Showing posts with label sad. Show all posts
Showing posts with label sad. Show all posts

Friday, April 22, 2011

?????

Throughout my life, I have always been afraid of losing the people I love, but then, sometimes I wonder, is there anyone out there afraid of losing me?

Sunday, August 9, 2009

SAYONARA MY DEAR FRIENDS

Last week penuh dgn kesedihan...sedih sbb org yg rapat dgn aku Mel dan kawan aku, Dahlan... last day mereka di company aku skrg ni...

Sayu sgt hati ni..tak tahu macam mana aku nak ungkap kan dgn kata2... dah byk kali aku cuba type segala kata2 yg boleh...tapi setiap kali itu juga...air mata aku berjurai membasahi pipi aku...rasanya parah lagi di dalam hati ini...

Mel...I do not know how to say this...but i feel so lost without you...Everything seems so wrong.. We used to have all the little secret...intercomm each other whenever we feel happy, sad, grumpy... now...goossshhh!!! i'm gonna miss u soo much... I know i can meet you somewhere else beside in the office..but it is not gonna be the same... the feelings that you are not there...hurt me!!!

Dahlan...Thank you cause jadik such a good friend to me... Ko punya cara ko tersendiri.. dalam cara yg agak unik...dan aku percaya, orang yg banyak menganiayai ko...akan sedar malah akan mendapat pembalasan lagi teruk dari apa yg diperlakukan kepada ko dan aku percaya ko akan berjaya dalam hidup ko...Rezeki ada dimana-mana...

Both of them resign pun sebab orang yg sama...orang yg banyak melukakan dan menganiayai org lain... termasuk aku pun kena sekali..dan aku pun tak tahu aku akan bertahan sampai bila.. Memang orang macam ini kita akan jumpa dimana sahaja..Tapi sampai bila dan setakat mana yang kita dapat tahan dgn ini semua hanya masa yg dapat tentukan..

Thursday, July 16, 2009

LADY GAGA PART 2













Bagi certain people this is art (lagi pun dia mesti lar nak 'outstanding' kan dirinya dari org lain....tapi bagi aku yg kering seni ni...this is crap!!!!

'DEMENTOR' IN MY OFFICE!!!!





Dah lama betul tak update blog...tak ada mood skrg ni...datang opis je, tgk muka 'berkarat' hilang segala perasaan ceria aku...kadang2 aku rasa dia ni macam 'dementor' dalam harry potter (btw... tak ada org nak pi ikut aku tgk movie ni hari ni...sibuk sgt memasing!!! huk huk huk!!!)

Wahai 'dementor' opis ku...jgn lar ko dekat kepada ku...pi jauh2.... aku rasa macam nak letak je gamba muka 'dementor' opis aku tu kat sini...he he he...tapi as what kawan aku cakap...aku selalu sgt tak sampai hati...huk huk huk
Saja je letak gamba 'dementor' harry potter ni sbb tak smua org suka tgk cite2 macam harry potter ni (yes it is u, wati pysco!!!)
Dan aku akan reply tag yg dihantarkan kepada aku...i promise!!!

Wednesday, May 13, 2009

TODAY


Start dari last Sat aku kena cirit-birit...melarat sampai ke hari Ahad...then pagi Isnin tu aku pi gak kerja tapi lemah longlai ...pi jumpa doktor, semalam, selasa...aku MC... Ting tong otak aku dibuatnya sebab banyak sangat makan ubat.

Pagi tadi, seriusly aku tak ada mood nak kerja...sebab masih lagi keletihan dan juga sebab aku 'letih' dengan orang2 yg suka sakitkan hati aku kat opis tu..

Bila aku buka blog aku pagi tadi "hang"....adoi lar....jgn le macam ni...then aku tgk kat tepi blog aku tu byk benda yang tak klua...list follower langsung lerrrr tak ada...rasa macam nak nagis je...mana tak nya, emosi aku pun memang dah tak stabil

Bila aku bukak bilik boss aku, aku rasa lagi macam nak nangis, aku tgk buku2 yg setinggi KLCC dah cun berkemas...masa tu aku rasa macam tak guna nya diri aku ni...selama ni aku tak kemas buku tu sebab buku tu teramat lar berat...aku mmg kena mintak rescue 911 daripada driver bos aku...tapi driver bos aku ni...ya rabbi pemalasnya...tuhan je yang tahu...maaf boss! malu nya saya dengan diri saya sendiri...

