Showing posts with label why?. Show all posts
Showing posts with label why?. Show all posts

Monday, August 17, 2009

OH WANITA!!!

Dah lama aku tak update blog ni… bz giler…byk betul aktiviti aku skrg ni…dan bila aku online, sibuk update facebook plak..tu yg tak ada masa…

K, kali aku nak cakap pasal sesuatu yg sering bermain dia minda aku ni… penampilan diri

Smalm mak aku buat kenduri doa selamat sempena menyambut ramadhan… dan dalam masa yg sama kontraktor mak aku datang memeriahkan majlis…Then, aku terdengar bisikan dari golongan makcik2 kat belakang aku.. salah sorang nya berkata

Makcik G “eee aku konpom lar laki dia tu mesti carik lain nnt..
Makcik K “ Tak baik ko…mana tau… laki dia sayang giler dgn bini dia”
Makcik G “huh kalau dah rupanya macam tu. tak ada maknanya…cuba lar bergaya cikit”

Hmm benda ni dah lama aku nak tulis dlm blog ni… Kekadang separuh perempuan suka sgt tak memperdulikan penampilan mereka. Aku tak ler cakap aku ni bagus sgt..tetapi kekadang aku menyampah dgn statement…”Laki aku tak suka aku ber makeup”… “Alar dah beranak 8, buat apa nak bergaya lagi?”…Adoi lar..setakat lipstik dan minyak wangi susah sgt ke sayang oi!!!

Kekadang bergaya tak ada kena mengena dengan paras rupa…gemuk, kurus…macam Queen LAtifah…punya lar ‘bersemangat’ tapi cun dan bergaya setiap masa. Macam atuk aku, kalau dia nak keluar ke Bandar kuantan, padahal pi hospital je…baju nya kemas, kemeja lengan panjang, dengan minyak wangi nya… Padahal atuk aku dah berumur 80 tahun tapi masih lagi bergaya…

Ini yang nak aku katakan, apalar salahnya bergaya sikit…hanya dengan memakai secalit lipstick… jangan lar gunakan alasan ‘natural beauty’… sebab kita suka memandang orang yg bergaya dan kalau org memandang kita dengan sebaliknya, apa agaknya yang orang tu fikir pasal kita. Aku tak kata, salah kalau tak berbedak, Cuma jagalar penampilan diri, tak ada siapa yang untung, (mungkin syarikat kosmetik yg untung)..tapi yang pastinya semua itu untuk kebaikan kita jugak…

Bebaru ni aku ada dengar kisah seorang saudara yang dapat tahu suaminya bermain kayu tiga, dan yang pastinya wanita baru itu tak ler berpakaian yg menjolok mata, Cuma cukup manis dengan solekan dimuka dan pewangi di badan…si isteri mendapat tahu, dan yang paling menyedihkan bila si suami pernah memberitahu kepadanya, “I tak suka u bermake up”…dan bila kejadian ini berlaku aku terfikir…adakah

a) Si suami Cuma berkata begini untuk menjaga hati si isteri
b) Si isteri hanya memberi alasan kerana malas nak bersolek
c) Atau si suami dah muak dengan muka pucat si isteri

Hmm tepuk dada..anda sendiri yang tahu…

Sunday, August 9, 2009

SAYONARA MY DEAR FRIENDS

Last week penuh dgn kesedihan...sedih sbb org yg rapat dgn aku Mel dan kawan aku, Dahlan... last day mereka di company aku skrg ni...

Sayu sgt hati ni..tak tahu macam mana aku nak ungkap kan dgn kata2... dah byk kali aku cuba type segala kata2 yg boleh...tapi setiap kali itu juga...air mata aku berjurai membasahi pipi aku...rasanya parah lagi di dalam hati ini...

Mel...I do not know how to say this...but i feel so lost without you...Everything seems so wrong.. We used to have all the little secret...intercomm each other whenever we feel happy, sad, grumpy... now...goossshhh!!! i'm gonna miss u soo much... I know i can meet you somewhere else beside in the office..but it is not gonna be the same... the feelings that you are not there...hurt me!!!

Dahlan...Thank you cause jadik such a good friend to me... Ko punya cara ko tersendiri.. dalam cara yg agak unik...dan aku percaya, orang yg banyak menganiayai ko...akan sedar malah akan mendapat pembalasan lagi teruk dari apa yg diperlakukan kepada ko dan aku percaya ko akan berjaya dalam hidup ko...Rezeki ada dimana-mana...

