Tuesday, November 10, 2009

PUAN MAWADDAH

Masa aku form 4 dan form 5...cikgu class aku adalah cikgu yang sama...Puan Mawaddah...
Aku suka sgt dia..mungkin kerana cara dia melayan kami dan mungkin sbb aku ni tak pernah kena marah walau sesetan mana pun aku...he he

Dan sebelum perpisahan kami dulu (form 5)...dia pun dah berpindah ke sekolah lain...aku seriusly rasa sedih sgt.... sbb zaman tu mana ada email or hphone....rindu giler kat dia...

Last year, aku dapat tahu dari ex-scool teacher kat sekolah aku tu jugak...yang Puan Mawaddah dah mengajar kat sekolah di Ipoh....aku tell sekolah tu dan leave msg to call me back...but...hampa....


Last week aku cuba lagi..dan aku call byk kali untuk tinggalkan pesanan... at last...yesterday, she call me...Ya Allah...rasa macam nak nangis...sbb dah bertahun aku carik.....

Maybe sbb kami byk kongsi rahsia bersama..dan aku mmg anggap dia macam kakak/mama kepada aku... dan dia pernah bagi lagu kat bawah ni kat aku..dan setiap kali aku dengar lagu ni...pasti aku akan teringat kan dia.. dan tak sabarnya nak jumpa dia nanti...
Mama...i miss u soo much...


Saat Ku Idamkan (Saat Ku Idamkan)

Temu kau di malam itu
Bagai menyahut hasrat nurani ku
Hanya dengan sebuah senyuman
Bisa terpatri satu harapan
Mengidamkan saat itu
Yang pasti hanya Tuhan yang tahu
Terpancur kalimah kalimah sakti
Berakhir dengan janji janji

Dikau menjadi kekasih
Namun aku merasa tersisih
Kau membina dinding ilusi
Ku terperangkap merintih sepi
Mungkin kita mesti terbuka
Dalam mengharungi dunia cinta
Mungkin kita harus bersedia
Menghadapi apa saja

Jangan jangan kau padamkan api asmara ini
Bayang silam kau pergilah
Pergilah dari sisi ku

Tiada lain yg ku tunggu
Untuk menduduki istana hatiku
Kaulah teman kaulah kekasih
Jangan membuatku tersisih

Bayang silam kau pergilah
Pergilah dari sisi

Monday, November 9, 2009

KEAJAIBAN BERSELAWAT

Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. S
Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)

1. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

2. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

3. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

4. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

5. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

6. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

7. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

8. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

9. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

10. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

11. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

12. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

13. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

14. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

15. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

16. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

17. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

18. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

19. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

20. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

21. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

22. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

23. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

24. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

25. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

26. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

27. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

28. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.

29. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabrani

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.
Wallahu a'lam.

KEUTAMAAN BERDOA

1. Doa merupakan ibadah yang dituntut oleh Allah.

Allah berfirman:

Maksudnya : "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahannam dalam keadaan yang hina" (al-Mukmin: 60).

Dari an-Nu'man bin Basyir berkata, bahawa Rasulullah Shallallah ‘alai wa Sallam bersabda : " Doa adalah Ibadah". (HR at-Tirmidzi : no.2969)

2. Merupakan perbuatan yang paling mulia dan dicintai oleh Allah.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallah ‘alai wa Sallam bersabda: " Tidak ada sesaatu yang lebih mulia di sisi Allah dari doa". (HR al-Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad : no.712)

3. Doa menghalang kemurkaaan Allah.

Sabda Rasulullah Shallallah ‘alai wa Sallam : "Barangsiapa yang tidak meminta kepada Allah, Allah akan marah padanya". (HR at-Tirmidzi : no.3373)

4. Doa menunjukkkan kecerdasan dan kekuatan batin seseorang.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallah ‘alai wa Sallam bersabda: "Selemah-lemahnya manusia adalah orang lemah (jarang) berdoa dan sebakhil-bakhilnya manusia adalah orang yang bakhil dalam mengucapkan salam. (HR Ibnu Hibban : no.1939)

5. Doa mampu mencegah bencana yang belum berlaku dan menghilangkannya bila telah berlaku.

Rasulullah Shallallah ‘alai wa Sallam bersabda : "Tidak ada yang mampu menolak al-Qadar (takdir) itu kecuali doa." (HR at-Tirmidzi : no.139)

6. Doa merupakan sifat orang yang bertaqwa

Allah berfirman :

Maksudnya : "Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar) mereka berdoa: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara Kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah engkau menjadikan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman, Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang". (al-Hasyr: 10).

Dan juga merupakan sifat para Nabi terdahulu, di mana sekiranya mereka ditimpa malapetaka atau bencana, mereka segera berdoa kepada Allah, sebagaimana yang dilakarkan oleh Allah dalam firmanNya:

Maksudnya : "Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami menganugerahkan Yahya kepadanya. Dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas, dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami." (al-Anbiya: 90).