TENSION!!!TENSION!!!!ARRRRGGGHHHH

Then boss aku suruh aku cari satu file yg tentu2 aku tau dia je yg pegang file tu...tapi aku cari jugak...sampai ting tong otak aku sbb pening....tak jumpa pun...aku explain kat dia, file tu mungkin dgn dia...dia tanya aku balik...kat mana dia letak.....aku hanya mampu tersenyum...

Tetiba datang lar pulak seorang Dato' ni kat opis...dan pompuan yg selalu sakitkan hati aku ni telah mengeluarkan statement yg aku sendiri tak tahu nak tafsir macam mana...

Her statement... " Dato' ni kan...dia lar yg selalu hantar bunga kat ex-secretary en *** dulu... dia suka tau perempuan-perempuan cantik..."..sambil tersenyum kambing menampakkan giginya yang kuning dan mengulang ayat tu berulang kali...

HELLO!!!!! apa yang kau maksudkan ni ha? setahu aku secretary bos aku yang lelama termasuk aku ada 3 orang ... dah tu....kau nak bagi tau apa...antara bertiga ni sorang je yang tak kawin lagi... Kau nak bagitau aku yang aku ni hodoh sangat ke? Dan kau tu ler jelitawan INdia kat Malaysia ni...please ler...dah ler hidup kau pun terkontang kanting jgn lar nak judge hidup orang lain... perempuan ni lar yang banyak sakitkan hati aku...rasa nya kalau ada entry yang tak puas hati kat blog ni... kebanyakannya dari dia... dah ler semua benda nak copyright aku... a to z... tapi perasan macam dia ler yang invented smua...

Buat saat dan ketika ini aku rasa macam dah tak larat nak harung smua ni...dah berjurai pun air mata aku sekarang ni... mungkin sebab ketidak sihatan aku ni buat aku emo gilerrrrr sekarang..

Macam mana lar aku nak hilangkan rasa emo aku ni...... rasanya balik ni aku kena makan ABC jugak ler macam nurul....

Monday, May 11, 2009

KAWAN KU!!

Kawan aku ni, tak pernah beranggang dengan aku selama ini. Dulu dia bekerja dan selepas dia melahirkan anak yang ke 3, si suami meminta dia berhenti kerja memandangkan tempat kerja nya jugak selalu sangat miss nak bayar gaji. Jadilah kawan aku surirumah tangga sepenuh masa. Dan tidak tahu di mana silap nya si suami juga tidak mahu bekerja dengan alasan nak berniaga di pasar malam pada mlm hari sedangkan selama ini biz yang di usahakan itu tidak pernah pun membawa keuntungan yang lumayan. Malahan si suami langsung tidak ada pengalaman dalam biz. (Sebelum berhenti kerja suaminya berkerja di salah sebuah sykt yg agak teguh dgn gaji yg sangat ok)

Hasilnya..menderita kawan aku ini hanya makan nasi goreng ikan bilis setiap hari dan kalau beras dah habis, roti sebagai pengganti. Bila di tanya kepada si suami, carilah kerja baru..supaya dapat menanggung satu family. Si suami akan memberikan jawapan “sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup”

Yang paling aku sedih, si suami mendapat kerja baru di luar dari kawasan KL, dan tak meninggalkan barang satu sen pun kepada kawan aku ni…Dan si suami boleh memberitahu kepada kawan aku supaya meminta duit dari ayah si suami dengan alasan dia tak suka meminta minta kepada orang… dan seringkali kawan ku ini di tempelak oleh suami nya dengan perkataan ‘awak tidak pandai bersyukur”…

Kenapa jadi begini? Apa salah kawan aku sampai si suami ini boleh buat macam ni. Dan si suami…tergamak kau buat macam ni kepada orang yang telah melahirkan anak kau..bukan sorang tapi 3 orang. Dan kalau kau dah malas sangat nak bekerja, kenapa kau tak bagi kawan aku bekerja? Kau lebih rela biarkan dia kelaparan di rumah sedangkan dia sanggup untuk bekerja kerana nak mengisikan isi rumah tu dengan makanan.