Both of them resign pun sebab orang yg sama...orang yg banyak melukakan dan menganiayai org lain... termasuk aku pun kena sekali..dan aku pun tak tahu aku akan bertahan sampai bila.. Memang orang macam ini kita akan jumpa dimana sahaja..Tapi sampai bila dan setakat mana yang kita dapat tahan dgn ini semua hanya masa yg dapat tentukan..

Monday, August 3, 2009

KASIH BERALIH ARAH

Dah lama aku tak update blog…bz giler dengan dinner boss aku…dah tu demam panas dan batuk yang macam nak pecah dada…bukan H1N1 ek…

BYk benda yg terjadi ….. kalau lar ada machine yang bleh absorb apa yg ada dalam fikiran ni dan terus menjadi perkataan2 dan terpapar kat blog ni kan ke best…nampak sgt aku pemalas nak menaip…bukan malas tapi terlalu banyak yang nak utarakan

Kali ni aku nak bercakap pasal cinta. Apa akan jadi dalan hidup kita kalau kasih beralih arah? Ada teman yang bertanya kan perkara ini.. ntah mengapa di hati nya tak terukir lagi rasa cinta pada si suami. Bahkan ada juga teman yang tidah terikat dengan apa2 ikatan pun mengalami masaalah yang sama.. Salah siapa agaknya…

Bukan senang nak membenihkan rasa cinta… Bak kata orang tua2 ..cinta yang lahir dari mata turun ke hati… Kerana pandangan mata yang menikam sukma membuahkan rasa sayang pada orang lain…Separuh orang suka melahirkan rasa cinta dengan kata2 mahupun belaian dan bagi aku perkara ini sepatutnya berlarutan sehingga ke usia nan senja…dan kedua2 pihak mesti berusaha untuk kearah ini… Bukan hanya sebelah pihak. Ada jugak pasangan yang mengambil mudah dalam perhubungan …dengan memikirkan…aaarrgghh, dia sudah menjadi milik diri, kenapa perlu berusaha…kenapa perlu ada sikap begini? Kalau benar kasih yang di tautkan dulu bukan paksaan kenapa mesti tidah di suburkan rasa kasih sayang itu. Menyemarakkan kasih sayang bukan hanya dengan melengkap kan pakai minum…

Bukan apa… menambat kasih bukan nya mudah, memerlukan masa..tetapi untuk menghilangkan dan memusnahkan rasa itu hanya sekelip mata… perasaan terkubur sendiri tanpa paksaan sesiapa….terlewat menyedari nya hanya merugikan diri sendiri… kenapa mesti kepercayaan orang menyayangi kita dibiarkan begitu sahaja.. Akan adakah orang yg mennyayangi kita seperti mana pasangan kita menyayangi kita. Jangan pandang mudah benda2 ini…kerana selagi hayat dikandung badan…semai dan jagalar kasih sayang itu sepenuh hati, jangan sampai kasih beralih arah dan kita hanya mampu memandang dengan hati pilu..

Wednesday, June 10, 2009

BUDI BAHASA




Kat depan umah aku..ada pokok sirih yang ditinggalkan oleh tuan rumah. Dan mereka amanahkan jaga lar pokok sirih tu macam pokok sirih tu kami yang tanam... Aku memang suka pokok ni sebabnya subur sgt2...mcam berbaja...

Apa yang aku nak cakap ialah budi bahasa. Kalau ada orang yang datang mintak daun sirih ni dan aku memang nya tak kisah nak bagi kat dorang , kekadang ada yang bagi duit tapi aku memang tak akan amik duit tu, sebab aku ikhlas nak bagi kat dorang. Tapi semalam...lepas aku balik dari pi beli kebab, aku nampak ada sebijik kete MPV park kat depan umah aku..dan ada sorang makcik ni tengah petik daun2 sirih tu...yang memusyilkan aku tu...kenapa makcik ni bila nampak je aku dengan sepanas kilat masuk ke dalam kete dia yg besar gedabak tu...kenapa? Aku tak kisah dia amik pun tapi bila dia buat macam tu macam pencuri pulak.

