Hidup kita ni di kelilingi dengan kawan2. Dan setiap kawan2 ni, memang ler perangai memasing berbeza.
Banyak perkara dalam hidup seharian kita memerlukan kawan2.Aku tahu ada juga yang tidak memerlukan kawan2 dalam hidup. Bagi mereka itu tidak penting... yang penting hanya family. Bagi aku pulak kedua-duanya penting, dan adakalanya sepupu, auntie atau sesapa dalam family kita pun boleh jadik kawan2 atau best friend kita..
Dan aku rasa seperti aku, mesti ada dikalangan kawan2 ni akan kita letakkan mereka di kategori yang berbeza.
Maksud aku, ..tidak semua kawan yang aku boleh bercerita hal2 personal, dan walau pun rapat, masih ada tahap atau line yang aku pisahkan. Mungkin sebab sifat manusia yang sering berubah atau tiada ke ikhlasan hati dalam bergaul menyebabkan aku berhati-hati. Tetapi aku masih jugak kecundang dalam menilai erti persahabatan.
Ada jugak diantara kawan2 yang hanya datang bila ada masaalah, bila dah riang ria..huh pandang sebelah mata pun tidak. Ada jugak yang bila kita terlalu baik, akan naik kepala dan mengambil kesempatan terhadap kita dengan alasan .."ah! itu pun nak berkira".
Ada jugak, bagi aku...yang sebenarnya tidak ikhlas tetapi berpura-pura, berbaik hanya kerana ingin tahu macam mana hidup kita dan apa kah lagi keistimewaan kita. Dan ada jugak kawan yang akhirnya bertukar menjadi musuh hanya kerana sifat hasad dengki terhadap satu pihak yang lain. Dan perasaan hasad dengki tu tidak akan wujud kalau kita lihat everything in positive side...kalau kawan kita tu lebih dalam beberapa hal, apalah salahnya kita berkongsi gembira, tak pun berusaha dengan lebih extra lagi untuk ketahap yang sama. Jangan lah pulak dek kerana dengki tahap dewa kita tikam kawan kita dari belakang...what goes around comes around beb!!!
Bagi aku senang, kalau kita ikhlas, tidak akan ada hasad dengki sesama kawan. Kawan kerja, kawan shopping, kawan tel, kawan cyber...walau pun kita akan kata kepada diri kita, hanya "kawan" tetapi ada kalanya tanpa kita sedar kita menjadi rapat dengan mereka ni.
Aku memang sayang dengan kawan2 sekeliilng aku. Tetapi aku tak paham kenapa ada diantara mereka yang nak menyakitkan hati aku. Kalau aku ada buat silap maafkan aku. Sebab hidup kita kat dunia ni tidak lama dan kenapa nak tambah musuh. Seharusnya kita semakin rapat supaya kita dapat melalui liku2 hidup ini dengan penuh bermakna.
Dan buat kawan2 yang selalu "tikam belakang"...terima kasih sangat2 sebabnya, aku tidak rugi apa pun kehilangan kau sebagai kawan tetapi kau yang rugi kerana kau tidak akan dapat berjumpa dengan orang yang se'best' aku sebagai kawan!!!
Untuk kawan2 aku yang sentiasa susah senang bersama dan kawan2 yang bakal menjadi best friend aku...semoga kita akan bersama, tabah dan sabar...mengerti mengatur perjalanan usia...luv u all!!!
1 comment:
Dear, mmg betul kt dunia ni ade mcm2 kwn..so kene berhati2 pilih kwn..hmm..psl chocs tu kan..xpe mkn byk2..pastu memerut la..hehehe
Post a Comment