Ini kah pengorbanan yang sepatutnya seorang isteri lakukan atau patut kah dia menuntut hak dia sebagai seorang isteri…aku pun tak tahu.. tapi apa yang aku tahu patut kah seorang suami bersikap begini? Kalau dah tak ada rasa sayang di hati kenapa nak simpan dan menyeksa sebegini? Kalau kau benci dgn orang yg telah melahirkan anak2 kau, patutkah kau buat dia macam sampah? ZURIAT KAU!!!!

Buat kawanku…aku tidak pernah bosan mendengar cerita dan rintihan mu…dan semua ini hanya kerana aku memang teramat menyayangi kau dan kau pun tahu perkara ini sejak dulu lagi…Cuma aku tak sanggup nak lihat kau menderita lagi… apakah patut kau diamkan semua ini dan telan segalanya tanpa berbuat apa2? Kau selalu kata kan kepada ku supaya mendoakan yang terbaik buat mu…tapi tahukan kau berdoa tanpa berusaha tidak akan menyelesaikan apa2 pun? Tolong lar buka kan pintu hatimu…menuntut hak mu atau keluar dari belenggu masaalah ini…aku akan sentiasa cuba membantu selagi yang boleh tetapi aku dah tak sanggup nak lihat kau berduka lagi…

Wednesday, April 22, 2009

BOSAN!!!

Lamanya aku tak melepak kat sini...skrg bz giler...sgt2 bz..

Aku sememangnya tengah stress giler sgt sekarang ni...dan aku tahu ada yang akan anggap aku ni "macam2"...tak pun ada yang akan mengatakan...isk isk tak habis2 dengan prob dan stress..


Aku nak buat macam mana dah itu apa yang aku rasa...aku bukan nya jenis orang yang akan tutup mata atau buat tak tahu dengan sesuatu perkara..espcl benda2 yang melibatkan atau sedikit sebanyak tertempias di tempat kerja aku...


Well...ni aku nak cite pasal benda lain.


Untuk org yang berbadan besar macam aku..ada certain2 words yang agak sensitip untuk aku... Bila seseorang keep cakap dia diet, memuji badan nya sendiri yang dah semakin kurus, asyik menanyakan kita tak pernah terfikir kan untuk berdiet atau tidak.... sampai satu point aku rasa macam nak 'meletup' sgt2... kerana aku tahu apa maksud sebenar orang yang bercakap macam tu (knowing her!!!) dan all those words is coming from the same person...


Sampai satu tahap bila kita makan pun sibuk bertanya..."eee banyaknya kolestrol" ...what the f*&%!!! Aku tak pernah mintak satu sen pun duit dari kau bila aku makan. Kenapa susah hati sangat...


Dan yang paling aku tak tahan kebanyakkan baju aku pun nak komen...nampak besar lar...boring lar.. suruh pergi beli baju yang sudah semestinya tak ada size aku atau pun aku tak mampu dengan harga baju yang dicadangkan tu..


Bila aku start mendiamkan diri sebab geram dengan mulut kau yang celupar tu...ko akan buat2 bodoh kat situ tanya kenapa aku tak ceria...macam mana lar aku nak ceria dengan mulut kau tu menghantui aku sepanjang hari?..

Buat lar hal kau sendiri...jangan sibuk nak mengomen orang...kalau orang komen kau...kau bleh melenting2 macam halilintar kat situ... dan kalau orang bagi pendapat kau tak nak dengar...atau kau akan buat pendapat yang aku bagi tu macam kau lar yg mereka cipta pendapat tu...

Aku dah bosan...bawak lar haluan kau sendiri...dan kluar lah dari hidup aku..


Thursday, March 5, 2009

I HATE THIS!!!

Kadang kala aku tak faham apa yang tersirat dalam hati manusia kat sekeliling aku ni...

a. ada tu, aku buat baik, akibatnya teramat-amat suka mengambil kesempatan. Bila aku cuba suarakan, mereka akan cakap aku berkira. Tapi kalau dah tak berhenti henti aku pulak yang buat kerja ko...apa hal

b. ada tu, aku buat baik macam mana pun dan macam mana aku cuba mengambil hati mereka sebaik mungkin pun, ada jua titik hitam di hati mereka. apa lagi yang kau nak aku buat? dah terlalu letih aku melayani orang macam ni...semua cara aku cuba untuk mengambil hati tetapi... tetap melayan aku macam alas kaki

c. ada tu, aku langsung tak bercakap dan mengambil tahu pasal mereka.. tapi masih nak mengata and always give me 'that' look.... apa yang ko sibuk sgt ni... barang satu perkara pasal ko pun aku tak amik tahu...yang kau tak habis2 nak sakit kan hati aku ni kenapa? tolong lar berambus dari hidup aku

d. ada tu, aku tolong macam mana banyak pun, tapi bila aku hanya terbuat silap yang sebesar kuman, terus terhapus segala kebaikan yang aku buat tu...kenapa? susah ek, nak hargai orang?

