Wednesday, January 21, 2009

SLAMAT BERCUTI

hi guys...

eee rindu nya nak mem blogging ....huk huk... annyway pagi tadi rasa "DOWN" sangat tapi sekarang ni dah ok...well...esok dah tak boleh nak bertenggek kat sini sebab opis aku kan nak pindah... and petang ni dorang dah start pack smua including PCs smua org kat opis ni...

so...buat seketika akan sunyi lar halaman ni until next week after chinese new year..
slamat bercuti untuk semua...take care...

mmmuuuuaaahhhh!!!!!!!!!!!!

Friday, January 16, 2009

KAWAN

Hidup kita ni di kelilingi dengan kawan2. Dan setiap kawan2 ni, memang ler perangai memasing berbeza.

Banyak perkara dalam hidup seharian kita memerlukan kawan2.Aku tahu ada juga yang tidak memerlukan kawan2 dalam hidup. Bagi mereka itu tidak penting... yang penting hanya family. Bagi aku pulak kedua-duanya penting, dan adakalanya sepupu, auntie atau sesapa dalam family kita pun boleh jadik kawan2 atau best friend kita..

Dan aku rasa seperti aku, mesti ada dikalangan kawan2 ni akan kita letakkan mereka di kategori yang berbeza.

Maksud aku, ..tidak semua kawan yang aku boleh bercerita hal2 personal, dan walau pun rapat, masih ada tahap atau line yang aku pisahkan. Mungkin sebab sifat manusia yang sering berubah atau tiada ke ikhlasan hati dalam bergaul menyebabkan aku berhati-hati. Tetapi aku masih jugak kecundang dalam menilai erti persahabatan.

Ada jugak diantara kawan2 yang hanya datang bila ada masaalah, bila dah riang ria..huh pandang sebelah mata pun tidak. Ada jugak yang bila kita terlalu baik, akan naik kepala dan mengambil kesempatan terhadap kita dengan alasan .."ah! itu pun nak berkira".

Ada jugak, bagi aku...yang sebenarnya tidak ikhlas tetapi berpura-pura, berbaik hanya kerana ingin tahu macam mana hidup kita dan apa kah lagi keistimewaan kita. Dan ada jugak kawan yang akhirnya bertukar menjadi musuh hanya kerana sifat hasad dengki terhadap satu pihak yang lain. Dan perasaan hasad dengki tu tidak akan wujud kalau kita lihat everything in positive side...kalau kawan kita tu lebih dalam beberapa hal, apalah salahnya kita berkongsi gembira, tak pun berusaha dengan lebih extra lagi untuk ketahap yang sama. Jangan lah pulak dek kerana dengki tahap dewa kita tikam kawan kita dari belakang...what goes around comes around beb!!!

Bagi aku senang, kalau kita ikhlas, tidak akan ada hasad dengki sesama kawan. Kawan kerja, kawan shopping, kawan tel, kawan cyber...walau pun kita akan kata kepada diri kita, hanya "kawan" tetapi ada kalanya tanpa kita sedar kita menjadi rapat dengan mereka ni.

Aku memang sayang dengan kawan2 sekeliilng aku. Tetapi aku tak paham kenapa ada diantara mereka yang nak menyakitkan hati aku. Kalau aku ada buat silap maafkan aku. Sebab hidup kita kat dunia ni tidak lama dan kenapa nak tambah musuh. Seharusnya kita semakin rapat supaya kita dapat melalui liku2 hidup ini dengan penuh bermakna.

Dan buat kawan2 yang selalu "tikam belakang"...terima kasih sangat2 sebabnya, aku tidak rugi apa pun kehilangan kau sebagai kawan tetapi kau yang rugi kerana kau tidak akan dapat berjumpa dengan orang yang se'best' aku sebagai kawan!!!

Untuk kawan2 aku yang sentiasa susah senang bersama dan kawan2 yang bakal menjadi best friend aku...semoga kita akan bersama, tabah dan sabar...mengerti mengatur perjalanan usia...luv u all!!!

Wednesday, January 14, 2009

KURANG AJAR

Nenek aku selalu pesan, "Kalau gulai kurang asam boleh ditambah asamnya, kurang manis tambah gula dan kurang masin tambah garam. Tapi kalau kurang ajar memang tak ada ubat nya"

Hmmm kata-kata ni lar yang sering bermain di fikiran aku setiap kali ada manusia yang kurang ajar terhadap aku. Dan bagi aku pulak kalau dah kurang ajar, bagi je makan penampar...dan kepada manusia-manusia yang "suka" sangat menjadi kurang ajar, pernah kah korang terfikir apa rasanya kalau kau dibuat begitu...dan kalau orang buat macam tu kat ko, tahu pulak marah nya... Kesimpulannya, jaga bahasa dan kelakuan bila bercakap dengan orang...

QUOTE FOR THE DAY

"To exist is to change, to change is to mature, to mature is to go on creative oneself endlessly"


by Henri Bergson

Tuesday, January 13, 2009

FIRST FOR 2009

Hi guys,


Kiranya ini first entry aku untuk 2009

Dah lama aku tak menaip kat sini, sebab nya...aku busy tahap gaban sekarang ni...
office aku nak pindah (sebab ada Company ni yang nak sewa satu bldg kat sini) dan kerana ini lah yang menyebabkan aku SIBUK yang teramat sangat, aku dah pack almost 30 boxes barang untuk aku dan bos aku....PENATNYA... dah bila dah penat, dah tak ada tenaga nak fikir apa lar yang aku nak type kat sini...

Well...firstly hati aku ni rasa tersiat-siat dengan apa yang berlaku kat Palestin.. di dunia ni ada jugak manusia yang berhati binatang... dan lagi... seolah-olah tidak ada peri kemanusia dalam diri orang yang berhati binatang ini... tidak adakah rasa sedih di hati? tidak adakah sedikit simpati? rasanya...sifat peri kemanusiaan itu telah ditarik oleh tuhan yang menyebabkan mereka menjadi binatang yang berkulit kan manusia.

Dan kepada kita, yang mampu kita lakukan, berdoa dan berdoa supaya semua penganiayaan ini berhenti dan pembalasan Allah s.w.t keatas negara laknat itu akan terjadi.

Kepada sesiapa yang merasakan apa perlunya kita prihatin, fikir kan sedalam nya...apakah daya kita kalau ini terjadi kepada kita...