My other half cakap, lantak lar dia..bukan luak pun daun sirih tu...mmg tak luak tapi yg aku persoalkan sekarang ialah kenapa makcik tu lari macam tu... kalau dia tak nak bayar pun atau rasa bersalah sebab amik daun tu dengan banyak nya pun, at least bertegur sapa lar dengan aku... budi bahasa, susah sgt ke?

Thursday, March 26, 2009

TANGISAN AKU HARI INI

Di saat ni, aku rasa sedih sangat..Aku tak paham kenapa bila aku berdiam diri, orang mengambil kesempatan terhadap aku.

Selama ni kalau manusia2 kat sini suruh buat sesuatu yang sememangnya tak ada kena mengena dengan aku...aku diamkan dan aku buat jer...

Kenapa lar ko tak nak suruh secretary ko buat dan kenapa ko dengki sangat kepada aku ni...ko suka sangat buat secretary ko jadik pokok bunga kat situ...aku rasa macam dbkl ler pulak...tak berenti renti suruh aku buat itu ini... dan kalu aku buat dengan excellent nya pun...tak pernah pun ko pandang...tapi secretary ko yang hanya duduk dan berbaju seksi tu jugak yang ko sanjung....walau pun dari 8 jam kat opis ni, sejam je dia kerja...

Dah ler tu...tak berenti renti ko promosikan secretary ko pada bos aku...seolah olah aku ni tak layak jadi secretary...walaupun secretary ko selalu melawan ko...dan tak amik tahu langsung pasal ko...bagus sgt ke dia?

Aku sedih sangat sekarang ni...aku rasa macam tak adil sangat...diam aku org buat aku macam orang bodoh...kenapa aku diam? hanya lar kerana aku nak jaga nama baik bos aku sebab aku terlalu hormat pada bos aku...dan sebab aku kesian tgk bos aku yang ko perbodoh-bodoh kan tu...aku tak nak menambah beban bos aku....

Sabar aku pun ada batasan nya....jangan lar terlalu melampau kau buatkan aku begini...nanti smua nya aku tinggalkan macam tu sahaja...

Thursday, March 5, 2009

I HATE THIS!!!

Kadang kala aku tak faham apa yang tersirat dalam hati manusia kat sekeliling aku ni...

a. ada tu, aku buat baik, akibatnya teramat-amat suka mengambil kesempatan. Bila aku cuba suarakan, mereka akan cakap aku berkira. Tapi kalau dah tak berhenti henti aku pulak yang buat kerja ko...apa hal

b. ada tu, aku buat baik macam mana pun dan macam mana aku cuba mengambil hati mereka sebaik mungkin pun, ada jua titik hitam di hati mereka. apa lagi yang kau nak aku buat? dah terlalu letih aku melayani orang macam ni...semua cara aku cuba untuk mengambil hati tetapi... tetap melayan aku macam alas kaki

c. ada tu, aku langsung tak bercakap dan mengambil tahu pasal mereka.. tapi masih nak mengata and always give me 'that' look.... apa yang ko sibuk sgt ni... barang satu perkara pasal ko pun aku tak amik tahu...yang kau tak habis2 nak sakit kan hati aku ni kenapa? tolong lar berambus dari hidup aku

d. ada tu, aku tolong macam mana banyak pun, tapi bila aku hanya terbuat silap yang sebesar kuman, terus terhapus segala kebaikan yang aku buat tu...kenapa? susah ek, nak hargai orang?

e. ada tu, macam lar, ko ler punca segala kebaikan kat tempat kerja ko tu... ala2 macam apa sahaja yang ko touch menjadi gold...please...and please...jgn perasan sgt.. berpada2 gak ler nak perasan...jgn terover dose!!!

moral nya...aku pun bukan baik sgt....tapi jgn ler terlalu mandabik dada sampai tahap melukakan hati orang lain...tapi aku tahu...orang2 yg terbabit tak kisah pun smua benda ni...malahan semakin terlebar senyum di bibir kerana gembira melihat kelukaan orang lain..

Thursday, December 11, 2008

WHY LAr!!!!!

Kenapa lar Selangor cuti but not me....Kenapalar dapat kerja kat KL bukan Selangor... kenapa lar tak ter fikir nak carik kerja kat Selangor?

Why..Why...tell me why??????????????????