e. ada tu, macam lar, ko ler punca segala kebaikan kat tempat kerja ko tu... ala2 macam apa sahaja yang ko touch menjadi gold...please...and please...jgn perasan sgt.. berpada2 gak ler nak perasan...jgn terover dose!!!

moral nya...aku pun bukan baik sgt....tapi jgn ler terlalu mandabik dada sampai tahap melukakan hati orang lain...tapi aku tahu...orang2 yg terbabit tak kisah pun smua benda ni...malahan semakin terlebar senyum di bibir kerana gembira melihat kelukaan orang lain..

Friday, February 13, 2009

MELEPAK

Hmmmm...rasanya sekarang ni emosi aku dah sangat2 ok compare to last week since aku "ditikam belakang" by "someone" that suppose to be "nice" to me...


Yesterday aku pi melepak dgn ex-school mates aku kat Pelita, KLCC. Tujuan utama tempat ni dipilih sbbnya...senang ler kalau nak melepak lama, order air 8 gelas air pun tak terasa nak bayar, kalau pi minum kat klcc mau kembang kuncup lubang hidung nak membayar...he he he....especially aku ler...dah terlalu "kering kontang" ringgit kasorga ku this mnth dek kerana banyak sangat travelling....

Walau pun tak sampai 10 jari yang datang...tapi aku rasa best sangat sebab at that moment aku rasa macam hilang smua stress dalam hati yang aku simpan dah berminggu-minggu ni..

Sekarang ni aku berdoa sangat supaya mendung di hati aku ni akan berarak pergi dan sang pelangi yang akan berganti....Amin

Friday, December 12, 2008

SOALAN CEPU EMAS

Aku ada list orang-orang yang biasanya akan buat aku geram, marah, meluat...


1. Orang yang tak henti-henti bercakap pasal diri sendiri..memuji-muji diri sendiri. Sampai satu tahap kita nak bercerita pasal kita pun tak berpeluang dek kerana terlalu banyak cerita pasal dia. Kekadang aku rasa seolah-olah dia lar yang menjadi pujaan ramai, dia la yang paling bagus, dan segalanya adalah tentang dia...Adoi..

2. Orang yang selalu salah menggunakan ayat di tempat yang salah atau masa yang salah. Dan kadang kala kata-kata itu sungguh menyakitkan hati.. Hey babe...support ler gua ckit..Walau pun lu tak setuju dengan gua, gunakan lar perkataan yang lebih lembut..Ini tidak...ko guna semula perkataan tu untuk bom aku...isk isk isk

3. Orang yang kalau kita kita bercakap macam bercakap dengan tunggul...Buat muka kayu kat situ...Ni, lagi satu, kalau tak suka dengar, tak payah ler keluar dengan aku...at least senyum ler..ini tak, buat muka tembok kat situ...

4. Orang yang rasa tidak dapat bezakan mana gurau, mana yang tidak... Bila kita bergurau, tetiba buat muka serius tahap cipan, dan kalau dia bergurau sampai tahap lukakan hati orang, tak sedar diri...

5. Orang yang suka tanya soalan yang sama setiap kali berjumpa..dan soalan tu kekadang tahap aku nak hadiah kan selipar jepun jer..macam...bila nak beranak? bila nak tukar kereta? bila nak beli rumah banglo? bila nak kurus? bila itu...bila ini...adoi lar...tolong ler...ko tak nampak ke riak wajak aku ni setiap kali ko tanya soalan tu dan ko sedar tak betapa malas nya aku nak kluarkan suara untuk jawab soalan ko tu. Dan ada kalanya soalan yang dikluarkan tu berbaur tidak puas hati yang melampau...lu apa hal beb? pening lar gua..


Aku rasa mungkin aku yang too sensitive...whatever lar...cuma... kita nak menjaga hati orang susah sangat..tapi kenapa begitu mudah orang melukakan hati kita?

Friday, November 14, 2008