dia tak suka meminta minta kepada orang… dan seringkali kawan ku ini di tempelak oleh suami nya dengan perkataan ‘awak tidak pandai bersyukur”…

Kenapa jadi begini? Apa salah kawan aku sampai si suami ini boleh buat macam ni. Dan si suami…tergamak kau buat macam ni kepada orang yang telah melahirkan anak kau..bukan sorang tapi 3 orang. Dan kalau kau dah malas sangat nak bekerja, kenapa kau tak bagi kawan aku bekerja? Kau lebih rela biarkan dia kelaparan di rumah sedangkan dia sanggup untuk bekerja kerana nak mengisikan isi rumah tu dengan makanan.


Ini kah pengorbanan yang sepatutnya seorang isteri lakukan atau patut kah dia menuntut hak dia sebagai seorang isteri…aku pun tak tahu.. tapi apa yang aku tahu patut kah seorang suami bersikap begini? Kalau dah tak ada rasa sayang di hati kenapa nak simpan dan menyeksa sebegini? Kalau kau benci dgn orang yg telah melahirkan anak2 kau, patutkah kau buat dia macam sampah? ZURIAT KAU!!!!

Buat kawanku…aku tidak pernah bosan mendengar cerita dan rintihan mu…dan semua ini hanya kerana aku memang teramat menyayangi kau dan kau pun tahu perkara ini sejak dulu lagi…Cuma aku tak sanggup nak lihat kau menderita lagi… apakah patut kau diamkan semua ini dan telan segalanya tanpa berbuat apa2? Kau selalu kata kan kepada ku supaya mendoakan yang terbaik buat mu…tapi tahukan kau berdoa tanpa berusaha tidak akan menyelesaikan apa2 pun? Tolong lar buka kan pintu hatimu…menuntut hak mu atau keluar dari belenggu masaalah ini…aku akan sentiasa cuba membantu selagi yang boleh tetapi aku dah tak sanggup nak lihat kau berduka lagi…

Thursday, November 13, 2008

HAJI

Smalam hantar Induk, Pteh dan Mngah aku kat Kelana Jaya...Dorang pergi menunaikan Ibadah Haji... Masa dorang buat kenduri previuos week, aku pergi tapi tak sempat nak download gambar2 kenduri tu...

Hati aku sayu ler plak smalam...Especially bila tgk muka Induk aku, mak saudara aku yang bongsu sebelah arwah ayah aku ni... Tak tau kenapa...tapi arwah ayah aku pernah pesan kat aku dulu, kalau ada apa-apa hal atau kesusahan, cari Induk aku ni...

Bila balik rumah dah terlalu penat, aku tak boleh tidur, dan aku ter 'flash' back zaman silam....adooiii...sayu siut...ntah apa yang aku sayukan aku pun tak tahu...tapi hati aku memang terasa sayu...